Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all 453 articles
Browse latest View live

Jumpa Classmate di Seminar

$
0
0



Tepek besor-besor gambar perahsan dahku!! hikhik.. gambar dah lebih sebulan ni... perammmmm menjadi pekasam dulu, baru sedap nak makan mengarang....

Ye dakk?

Berbaju hijau, shawl hijau, inner hijau... spender je tak hijau! nasib baik spek mata bukan hijau. kalo takkk? agaknya dah bertukar ngan Ketua Muslimah PAS... kah3...


Masa ni jaa nak ke Seminar Pemantapan Program Pengesanan dan Pengawan anjuran AADK Negeri Kelantan di Menara Perbadanan Kota Bharu.

Seminar ni untuk pemantapan kerja kitorang laa uolls! nak banterassss dadah ke akar umbi kekdahnya.. misi kami kan nak buat negara kita bebas dadah pada tahun 2015 nanti?

Errrr...macam mustahil jerr!


Seminar ni sehari je pon. tapi dikira sebagai kursus gak laa.. boley dimasukkan lam buku servis. hikhik. seminar ni dirasmi oleh Pengarah AADK Kelantan, iaitu Tn. Ibrahim bin Abd Ghani.

Tuuuu yang berbatik putih tuuu...

Psst2x.. dulu masa jaa temuduga untuk keje ni, dia arr yang tukang interview jaa.. masa tu dia jadi Tim.Pengarah... hrmm rasa nak berterima kasih jer sebab pilih aku untuk sandang job nih... kihkih... 

Very the terharuuuu oii... belum berkesempatan nak ucap tengkiuuuu...

Opss jangan ko pikir dia kabel aku hokeyy.. aku tak kenal pun dia before interbiu tuh. bila dah start keje baru kenal dia tuu saper... ko jangan macam-macam lak...


Untuk seminar hari tu, ramai gak arr yang datang. setiap daerah perlu hantar 3 orang kakitangan. kiranya sume AADK Daerah ada. tak kira jauh or dekat.

AADK Bachