Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all 453 articles
Browse latest View live

Novel Warkah Buat Isteri - Abil Fikri Ahmad

$
0
0

Assalamualaikum Semua


Novel Warkah Buat Isteri, blog warkah buat isteri,

Pernah baca "Blog Warkah Buat Isteri"? pada yg alert, mungkin mereka penah baca dan mengikuti cerita di blog tu. paling tidak pon, akan baca cerita mereka di sokkabar. kan??

Jaa nak citer ni, sesapa yang berminat nak ikuti dan baca kisah "Abang Abil dan Arwah Kak Gee" ni korang boleh dapatkan novel edisi khas yang dikeluarkan oleh syarikat Bluetune.

Bertuah DIM (Duda Idaman Malaya) sekarang. bertambah murah rezeki beliau sejak menjadi pakar motivasi dgn memberi talk kepada orang ramai...

Agaknya ini hikmah atau ganjaran ALLAH SWT untuk DIM yang selama ini gigih menjaga isteri tercintanya yang sakit (lumpuh) selama lebih kurang 2 tahun. rela benti keje tuuu... 

Kau mampu??

Salute ngan Abil. jaa sendiri ni pon, belum tentu boleh jadi "cekal" macam dia apabila berhadapan ngan orang yang sakit lumpuh ni. (banyak cabarannya...huhu..)

Novel Warkah Buat Isteri, blog warkah buat isteri,

Okeyy... inilah dia "Novel Warkah Buat Isteri". kalo sebelum ni, kita ikut perkembangan hanya melalui blog. kita boleh baca dalam bentuk novel pulak. boleh simpan bagi anak cucu baca esok-esok. hehehe.

Jaa dah beli dahhhh... siap dapat autograf ori DIM lagi... tapi kan, sikit jer nak komplen... awatnya DIM punya autograf hodohhhhh? why? why? Ohh my gucci!

Tak kelasss langsung! haahaahaa.. soryy ya DIM... saje jaa nak menyakat... hahaha... hihihi... hohoho... pinjam trademark T-Rex boleh?

 Novel Warkah Buat Isteri, blog warkah buat isteri,

Novel ni siap bergambar lagi ya. walaupun hitam putih kira ok la kan... sweet je tengok mereka berdua ni.. kekal romantik forever even isteri sakit! memang betul kata orang. 1 dalam sejuta. bertuahnya K.Gee!

Laki aku macam ni ke seksok kalo aku sakit? 

Gulppp... telan air liur kejapp... (termenung sengsorang!)

Citer dalam novel ni sama je ngan kandungan dalam blog.. tapi.. ada sikit info dan cerita tambahan... banyak rahsia lain yg DIM selit dalam tu... gaya penulisan pun sama mcm dlm blog..

Cuma...blog dia jarangggggg nak ada perenggan! (kan DIM?) hakhak.. kena sakat lagi.. tapi bila aku baca satu ayat pun tak penah missed...muahahahaa...

 Novel Warkah Buat Isteri, blog warkah buat isteri,

Sedikit Sinopsis : 

Arwah isteri beliau terkena serangan asma pada jun 2011 yang menyebabkan arwah K.Gee mengalami kerosakan pada saraf otak, seterusnya lumpuh. Arwah K.Gee meninggal pada 02 April 2013. 

Sepanjang 2 tahun isteri dia sakit. DIM benti keje. banyak dugaan dan cabaran dia tempuhi sepanjang jaga K.Gee. maklum laa bila orang lumpuh ni, tak leh nak gerak kan.

Segala pergerakan terbatas. tak boleh bercakap. pastu kena pakai pampers. takleh nak makan. just minum susu ikut tiub melalui hidung-kerongkong. 

Pastu K.Gee lak kekadang suka menjerit, 3-4 hari tak tido... dan memacam laa dugaan yang berlaku sepanjang 2 tahun tu....

Kalau korang nak tahu lebih lanjut. kena ar gi baca entry-entry lama di BlogWarkah Buat Isteri atau beli jer Novel dia yang baru keluar ni...

Jaa dulu pun masa mula-mula jumpa blog dia, berjurai air mata. tak tertahan. kuar mencurah-curah, SUMPAH! dalam masa 4 jam jaa khatam abis entry dia. punya laa gigih kan! jaa penah blogkan kat SINI.

Novel Warkah Buat Isteri, blog warkah buat isteri,

Sesapa yang berminat nak dapatkan Novel Warkah Buat Isteri ni, anda boleh dapatkan nya secara PM ke facebook Dana Sinar Fauziah atau baca di DISINI cara-cara nak beli.

Harga sangat berpatutan. hanya RM25 untuk semenanjung dan RM28.00 untuk Sabah & Sarawak. harga dah included postage dah. lebih murah dari beli novel cintan cintun lain.. kekeke...



P/S : DIM cakap.. setiap kali makan.. kita kena suap ke mulut suami sebanyak 3 kali.. katanya InsyaAllah, kita dan pasangan akan sama-sama dalam susah dan senang...



Menu Baru KFC : Chewy Cheese / Bebola Keju

$
0
0


kfc, menu baru kfc, chewy cheese, harga menu baru kfc, harga set chewy cheese kfc, bebloa keju kfc,

Ehemm.. ehemm.. kami ke KFC lagi..

kfc, menu baru kfc, chewy cheese, harga menu baru kfc, harga set chewy cheese kfc, bebloa keju kfc,

Sesungguhnya my laki with his febret takkan terpisah jauhhh... muahahaha... hantuuuuu kehepsi betoiii... pantang ada menu baru terus terjah... 


kfc, menu baru kfc, chewy cheese, harga menu baru kfc, harga set chewy cheese kfc, bebloa keju kfc,

Ni dia...menu baru kepsi. Chewy Cheese aka Bebola Keju. harga 1 set RM9.95 kot rasanya. dah lupa... coz dah lama pergi... belum sempat entrykan aje... weee!

kfc, menu baru kfc, chewy cheese, harga menu baru kfc, harga set chewy cheese kfc, bebloa keju kfc,

Biarpun aku agak kurengg ngan kehepsi... tapi keno redhoooo... nak gembirakan hati en.suami punya pasal... 1 Set Hot Box Zinger Burger + 1 Set Chewy Cheese. RM25 kot.

Betul-betul lupaaa... hrmmm.. urat banyak putus katakan... :)


Ni dia bebola cheese yang baru tuuu... tak rasa sangat cheesenya... cam biasa jer. takdenya nak meleleh macam dlm gambar yg dia dok display tuu... kih3...


Fikri ni pun dah mula berkongsi pebret yang sama ngan bapaknya.

Pebret ngan hayam kehepsi.. hah... elok la tu, mama suka makan kepak ayam or thigh.. si bapak gilerkan zinger burger... si anak sukakan paha! 

Hoho. complet set! 

Hoiii kehepsi.... sila lantik kitorang jadik duta plissss!! bhahaha....


SuriRumah Tangga For Seminggu

$
0
0


Seminggu jaa cuti panjang... 21-27 Dis.. perabihkan saki baki cuti untuk tahun ini (OT)... nak claim dah tak boleh dah kan. so moh kita cuti...

Tak gi mana-mana pon. just merilex kat umah. mencari feel jadik ibu / surirumah sepenuh masa. sekali jer hantar fikri ke rumah pengasuh itu pun coz jaa ada hal penting.

Hari-hari lain 24 jam duk berkepit ngan jaa... asyik le duk ngekor bontot jaa manjanggg.... hilang kejap jer dah start mencari,  "Mana mama?'', "Mana Ma Adik?" 

Huhu...





Oleh kerana dah lama giler aku punya dapur tak berasap. makanya gigih aku main masak-masak masa cuti panjang tuu... lama giler oii tak bersilat kat dapur.

Menu atas nih, masa hari kedua @ ketiga aku bercuti... rajin ler snap... sebab lauk macam best jer.. hahaha.. kalo just lauk ikan goreng, ikan rebus goreng, idok ler rajin nak ngaplod... keh3.. 

Lamo aku tak masak wehh....

Kalo masak pun, just for goreng-goreng like telor, nugget, keropok, rebus telor, masak megi, etc and etc... huhu.. pemalassssss benor nak masak yg berat2... kah3...

Bayangkan jaa punya tong gas, sejak habis masa bulan puasa hari tu, baru 2 minggu lepas habis... muahaha... terukkkknyeee lahaiii... 4-5 bulan baru habis... 

Itu bukti kemalasan daku... (^_^)



Ini lak menu for 3rd ke 4th atau 5th ke bila aku tak tahuu... dah lupa... malas nak belek tarikh dalam henpon...eh perasan tak? dedua menu tersebut ada telor goreng? kan?

Motif??

Sajeeee nak suruh nampak banyak lauk... muahahaa! untuk hari tu, my en.suami request nak makan "Ketam Tumis Suhun".

Nak tunjuk aku ni mithali. sooooo.... gigih buatkan... bersungguhhhh dia makan.. suka pulak tengok. dah macam orang kebulur pun yer... hehehe..

Bukan pemalas...tapi tak larat... eh boleh ke guna alasan tu? (^_^) ko bayang ar jaa habis keje kul 7 petang, sampai umah dah kul 7.30 atau lebih... pastu berkejar ngan magrib lagi.. Fenat!

Baik aku tapau jer...balik, terus boleh makan!

Fuhh senang keje aku... wehihi....


p/s : sedang gigih perabihkan entry 2013 dalam draft...ngeee!


Ke Pekan Golok Again

$
0
0


Masa jaa cuti hari tu, my mak ajak jaa ke pekan golok. katanya nak beli barang untuk tambah stok kat kedai dia. (my mak seorang peniaga).

Kitorang pergi ngan kete mak jaa. senang. direct jer masuk. takpayah "ikut laluan tikus". lagipun kitorang punya pass sempadan (border pass) belum tamat tempoh lagi.

bandar golok, pekan golok, golok, golok thailand, sungai golok, sempadan thailand, oversea, melancong, shopping,

So, tak perlu renew or buat yang baru. FYI, rege buat border pass ni RM10 sajo. tempoh sah, selama 6 bulan. jaa ngn fikri boleh dibuat sekali gus. tak perlu dibuat asing mcm visa tuh.


Cara nak apply border pass ni senang. pergi je Pejabat Imigresen Rantau Panjang, sediakan gambar ukuran passport 2 keping, ic dan surat beranak anak.

tak sampai 10 minit dah siap...


Bila dah ada pass, bebila masa boleh terjah pekan golok. kiranya kita masuk secara sah la. nak bawak masuk kete sendiri lak, kena bawak geran kereta. 

Pemilik keta pun kena ikut sekali. tak boleh bawak geran jer. tanpa pemilik (penama dlm geran), kete tak dibenarkan masuk thai. ngerti dong?

bandar golok, pekan golok, golok, golok thailand, sungai golok, sempadan thailand, oversea, melancong, shopping,

Nak stay  4-5 hari di Thai (bersama kereta) pulak, korang kena apply road tax Thailand. takleh main terjah masuk gitu jer. kang kena tahan kat polis siam, haruuuu je kang!

Nak lebih details, korang kena call Imigresen Rantau Panjang. Heeee!!



Apa yang best tentang Pekan Golokni ialah boleh makan makanan thai laa... sedappp.. murahhh.... hihihi... jaa paling suka Laksa Siam + Maggi Celup...

Somtam pun sedappp!!



Paling best coz boleh shopping... rege murahhh... hahaha... cuma yang tak bestnya bila kita punya RM murahhh di Thailand... tukar RM100 takde RM2.50.

Kalo shopping guna duit Malaysia lak, setiap RM10 hingget diorang akan caj RM1. fuhhh... mencikkk betoiiii... tapi jaa tak shopping sangat pon. jaa gi kenyangkan perut je.. hihi...

So, nasihat aku, kalo gi Pekan Golok sila tukar RM ke Bhat dulu... hari tu kitorang pergi berlima jer... my laki tak ikut... kos sibuk niaga... heeee!


P/s : Lunch di oversea kooo...ko mampu?? Kah3..



Dinner With Pengantin Baru @ Kg. Grill

$
0
0



Wajah Pengantin Baru ceria sokmo. Inai dijari pon merah ang ang lagi. Sebelum kawin hari tu dah penah dinner together gether dah. my biras yg belanja.

Kali ni dinner after kawin pulak. my laki pulak belanja depa. 

Kiranya meraikan pengantin baru ler ni. sesambil ambik berkat dan ambik tips ngan pengantin lama. (^_^) hampir dua jam berborak, hingga tak sedar dah pukul 12 lebih...


Malam tu kitorang ber-western food!

Oriental Chicken Chop... ini pilihan pengantin pompuan... nampak yummylicioussss... tapi tak tahu ler "setaro mano" sedapp dia tu... kekeke...

Harga yang ni RM8.50...


Ini pulak pilihan pengantin lelaki dan jugak pilihan my laki. Nama menu, New Zealand Steak... ni rege menu western paling mahal kat situuu... 1 set RM17.90.. tang sedap ke tak sedap aku tak tahu..

Lupa nak bertanya empunya tekak..


Ini pulak pilihan tekak aku. menu ni pihak Kampung Grill yang suggested. katanya menu special di kedai mereka.. ok aku try.... harga tak tahu, sebab tak check di MENU. hihi.

Agak-agak aku... maybe RM10 atau lebih kot... coz ada 3 ekor udang tempura, 2 ketui kepak ayam, sebijik telor dadar dan secoet ikan bilis...

Meriah sungguh lauk dia...tang rasa, sedapppppp!! tapi bagi tekak aku laa... hahahaha... len kali kalo pergi jaa nak repeat order lagi laaa....

(nak survey rege benornya...kah3)


Malam tu banyak nau topik yang kitorang borakkan. rasa seronok pulak. entah bila laa boleh ghatering macam ni lagi. nak buat camana diorang sekarang kat Penang nun oii..

Susah nak jumpa! kalo balik ke rumah mertua pon memasing rushing, tak sempat nak ngedate sesama lagi dah rasanya... hehehe...


Asyik tepek gambar pengantin baru je kan...

Nah seketoi gambar pengantin lama... hahahhaa... tak lama mana pun.. baru lima tahun berkahwin... masih ada auraaaaaaa pengantin baru lagi... (^_^)


Last but not least... nak tepek gak seketoi gambar perahsaaaaannn daku... sila jangan muntah hijau yer... sajer nak tayang spek mata aku yang bengkok nam belas tu haa... kekeke...

Anyway ini senarai yg kami order, Oriental Chicken Chop, 2 set New Zealand Steak, Nasi Goreng Special KG. Grill, Teh Halia Telor Puyuh, Air Laici, Milo Tabur, Fresh Orange.

Total : RM73.20


p/s : tengkiu en.suami coz belanja kami semua!!!


Kisah Aku Dan Spek Mata Bengkok

$
0
0



Spek mata dah bengkok nam belas... wahai en.suami kau tak sedihkah lihat spek bini mu ini? moh ler belanja spek seketoi for me.... kihkihkih...

Lama benor hayat spek aku ni, biasanya bila dua tahun for sure akan rosak, pecah or patah. tapi yang ni tahan lasak pulak.. apakahhh??

Berkali-kali terpijak, tertindih... gitu gakkkk dia... tak jugak patah.. puas tunggu bila kau nak patah... hahaha... bukan apa, sayang kot nak tukar selagi spek tak rosak..

Selagi boleh, aku ku pakai sampai betul-betul hancur.... (^_^)

Kita beli dia mahai... so sayang nak buang. bila rosak baru beli. spek ni dah 3 tahun kot... ke dah 4 tahun ehh? MAYBE!!

Before preggykan fikri lagi spek ni dah ada. now fikri dah 2 tahun lebih, tempoh preggy pun dah 9 bulan. so mmg lama dah hayat dia kalo nak hitung...

Kalo lah dulu, aku dah ada blog... kang senang... boleh aku refer dan baca balik, bila aku beli, berapa hari bulan, rege berapa... ngeeee!!!!


Jaa mula pakai spek masa penghujung tahun 2004. masa tu jaa form 4. alkisahnya, jaa perasan yg mata jaa makin tak nampak tulisan cikgu di whiteboard. (Sekolah aku dulu tak guna blackboard)

Bila dah lelama baru terdetik lam hati nak gi check mata. Kata mereka, jaa rabun jauh. masa tu jaa punya power 175 (Kiri) dan 125 (Kanan). diorang syor jaa guna spek bila gi sekolah.

Tahun 2005, secara rasminya jaa pakai spek (setiap masa). Dlm 3-6 bln pkai tu 2 kali pecah... careless! membebel family aku.. huhu..

Skang ni jaa punya power dah naik sikit demi sikit. 250 (Kiri), 225 (Kanan). Aku punya rabun silau pun tinggi. but lupa lah berapa...

Tiap kali wat spek baru power berubah...


2005 till now aku punya spek mata dah 5 atau 6 kali dah kot bertukar (gilir2 with contact lens gak) memula dulu, beli yg frameless, kunun nerd/skema. kunun nak nampak cam budak pandai... hihi.

3 kali pakai yang frameless, bosannn! coz spek tu mudah pecah atau serpih. pastuh, beli lak yang half frame tapi pecah jugak. yes, im careless!

Pastu mula la start suka yg full frame. memula beli tahan lama gak, tapi bila dah lame sikit... patahhhhh bingkai pulok.... 

Patah coz bila spek terjatuh kat tikar/karpet yg sekaler ngn spek, terus aku carik tak jumpa... bila duk raba-raba.... "Krapppp..!!" terpijak dek kaki sendiri... huhu...

Yang paling latest yang ini lah... full frame gak.. kali ni jaa pilih frame tebal sikit... thats why tahan lasak kot. berkali-kali terpijakkk.. tak jugak rosak.. sampai dah bengkok nam belas dah..

Malu pulak bila snap gambar.. muka dah bajet cunggg.. tapi spek bengkok... Ohoooiiii... Choi sangattt... malu oooiii.. sedih makkkk!



P/S : jaa tak buat koleksi spek yang molek2... koleksi spek jaa sume yg dah patah/pecah/rosak muahahaha.... thats why jaa tak de spek untuk digilir pakai... lens tu ada arr... tp dah expired!


Counting Days to USM Penang....

$
0
0


10 Days to go.... Are you ready for campus life jaakechik??

Pejam celik, pejam celik... cepatnya masa berlalu... baru jer hari tu gi kursus intensif di USM. kali ni nak pergi sekali lagi.

 Dah setahun rupanya... cepat betul!

Dulu masa ke kursus orientasi (julai 2012), fikri umur 7 bulan.  pastu, first kursus intensif (Jan 2013) fikri umur (15 bulan).

Sekarang ni kali kedua ke kursus intensif umur fikri dah 2 tahun 3 bulan... hrmmm... cepat sungguhhhhh lahaiii masa berjalan kan?

Tup tup anak dah besar.... 

Bila dah besar ni lagi la hati mama ni susah rasanya nak tinggal dia lama2... skang ni dia makin cerdik... tengok jer mama takde.. terus mencari...

Sikit lagi bila mama pergi ke kursus intensif (25days) camana lah dia.... boleh ke tido ngan abahnya tuh... selama ni dia tido atas perut mama je... manja terlebih! 

Ngan abah dia takmo sangat. time jenjalan, nak la dia ngan abah dia. sebab abah dia suka dukung. kalo jaa memang tak laa nak dukungggg... patah lengan beb! haha!


USM Penanggg... Mu Tunggu Aku Datang!!


Salam Maulidur Rasul Buat Semua

$
0
0


Salam Maulidur Rasul buat semua... 5 hari blog tak ber-update.. hari ni mood nak mengetuk keyboard muncul juga... busy giler sekarang ni wehhh... busy ngan apa-ke-benda aku pon tak tahu... 

Yang pasti aku yg sibuk menyibukkan diri sendiri... haha..

Aku sekarang tengah pulun salin nota-nota yg lecturer bagi... buat bekalan for exam PB bila gi Kursus Intensif nanti... selain tu aku busy wat esaimen gak... ada satu esaimen dah nak sampai dateline-nya... kejar masa wehh!

Lusa.. hari last aku keje... pastu jaa apply cuti 2 hari for kemas rumah and kemas bembarang apa yang patut sebelum tinggalkan rumah nanti... banyak benda nak kena buat nih sebelum ke Penang pada 19hb nanti...

Eh, nak tukar topik jap...

Semalam "Hari Kangkung Sedunia" kan! macam-macam cite pasal kangkung keluar baik di fb, twitter mahupun blog... dari segala mak nenek resepi hingga lah ke fakta kebaikan dan khasiat kangkung org post...

Femes betul kangkung semalam... habis tenggelam sayur-sayur lain... Hee!

 

Buat semua sahabatku... Salam Maulidur Rasul buat semua ya.. lupakan sebentar isu kangkung yang MELETOP ini... sama-sama kita perbanyakkan selawat... (^_^)

Sebut pasal maulud nabi ni, tetiba jaa teringatkan sambutan maulud nabi di zaman sekolah dulu-dulu.... best! sebab... ada jamuan makan-makan, selawat ramai-ramai di tepi koridor kelas... pastu boleh dapat bunga rampai... wangi!! kelas pun tak belajar...!! double best!!

Petang nanti jaa nak ke Majlis Maulud Nabi di rumah my sista di Dewan Beta!!


Aktiviti Semalam

$
0
0


Petang kelmarin jaa pergi ke rumah kakak jaa di Dewan Beta.... ada kenduri sambutan Maulud Nabi di rumah dia.. TAPI gambar sepanjang majlis... terlupa nak snap!

Sempat amik gambar fikri naik "Motor Coley" ni jer... hahaha... kemainnn teruja dia bila dapat naik motor roda tiga tuh (milik abang ipar jaa).




Ramai duk kerumun motor ni wehh... pojaaaann hati budak2.. motor tu laki dia buat punggah sampah je pun... tapi bersinar okey... coz dijaga rapi!

Tapi kali buang sampah time petang ramai yg bersusun atas "Coley"ni hinggakan tak muat nak letak sampah... bagi diorang dapat round 3 minit pun jadi laaa....




Pastuh, lepas makan terus melaju tuju ke KBMALL... laju kesana coz my laki nak belanja bini dia seketui Contact Lensbaru... ewahhh.. rezeki nih.... tak baik ditolak... ye dak??

Tengkiu my darlings!

Ekceli, my laki kurang suka jaa pakai spek... katanya macam"Orang Tua Lama"huhu.... dia lebih suka kalau jaa pakai lens... tapi masalahnya... time pakai spek ler mata akan lebihhhhhhh clear penglihatannya...

Itu yang jaa lama tak beli lens tuh...

Padahal lens ni murah je pun... Lens Brand Fresh Look baru rege RM35 sepasang... hrmmm murahh kan? tapi tu laa tak berapa nak clear ler berbanding spek!



 


Then kitorang pusing reround lagi...

Pastuuuuuu.... terus jaa berpinar bijik mata bila tengok handbag yang cecantik kat atas ni buat offer gila-gila.... murah wehhh... diskaun 70%!!

Bayangkan beg cute yang jaa pegang kat atas tu rege dia RM339.00 tapi bila di beri less terus rege dia turun ke RM101.70 murahhh betul lah!!

Tapi jaa tak beli pon...

Duit banyak nak pakai bulan ni wehh... mampu jeling sajoooo! hehehe...





Pastuh sempat jugak jaa belanja dua orang adik-adik jaa makan kehepsi... bebudak takde nak makan sangat pon... tapi laki mak yang terlebih excited...

Laki mak kan hantuuuu kehepsi... so dia bodek adik-adik jaa suh masuk kehepsi... amboiii pandai betul di psycho bebudak ni.. padahal bebudak ni nak makan Prosperity McD...

Tapi... dihasut abang ipar diorang yg tak sesudah ngn KFC! (^_^)




 
Ini dia hantu kehepsi... anak dia pun dah mula ikut sikit-sikit dah pebret si bapak nih.. seketui paha ayam sekejap je licinnn.... menjilat hingga ke tulang hayam... hahaha...
 
Jaa makan seketui jer.. coz masih kenyang lagi makan kenduri Maulud....




Ini model keding nak tunjuk dia punya contact lens baru... kemain luas lagi mata duk jengil.... nak tunjuk lens kekdahnya! kekeke... gambar ni guna kamera 360... makanya tersangat lah plastikkkkkk hasilnya....

Flawless dan Glowing semacam jer... kulit lebih cerah pun ye gak... padahal itu 360 maaa... Gambar sebenar penuh jerawat duk menempel di muka ni haa.... hahahaha...
 

Okbai...tengkiu for reading!!


Permohonan PJJ USM Sidang 2014/2015 Kini Dibuka

$
0
0

cara mohon pjj usm, cara nak mohon pjj usm, pengajian jarak jauh 2014, permohonan baru pjj usm, pjj usm, pjj usm 2014, pohon pjj usm 2014, Program Pengajian Jarak di USM, tawaran pjj usm 2014,


Permohonan Baru Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Sains Malaysia bagi sidang 2014/2015 kini telah dibuka untuk sesiapa yang berminat untuk sambung belajar di peringkat ijazah (degree). 

Hahh... buat sesapa yang berminat tu tunggu apa lagi cepat ler daftar. jaa memang sokong sesapa yang nak sambung belajar lagi ni. belajar PJJ ni senang... kita boleh manage cara belajar sendiri... besttt wooo!!

Belajar molek-molek.... grab pointer secantek mungkin... pastu ada rezeki boleh apply keje yang lebih baik... boleh upgrade taraf hidup... naik pangkat... naik gaji... sape tau kan??? jom apply sekarang!!


 cara mohon pjj usm, cara nak mohon pjj usm, pengajian jarak jauh 2014, permohonan baru pjj usm, pjj usm, pjj usm 2014, pohon pjj usm 2014, Program Pengajian Jarak di USM, tawaran pjj usm 2014,

Kelebihan Program PJJ di USM

                 *   Tempoh pengajian yang singkat - 4 tahun sahaja!!
                 *   Yuran pengajian PJJ paling murah - serendah RM1231 setahun.
                 *   Yuran boleh dibayar secara ansuran (2 kali bayar)
                 *   Syarat minima SPM shj. (takde Diploma / STPM pun boleh apply) 
                 *   Tak wajib datang kelas ponn.... ~Huureyy..Huureyy...!!

Kursus Yang Ditawarkan

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
~ Antropologi-Sosiologi / Ekonomi / Sains Politik ~
 
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
~ Kewangan / Organisasi / Pemasaran ~

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) 
~ Biologi / Fizik / Kimia / Matematik ~

 Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) 
~ Geografi / Kesusasteraan / Sejarah ~

________________________________________________________________________



PENDAFTARAN
1. Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my/ppjj yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
2.Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian nombor PIN USM - PPJJ [RM60] di mana-mana cawangan BSN.
3.Nombor PIN USM - PPJJ juga boleh dibeli melalui kaunter BSN atau mesin ATM/Internet Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja).
4.
Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut :-
           a. No. Kad Pengenalan / Mykad (12 digit sahaja)
           b. Kata Laluan (ciptaan sendiri 5-15 aksara)
           c. Nama Ibu
           d. Alamat emel yang aktif dan betul
           e. No.Pin USM - PPJJ
5.Nombor Rujukan akan dipaparkan dan juga diemelkan setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.

 Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mac 2014

PERMOHONAN
 1.Anda perlu Login menggunakan Nombor Rujukan yang telah diberi dan Kata Laluan yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Gunakan kemudahan Lupa Kata Laluan/No Rujukan jika anda terlupa kata laluan atau no rujukan. Sebarang Pertanyaan sila  hubungi nombor 1 300 888 876.
 2.Pemohon mesti mengisi semua maklumat yang dikehendaki. Maklumat bertanda * mesti diisi untuk membolehkan pemohon pergi ke langkah seterusnya.
 3.Setelah selesai mengisi maklumat, pemohon perlu klik ”SETERUSNYA>>” untuk ke langkah seterusnya.
 4.Sila Sahkan maklumat / keterangan / data pada permohonan yang diberikan adalah benar dengan klik pada butang [SETUJU] atau [TIDAK SETUJU]. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Setelah butang [SETUJU] di klik sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
 5.Sila cetak dua (2) salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Satu (1) salinan adalah untuk simpanan pemohon dan satu (1) salinan perlu dihantarkan bersama-sama :-  

1. Salinan Borang Permohonan
2. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon
3. Salinan Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan)
4. Salinan SPM/Setaraf
5. Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir)
6. Salinan Diploma/Sijil (Jika Ada)
7. Salinan Sijil MUET (Jika Ada)
8. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian
9. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika Ada)
10. Salinan Cetakan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my)

                                                      
 
________________________________________________________________________


Sedikit makluman buat anda : Program Pengajian Jarak di USM, mewajibkan setiap pelajar menghadiri Kursus Intensif di kampus induk pulau pinang pada setiap setahun sekali selama lebih kurang 2-4 minggu.

Nota : Pekerja gomen boleh apply Cuti Tanpa Rekod (CTR)

Program Pengajian Jarak Jauh di USM menggunakan sistem belajar secara"Sidang Video"di mana proses P&P hanya berlangsung melalui tayangan video (bukan face to face antara student dan lecturer). sila refer gambar dibawah  :

cara mohon pjj usm, cara nak mohon pjj usm, pengajian jarak jauh 2014, permohonan baru pjj usm, pjj usm, pjj usm 2014, pohon pjj usm 2014, Program Pengajian Jarak di USM, tawaran pjj usm 2014,

                             *      8 Perkara Anda Mesti Tahu Tentang PJJ USM
                             *      Baucer Buku 1 Malaysia Untuk Pelajar PJJ (RM250)
                             *      Tips Ke Kursus Intensif / Orientasi PJJ USM
                             *      Sidang Video PJJ USM di Pusat Wilayah (Kelas Belajar) 
                             *      Asrama Pelajar PJJ USM (Desasiswa Aman Damai)
                             *      Yuran PJJ USM Boleh Bayar Ansuran
                             *      Dewan Peperiksaan Akhir di Pusat Wilayah Kota Bharu


Selamat mendaftarkan diri buat pelajar-pelajar baru PJJ USM. tempoh dibuka selama 2 bulan lebih. sempat lagi kalau korang nak buat perbincangan ngan family dirumah...

Apapun bagi yang betul-betul berminat nak sambung belajar tuuu... apply je dulu yer... dapat ke tak dapat belakang punya cerita... yang penting kita dah usahaaaa..... kannn??


 
  

Ini gambar kenangan masa jaa Kursus Orientasi PJJ USM pada julai 2012 lalu... betapa hepy nya muka daku bila dapat bergelar student U tika itewww... muehehee....

Sekarang jaa dah masuk tahun 2 ber-PJJ di USM dalam Kos Sains Kemasyarakatan. anda nak tahu cerita dan pengalaman saya belajar PJJ di USM??

Sila terjah entry-entry lama saya disini ----->  KISAH PJJ USM


Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :

Malam Anugerah Kecemerlangan AADK di PCB Resort

$
0
0


aadk, angerah malam cemerlang, anugerah khidmat cemerlang, cara mohon kerja kerajaan, kerja, ofis, uas pengkalan kubor,

AADK Negeri Kelantan telah mengadakan acara makan malam sempena Malam Anugerah Kecemerlangan & Motivasi di PCB Resort pada 15 Januari lalu...

Agenda utama malam itu adalah untuk memberi penganugerahan pada AADK Daerah dan UAS.... semua pejabat bertanding bagi merebut pelbagai anugerah terbaik...

Anugerah Penguatkuasaan Terbaik, Pencegahan Terbaik, Pemulihan Terbaik, Pengurusan UAS Terbaik, Keceriaan Pejabat Terbaik.... dan bermacam yg terbaekkkk lagi laa...



Semua staff AADK Negeri Kelantan di jemput hadir... jaa pun tak ketinggalan sama-sama memeriahkan majlis ni... best oooo makan-makan sambil bermesra with staff lain!!

Time majlis gini arr boleh berkumpul... boleh kenal batang hidung...

Tema malam tu adalah MERAH. makanya semuanya cantik molek anggun menawan ngan baju kaler merah! aku jer yg tak berapa nak anggun! muehehe...


Tak anggun coz baju ku baju lama. baju yg jaa pakai ni dah berusia 3 tahun nih... lama bebenor dah haih... tapi still molekkkkk lagi so aku hentammm jer...

Janji...menepati tema!

 aadk, angerah malam cemerlang, anugerah khidmat cemerlang, cara mohon kerja kerajaan, kerja, ofis, uas pengkalan kubor,

 

Sebelum makan... mari kita bergoyang gedix snap gambar lagi dan lagi! muka tak cunggg takpe.. coz boleh cover ngan kamera 360. hahaha... 

aadk, angerah malam cemerlang, anugerah khidmat cemerlang, cara mohon kerja kerajaan, kerja, ofis, uas pengkalan kubor,

Malam tu pejabat jaa menang Kategori Pengurusan UAS Terbaik (ada 3 UAS di Kelantan). Ko ingat retiss jer ke ada Anugerah Terbaik??? kami pun adoo lerrr!

UAS is shortcut to Unit Antidadah Sempadan. 1 di Rantau Panjang, 1 di Bukit Bunga dan 1 lagi di Pengkalan Kubor...

Sebelum ini pejabat kami pernah dapat Anugerah Program Penguatkuasaan Terbaik. hebakkk tak???? ~Fuhh... kembang semangkuk hidung aku..!


Persembahan nyanyian pun ado mlm tu... kiranya idok ler boring... time gini la nak fun sikit kan.. release tension kata orang! biarpun ada yg cuba me-nyumbang-kan lagu.... :)

Oklah tu je lah nak citer nya...

Takde yg glam pon. citer biasa sajo. just blogkan kat sini for kenangan di hari tua... mana tahu kot tua seksok aku nyanyuk boleh repeat baca  balik kannn....?

Heehehehe... btw, tengkiu for reading!!



  INFO : Permohonan PJJ USM Sidang 2014/2015 Kini Dibuka



Kisah Kursus Intensif PJJ USM 2013/2014

$
0
0

~ Assalamualaikum Semua ~


Entry sebelum ni jaa dah citer kan... yg jaa akan ke USM Pulau Pinang selama 25 hari untuk ke Kursus Intensif PJJ (20 jan - 14 feb). so hari ni jaa dah pun sampai sini petang semalam...

Apapun meh kita flashback kisah from awal till now dulu....


kursus intensif pjj usm, pjj usm, USM PULAU PINANG,


18 JANUARI 2014


Malam sebelum ke USM Penang aku macam biasa.. akan tido lewat sokmo... kemas bembarang apa yang patut sesambil tinggalkan pesanan demi pesanan untuk en.suami....

Di malam lastttt ni kan... sebakkkk je hati... serba tak kena aihh... hanya mampu pandang jer kat fikri ngn en.suami... kalo diberikan pilihan mmg jaa tak nak pergi...

Tapi oleh kerana kursus ni diwajibkan hadir makanya tidak boleh kata tidak! kena redooo dalam pasrahh... biarpun hati gelisah... terpaksa tido dlm resah... ~eh dah macam puisi pulak?

Tapi... utk kali ni aku rasa... aku lebih kental sikit berbanding dulu... sebab dah banyak kali "berpisah" dah kan, so dah boleh biasakan diri dah sesikit...

Even hati aku rasa sayu giler bila tengok wajah fikri ngan en.suami... tapi aku takmo tunjuk aku punya sedih... aku kena kuat! sebab aku tahu laki aku tu jenis hati tisu jugak..

Mudah  nanges jugak dia bila bab"berpisah" nih... Eh.. jom tukar topik.. aku takmo sedih-sedih dahh... Kang banjir dalam hostel ni kang!


 kursus intensif pjj usm, pjj usm, USM PULAU PINANG,


Bila dah siap packing bag, sumenya aku letak kat ruang tamu... tunggu nak pick up buh lam kete je besok...tapi yang dalam gambar tuh... bukan beg aku sorang tuh...

Tu beg my roommate aka my ofismate jugak... super besar.. super duperr berat.. dah macam gaya taknak balik rumah lagi dah... macam nak dok setahun hehehe...


19 JANUARI 2014


Pukul 8.30 pagi... jaa suruh en.suami hantar fikri ke rumah pengasuh dulu... bukan hape coz jaa takleh nak bertolak dgn tengok fikri kat depan mata... sebab dah tahu for sure hati tisu aku akan sebakkk...

En.suami pon nak tunggu hingga jaa bertolak.. tapi jaa tak bagi. plus lagi jaa nak bertolak lewat (kul 10 lebih) makanya dia pergi keje dulu... so tak sempat ler nak buat drama panjangggg....

Sempat berdrama sesikit jer pagi tuh... hik2.. coz fikri pun tido lagi.. so tak berapa touching sangat lah kan... en.suami pun cam steady jer bini dia nak pegi.. erkk... ke dia hepyy??

GULPP!! ~ telan ailiooo....




Kul 10.30 pagi Ana sampai depan rumah jaa... siap punggah beg pakaian, settled kunci umah... terus sesiap menuju ke Pulau Penang. Jaa gi USM Penang berdua ngan Ana jer.. kul 10.40 pagi dah mula bertolak dari rumah jaa.... sepanjang perjalanan oker je.... lancarrrrr... tak jammed langsung!


 


Sampai di Hentian Titiwangsa kitorang benti rehat jap.... membuang apa yang patut... regangkan urat kentut.... dan makan-makan sambil hirup udara sejuk lagi segar di puncak bukit tuhhh... hampir 30 minit duk situ terus kami blahh...




Alhamdulillah... setelah 5 jam dalam kete... akhirnya kami sampai jugak ke USM Pulau Pinang buat kali ke-3... terima kasih ya allah kerana permudahkan urusan kami...

Sampai jer depan USM terus kami ke Pejabat Desasasiwa untuk check-in bilik... tetiba boleh jer kami check-in awal... padahal sehari sebelum tu masa jaa call pihak usm diorang beriya cakap takleh nak check-in selepas 12 tgh hari...

Last-last sesenang je dapat...! adoii la menyusahkan betoi!

Teruk betul pengurusan USM tahun ni... padahal kalo sebelum ni boleh jer check-in sehari lebih awal untuk student yang datang awal....  takpe check in lewat pun.. (sebelum malam)




Jaa pulak oleh kerana dah janji ngan adik ipar nak bermalam di rumah dia makanya malam tu kami tak tido gak di hostel... amik kunci bilik jer. pastu terus gi tido umah adik ipar coz dah janji ngn diorang...

Malam tu kitorang di jamu ngan nasi.... pastu siap ada buah durian lagik! durian from perak.. sedap weh isi dia.. manisss!! pastu siap ada kopok lekor goreng lagi... best2x!!




Malam tuh , sebelum tido jaa sempat buat video call menggunakan facebook (di rumah adik ipar)... lama gak duk borak ngan fikri... biarpun dia masih belum gheti bercakap ngan lancar... takpe mama sangat memahami bahasa turki mu anak oii!

Muahh.. muahhhh... dia cium aku di screen komputer time buat video call... dan macam biasa.. hati seorang mak akan tersentuh bila si anak beriya buat cenggitu...




Hepy + hiba + sebak + pilu = touching!!! ya.. aku jenis hati tisu bila bab berpisah ngan family ni.... malam pertama kena tinggal tu alhamdulillah en.suami cakap fikri okey... gambar atas tu gambar yg en.suami whatsapp semalam...

Dia ada gak mencari-cari jaa...sebut nama jaa... "Mama Mana". tapi abah dia cakap"Mama Kerja" So... dia faham dan terus diam... ~gud boy anak!!!


20 JANUARI 2014


Pagi esoknya (20hb) pepagi hari lagi jaa bertolak dari rumah adik ipar jaa di (Dkt Hosp. P.Pinang) untk ke USM.. dalam pukul 7.05 jaa dah terpacak di depan blok asrama...


 kursus intensif pjj usm, pjj usm, USM PULAU PINANG,

 kursus intensif pjj usm, pjj usm, USM PULAU PINANG,


Terus gigih punggah beg. bilik jaa kali ni jaa dapat level 1 (boleh request). but bilik mana aku duduk... blok mana aku duduk... biarlah rahsia... risau nak mention kat sini kot Ah Long datang mencari aku...

HAHAHAAA... okey hok tu aku tipu!

Kali ni aku dah tobat takmo duk di level 3 dah. tinggi wehh... seksa nak angkut beg... so kali ni aku pilih level 1.. sebabnya ada TV di ruang legar... hew hew hew... nak pilih ground floor aku seriauuu....




Datang USM buat kali ke-3 ni, aku dah jadi orang yang bertamadun dah... aku dah rajin bawak cadar untuk tilam yang buruk tuh... idok ler aku alas ngan kain sarung macam dedulu lagi... ~dah insaf!

Tapi itupun.. bukan cadar gak... tu benornya selimut saiz bujang...muahahaa... tapi kira ok ler berbanding lapik ngan kain sarung batik macam tahun lepas tu kan? hahaha...


 


Kain baju aku kali ni aku susun humban dlm loker... (masih bergulung coz baru keluarkan dari beg). see... di tahun dua ni aku lebih ber-sistem sikit kan hikhik... tak macam dulu...

Dulu... aku lebih prefer ber-almari-kan beg troli jer... bukan apa.. kat loker tu macam berhabuk ler... baik simpan lam beg jer... kat loker tu dulu aku letak pakaian yang dah di iron aje... dan wat simpan buku...

Locker aku yang ini, cantik beralas. so mood nak buh baju pun ado ler!

Kali ni aku tak bawak banyak pakaian pun...(rasanyalah)... aku insaf... belajar dari pengalaman lalu jugak... bawak berbelas helai bukan pakai semua pon.. duk rotate pakai yg sama jugak!

~Boleh percaya ke bawak sikit?? 

Tapi dalam sikit-sikit tu pun 2 beg gak aku bawak.. hahahaha... al-maklum lah hampir sebulan nk stay di usm ni kan (25 hari). takkan nak bawak pat-lai kot.... (^_^)

Doploh minit melepak lam hostel.. terus kitorang lelaju menuju ke kafeteria untuk brekfes. nasi lemak 1.30 sebungkus... teh tarik 1.00... kuih 2 biji 80sen... ngee!




Sesudah brekfes, kitorang melaju ke Dewan DPD lak untuk pendaftaran kehadiran...aku awal-awal lai dah discuss ngan Ana.. hari ni pepagi lagi aku nak terpacak kat depan DPD.... kalo boleh aku nak jadi orang first daftar kehadiran... 

Bukan hape aku belajar dari pengalaman lalu jugak... tak kuasa aku nak berebut ngan beribu-ribu orang yang duk beratur semata-mata untuk urusan daftar yang hanya amik masa kurang 5 minit... 

Letih jer Q lelama heh....

Then.. lepas settled semua tuuu... aku masuk semula ke bilik... pasang extension yg aku import dari rumah... on laptop and caj... then aku pun menaip lah entry yang pepanjang lebar nih.... hahahaa.... rajin kannnnn aku? banyak masa free katakannn.. apa lagi jom manfaatkan dengan blogging...

Taip-taip... dapat duit... ye dakkk? pstt2x semalam Cek Nuffnang sampai tau.. (*_*)

Saat aku tulis entry ni... si Ana sedang syok terbongkang tido... aku pulak mata still tak mengantuk.. tu laju update blog tuh... tapi bila aku dah sampai ke perenggan ni... mata aku dah kuyu dah wehh... sebab asyik duk tgk gambar katil... hehehe....


 


Oklah babai semua... doakan yang terbaik untuk aku sepanjang kat sini yer... jaa datang ni for exam jugak... bukan sesaja datang okeyy... wish me luck ya!!

Eh...panjanggggnya entry aku hari nihhh!!

Biar betul aku menaip sebanyak ni nih....?????

Btw, tengkiu kerana sudi luangkan masa baca bebelan aku... (ada ke yg baca nih?) aku update bukan apa... this is for my lovely family coz aku tahu my husben akan masuk ke blog aku... so kat sini dia boleh tahu perkembangan aku beserta gambar sekali... betul tak  bang???

Hai abang sayang.... i love you... dont be notty ya! aii akan jaga maruah diri aii sepanjang kat sini... 12 hari nanti (raya cina) bini mu balik ler ke sisimu!! sila tabah menanti yer.... ngeee!



p/s : hari ni jadual free. takde kelas...jom kita tidoooo....


Pekena Laksa Janggus di Balik Pulau

$
0
0


jaa kechik, jaakechik, blog jaakechik, blog jaa kechik,


Selepas selesai pendaftaran kehadiran PJJ semalam aku balik ke bilik then taip blog untuk entry INI, kemudian aku terus terbongkang tido... lama aihh... asar baru bangun... hahahaha....

Letih satu badan!

Kul 6.30 ptg adik ipar jaa call cakap nak ajak jaa gi pekena Laksa Janggus di Balik Pulau... ingat gak diorang apa yg jaa jaa request sebelum datang hari tu... hehehe...

Lama dah haih jaa berhasrat nak kesana, cuma belum tercapai.... :)


tempat makan menarik di penang, laksa janggus di balik pulau, laksa janggus di pulau penang, laksa penang paling sedap, laksa paling sedap di p.pinang,


Benornya adik ipar jaa pun tak penah mai sini... tapi dah dia kesian kan aku yang preggy dua bulan mengidam, so depa bawak kan aku ke mari. hewhewhew. datang sini pun guna GPS tau... coz diorang pun tak kenal tempat ni...



Ini pandangan dari luar kedai tersebut



Yang kiri dan kanan tu adik ipar jaa.. yg tengah tu my biras! jaa datang sini berlima bersama si baby fahmi... biras jaa yg sorang lagi takde dalam ni... coz terselindung di blkg.... adik ipar jaa ni dedua duk di Penang.

Itu yang heppy sgt jaa sekarang nih. nak gi memana ada jer sudi bawakkan... kat sini diorang beri layanan first class. jaa di layan bagai puteri... ohhh terharu betoi laa.... 

Masing2 berebut nak suruh jaa tido di rumah mereka! bab makan lak usah cerita... ramai yang nak payungkan.... ermmm syukur alhamdulillah... jimat duit aku... kahkahkah...




Kat sini kena layan diri... masa jaa tanya apa yang best, diorang suggestkan Laksa dan Bihun Th'ng. cara sebut nama menu ni (Th'ng) ialah dengan cara menyebut awalan kepada "Tengkuk".




Semangkuk Th'ng ialah RM3.50. kitorang order 2 mangkuk... makanan ni ala-ala chinese food... Th'ng itu ialah sambalnya (di campur dalam bihun/mee). sedikit pedas dan manis2.. :)

Tapi sayang gambar lupa nak snap!
 

tempat makan menarik di penang, laksa janggus di balik pulau, laksa janggus di pulau penang, laksa penang paling sedap, laksa paling sedap di p.pinang,


Jaa pulak makan laksa special. harga RM4.00 semangkuk. laksa biasa RM3.00. bezanya ialah saiz mangkuk tersebut. dan komen jaa untuk laksa ini adalah.... rasanya hanyalah sedang-sedang sahaja... idok ler sedappp melambunggg or meletoppp letopp...

Just nice!


Musim Demam Selsema ke Sekarang ni?

$
0
0




First day jaa sampai USM (19hb) jaa terkena demam selsema. badan panas, pening ngan hidung tersumbat segala... memang seksa. pastu batuk-batuk lagi. rasa perit tekak!

Pastuh jaa suruh adik ipar jaa ke Guardian nak beli ubat selesema nih... beli gak air penyejuk badan cap badak... pastu biras jaa bagi pulak panadol milik dia... 

Sampai skarang ni pon masih tak hilang lagi selesama jaa nih... adoii seksa ler bila selesema... serba tak ekna.. asyik nak terbersinnn manjanggg.... alwez kena ada tuala kecik or tisu...




Tapi dalam duk demam selesema pun adik ipar bertuah jaa siap belanja Chatime lagi.... adoiii... punya ler terbaikk layanan untuk kak ipar kau ni kan... sume benda nak belanja...

Aku pun dah orang bagi.. apa lagi bedal je lahhh... kah3... itu yang lambat nak baik aku punya selesema kot.. sesungguhnya ais dan aku tak boleh dipisahkan... heee!




Bukan itu aje... dia belikan jaa Kek Secret Recipe jugak... ohoiii syurga sungguh oiii.... choc indulgence pulak tu... my pebret forever! duk sini best wehhh... brekfes biras jaa sediakan... lunch pulak dia tapau nasi... ohhh sdapp2x...

FYI, semalam (20hb) jaa tak tido di hostel. jaa tido umah adik ipar jaa (Hazwan). umah dia berdekatan Giant Farlim... umah dia atas langit ooo.. di tingkat 18 aiyarkk... gayat mak!
 
Roommate jaa si Ana tu pulak tak ikut. dia tido di hostel sengsorang.. tu lah masa orang ajak dia takmo ikut. kan dah kena tinggal.... (selfish kah aku?) gulp.... ~telan ailio again!

Jaa benornya mmg tak plan pon nak tido di rumah adik en.suami tu. tapi lepas makan Laksa Janggus di Balik Pulau tu, dia ajak melepak di rumah dia.. then malam tu terus dia suruh jaa tido kat umah dia...

Dah la jaa datang selai-sepinggan, tak pasal-pasal kena sewa baju biras jaa... langsung jaa tak prepare pape... kesian lak si Ana kena tinggal malam tu.. sib baik tak ditegur Mak Cik Karipap...

HAHAHAHAHAA...

Assignment Tambahan Untuk Tambah Markah

$
0
0




Yang ini merupakan kuliah pertama jaa semasa di Kursus Intensif di tahun 2014 ini. kelas JKA216. masa ni  lecturer (Prof Dr Fatan Hamamah) bagitahu yang kitorang punya assignment FAILED!

90% dari kami semua buat assignment yang tidak menepati kehendak soalan... 90% tu dah sah-sah aku lah salah sorang dari mereka tu kan? hadoiii pening arrr!

Susah payah aku google point buat rupanya banyak yg salah...iskh!

Makanya, lecturer suruh kitorang buat 1 lagi assignment untuk "bantu" kitorang semua dapat markah lebih. kami kena buat 1 tugasan berkenaan "Tokoh-Tokoh Paradigma Sosial" by group.




20 orang 1 group... dan kena pilih orang yang duk dekat2 ngn meja kita jer.. kumpulan kami dapat tajuk "Max Weber". next kuliah kena buat presentation.. adoii agak susah wehh!

Dah la group yg baru ni langsung tak kenal mengenali. ketua group terus collect no.phone dan create group whatsapp. kat situ la kami berbincang dan set tarikh dan masa bila nak jumpa (disscussion).

Lecturer janji ngan kami dia akan beri markah untuk assignment yg lepas 5% (sepatutnya 20% tapi di sebabkan kitorang failed dia bagi markah kesian).

 Assignment yg baru ini dia akan kasi 15% (jika buat molek).




Sistem Pemarkahan PJJ USM ialah macam gini : Exam intensif (20%) + Tugasan (20%) + Final Exam 60%. makanya malam esoknya, kami sepakat turun berbincang di Kafetaria Desasiswa Aman Damai..

Sume orang turun padang. takde yg terkecuali!

Masa ni sume pakat khusyuk dengar Ketua bagi arahan. sesambil tu kitorang boleh gak memberi pandagan... dah kata berbincang kan.. so sesama buat!



Dari 20 orang dipecahkan kepada 5 kumpulan. setiap kumpulan ada bahagian tajuk masing-masing... perjumpaan habis kul 10pm. pastu naik ke bilik terus pulun google point penting..
Dan seperti biasa google sentiasa membantu... ahaks! kitorang just cari point je pun. bahagian editing (combine) orang lain buat. so sedikit senang lerrr.... google je pon! hiks!

Seronok buat assignment by group ni kalo semua bekerjasama... syabas kepada team kami.... memang sumenya sporting! pagi esok  kena buat presentation masa kuliah pulak... doakan kami berjaya yer.. 15% wehh markahnya. banyak tuhh!


:: ini ler untungnya dapat lecturer yg bagus.... dia akan "BANTU" student!!



Aktiviti Aku @ USM Penang

$
0
0


pjj usm, intensif pjj usm, kursus intensif pjj 2014, pengajian jarak jauh 2014, pjj usm 2014, assignment pjj usm, blog pelajar pjj usm,


Alhamdulillah.. akhirnya berjaya jugak group jaa buat presentation untuk hari ini... markah yang kami bakal dapat tak tahu lah berapa... hope diberi markah penuh...~hope so!

Selepas present, kena buat laporan pulak... tapi hok tu lenkali ler kita pikir... for today aku nak relaxxx... coz today is jumaat... masa untuk tenangkan fikiran.... since petang ni jadual free!

Nak pecah dah otak 5-6 hari duk sini weh.... asyikkkkk duk hafal nota tetiap kali ada exam. banyak guna OTAK duk sini nih. rasa penat duk hadap buku manjanggg.... ngan selsema aku yang belum hilang.. buat aku tension... huhu...

Bertabahlah hati 5 paper je lagi.... (semua 7 paper).


pjj usm, intensif pjj usm, kursus intensif pjj 2014, pengajian jarak jauh 2014, pjj usm 2014, assignment pjj usm, blog pelajar pjj usm,


Pukul 10 pagi tadi ada exam JKA 212 (Isu-Isu Antropologi Dan Sosiologi). senang ke payoh??? so far ok laaa jugak.... (ayat sedapkan hati). soklan di tahun dua ni sumenya subjektif (esei pendek).

Susah ke senang ko agak ler sendiri... MUEHEHE...

Pukul 11.05 pagi jaa dah kuar dari dewan exam... then terus melaju ke Tesco Sungai Dua dengan Ana... nak window shopping... beli jajan... and etc etc... pastu settled shopping kami kenyangkan perut kat food court Tesco dulu...

Pukul 1pm terus balik ke hostel semula!



Sempat gak rembat 3 ketui baju untuk Fikri (^_^)

pjj usm, intensif pjj usm, kursus intensif pjj 2014, pengajian jarak jauh 2014, pjj usm 2014, assignment pjj usm, blog pelajar pjj usm,


Hok ni pulak cerita semalam... ini kelas untuk minor yang jaa amik. Pengantar Geografi (JMG 101). oh ye, lupa nak citer masa kat sini jaa sempat jumpa Blogger Fizafantagiro jugak. 

Tapi sempat sembang kejap je, coz memasing rushing kejarkan hal lain... 

So far, jaa belum jumpa lagi Blogger Chic Na kat USM ni... dia punya hostel jauh dari jaa... tapi takpe one day jaa kena adjust ngedate gak ngan dia nih.. tgh tunggu masa sesuai... :)

FYI, mereka pun buat PJJ di USM jugak... (*_*)




Ni pulok kisah bila ni yer? kisah semalam jugak kot... haha... tunggang terbalik aku punya susunan citer... aku main upload sekali harung jer sume gegambar ni... ni waktu kelas JKA212 rasanya kot...




Hok ni masa 22hb januari lagi nih.... masa tu kami on the way nak gi exam JMG211 (Geografi Manusia).. ewahhh sempat lagi selfie lam kete... gilo bergambar sangat! 

Bergambar ni satu aroma terapi... me-release-kan tension kata orang... betoi dakk? selfie, pastu up status di FB, wechat, IG, Twitter dan segala mak nenek media sosial yg ada termasuk blog.... 

Hahahaha... Kauuuu MAMPU???




Last but not least tepek lagi seketui sebesor-besor alam gambar perah-sangg daku.... kaler tudung kuning terangggg ang ang.... terasa macam kerabat diraja pulak... kekeke....

Jaa sekarang ni dah kembali tergilakan tudung bawal tau... ntah kenapa rasa macam sedap pulak pakai bawal plain nih... nak mai USM ni 7-8 lai aku borong...

Memacam kaler ado heh! meriah lemari aku! plus lagi regenya gilerrrr murahhhh... 5 hingget se-lai je pon.... aku terpengaruh ngan adik aku ler ni. pandai dia physco aku!

Ciskek betoi!
Jom Follow Facebook jaa dengan KLIK button dibawah :


Kayuhan Ceria @ USM - 24 Januari 2014

$
0
0




Petang Jumaat kelmarin jaa takde kelas... so manfaatkan  dengan aktiviti yang sangattttttt melelahkan urat saraf, kaki, badan dan segala organ-organ aku...

Kayuhan Ceria  @ USM ---->  seronok tapi penat!

Aktiviti Kayuhan Ceria ni di ketuai oleh pelajar tahun akhir PJJ di USM... kitorang saling tak kenal pon.. tapi disebabkan kitorang sume ada group khas di FB (Group PJJ USM). makanya senang untuk kami berhubung...




Berkurun tak kayuh basikal..... kali ni aku buang tebiat pulak rajin nak join aktiviti riadah petang macam ni... biasanya kalo takde kelas aku lebih suka terperuk lam hostel jer..

Kali ni tergerak hati, nak cuba try test power "Gatehh Basikal"




Sebelum kami start program ni, ketua (Mokhtar Ahmad) beri briefing kat kitorang dulu... camana cara nak brek, camana nak adjust speed gear, bila nak kena tukar and etc etc..

Yang dalam gambar tu dia duk buat demo. katanya jangan guna brek depan time kita sedang kayuh laju... nanti kang "ter-wikang" dan jatuh... hehehe...


 


Waktu ni aku dah macam nak tergelak dah... ape kes nak kena ajar sesatu from A to Z nih.. dah macam kekanak ribena baru nak belajar naik beskal pulak... kekeke...

Rupanya setelah 5 minit perjalanan baru aku tahu.... apa fungsi penerangan yang diberi oleh dia tadi... amat berguna rupanya.. especially time nak ukah panjat dan menuruni bukit...


 


5 minit pertama aku dah pancit. laluan dalam perkarangan USM ni tersangatttt lah banyak bukitnya... jap naikkk... japp turun... pastuuu naik bukit... kemudian bukit lagi.. tinggi dan tinggi lagi...

Last-last aku surrender.... kena benti kayuh dan "gelek basikal" sambil jalan kaki... hahaha... penat wehhh... terasa separuh nyawaku pergi... huhu...




Penat tak terkata. sesak nafas. rasa nak pitam pun ada...

Bab turun bukit, itu detik yang aku paling suka... melajuuuuuu jer turun... terasa sejukkkk... me-release-kan tension sekejap... rasa hilang stress-stress yang ada...

Dapat minum air sejuk di mesin water cooler USM ni terus rasa COOL!! waktu tu, aku macam terasa syukur sangat dapat minum air... tetiba terasa betapa nikmatnya minum air sejuk.. hehehe...

Gelas takdak, apa pun takdak.. sume pulun minum macam tu jer... sungguh tak sopan oiii... tapi apa nak buat... dahaga di tahap melampau weh.. kering tekak!!

Gulpp..gulpp..gulppp... sedappppp... ~feeling minum laici!


kamera gopro, gopro, kayuh basikal, program kayuh basikal, pjj usm, kursus intensif pjj 2014,


Okey... meh kita tengok gambar dari Kamera Gopro pulak.... tuhhhh yang kat atas tu lahhh kamera Gopro... kecik tapi power! kamera ni biasanya orang yang suka traveling suka guna (backpackers)... 


kamera gopro, gopro, kayuh basikal, program kayuh basikal, pjj usm, kursus intensif pjj 2014,


Panas + Dahaga + Excited + Penat = Sakit Seluruh Badan (^_^)


kamera gopro, gopro, kayuh basikal, program kayuh basikal, pjj usm, kursus intensif pjj 2014,


Comeykan amik gambar guna Gopro nih... sume orang boley nampak... tak terkecuali... tak perlu tukar gilir photographer... cumaaa.... batang dia tu arrr menyibukkkk nak interprem... tak boleh nak elak doh hok tuh!

Pejam sebelah mata je laa... hehehe...




Lebih kurang 1 jam kayuhan... kami akhirnya berjaya pusing 1 USM.... penat jugak tau even hanya sejam.. jalan di USM tu bukannya alwez landai, membukitttt manjanggg... ~lap peluh!




Syabas pada En.Mokhtar yang anjurkan program sihat ni... boleh eratkan silaturrahim antara pelajar USM... dan saat jaa karang entry ni pun... program kayuhan ceria ni diadakan sekali lagi (petang ini)...

Ramai yang berminat nak join setelah tengok gambar-gambar yang di upload dalam Group PJJ USM... kiranya yang semalam tu Siri 1, hari ini Siri 2.. selamat berjuang buat semua!!

"Gatehhh jange tak Gatehh...."




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


Brunch di Subaidah Bistro dalam USM

$
0
0


NASI KANDAR SUBAIDAH, subaidah bistro, usm,

Subaidah Bistro buka cawangan dalam USM (depan DTSP)


Hoho.. hari0hari...meriahhhh!! dah macam kantin sekolah rendahh....
"Saya dulu bangggg..... Saya dulu banggggg...."


Nasi Kandar lauk Ayam Madu + Bendi = RM4.00


Brekfes di waktu Lunch = Brunch.....hehehehe...!!



Jom Follow Jaakechik. KLIK button dibawah :


DTSP - Dewan Tunku Syed Putra

$
0
0





Sepanjang seminggu jaa dok di USM ni, semalam baru first time jaa ada kuliah di Dewan DTSP ni.. dulu masa di tahun satu, alwez ada kelas kat dalam ni...


 


Dewan ni ada 1 1/2 tingkat , ramai boleh muat dalam ni ooo... jaa kalo masuk sini suka dok tingkat atas... sebab kat bawah econ dia terlalu sejukkkkk... kat atas ni lebih syok kot!




Nih tempat febret kami.... hehehe.. kat atas ni orang tak ramai sangat... so tak segan sangat ler... niat di tahun 2 ni nak duk tingkat bawah dan palingggg depan benornya.. tapi tak jadi... cancel! 

Niat dah lariiikkk!!




Aku yang terawal sampai kat tingkat atas ni.... jom bergambor duluuuu...!!
tetiba masa ni member cakap,"Eh, besarnya jerawat mung!"




Nampak jerawat? Okeyy moh kita tutuppppp! :)
Haahahaha.... aku pon pelik.. kenapa subur pulak jerawat kali nih!




Babai.... doakan kejayaan aku yer sahabat....!!



Jom Follow Jaakechik. KLIK button dibawah :


Jenjalan Penang With Rakan Blogger

$
0
0




25 Januari 2014 - Cik Nur, Cik Aini datang ke Penang... diorang datang sini mai nak culik Chic Na gi Kulim. So, apalagi Jaa ngan Shu pun turut join sekaki jumpa diorang...

Memula masa duk wassap, cakap nak jumpa jer. last-last bertukar ke plan B. jaa ponteng kuliah dan ikut diorang merendet sesama jugak..

Ada yang coba menghasut aku woii... aku yang iman nipis ni pon apa lagi terus mencair bila digoda.... wehihihi... eh, ye ke ada yang hasut? ke diri sendiri gediks nak ikut? :p




Kami tak ke mana-mana pon. just jenjalan ke Chowrasta. teman Cik Nur beli keychain... pastu memasing ter-beli shawl yang murahhhh.. 2 = RM10... huuu murah wehh, cecomel lak tuuu...

Selepas gi ke Chowrasta, kitorang gi makan lak... kitorang gi makan kat Nasi Kandar Kapitan. Chic Na mengidam nak makan kat situ katanya...


 

Makanya, silalah beratur wahai murid-murid...



Okey sebelum tu jaa nak citer, jaa benornya first time jumpaCik Nur ngn Cik Aini nih... kitorang sume ni hanya kenal melalui blog jer... termasuk gak Cik Na dan Shu.

Dari kanan : Jaa, Cik Ai, Shu, ChicnadanCik Nur.

Jom klik nama-nama diatas untuk terjah ke BLOG mereka....




Tapi Chicna ni (tgh) jaa dah banyak kali jumpa dan Shu pulak (kanan) ni kali kedua jaa jumpa dia.. pertama kali jumpa ialah masa januari tahun lepas (Refer entry INI).


 



Tapi bila tengok lam gambar ni macam kamcing je kan?? sweet pulak gambar yang Cik Ai dok tonyoh tenyeh kepala jaa tuu... nampak je macam tenyeh tapi takkkk pon. itu sentuhan manja dari Ai... :)

Siapa sangka first time jumpa terus boleh mesra kan??? hewhewhew..


 


Tak sangka pulak dari langsung tak mengenali, terus boleh naik kereta sekali, jenjalan dan makan-makan together-gether... seronok... dah macam member dari zaman sekolah pulak rapatnya...


 


Dari sebelum hidangan sampai sampai ler saat makanan habis dimakan, sumenya sibuk duk bergambar... blogger katakan, haruslah snap gambar banyak-banyak kann??

Nanti boleh tayang dalam blog (^_^)




Jaa makan Cheese Nan Tandoori, Cik Ai makan Nasi Biryani Ayam. Cik Nur ngan Shu pilih menu Nasi Kandar lauk Ayam Madu. then Cikna pilih lauk Ayam Goreng...




Seronok sembang ngan diorang semua... hampir 3 jam keluar bersama terasa sangat pantas... jaa pulak masa tu nampak mmg hepy, tapi dalam hati.... jaa tengah susah hati coz terbawak kunci bilik... makanya roomate jaa tak boleh masuk bilik.

Roomate jaa tak ikut kami, coz jaa tak jangka pulak nak keluar masa tu. (tak rancang pon) makanya takleh nak kuar lelama sangat la. jaa risau kawan bilik meroyan nanti... muahahaa...
 
Masa diorang datang USM tu jaa dalam dewan nak tunggu next kuliah, tapi nak join ngan diorang punya pasal jaa sanggup ponteng kelas...!!

Jaa duk hepy-hepy goyang gedixx ngan geng blogger, roommate jaa pulak duk susah hati di asrama nun... adoii laa... kesian dia... terpaksa la dia melepak kat loby hostel hampir 2jam..

Nasib baik kat lobi ada sofa kerusi set + ada tv!!


 


Baideway, tengkiu pada Cik Ai yang datang dari Kulim dan Cik Nur yang datang dari Taiping yang sesusah mai sini ziarah kami bertiga di Penang ni... love u more bebehhhhh...!!

Next Januari datang ler lagi yekkkkk, kekeke!!



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


Viewing all 453 articles
Browse latest View live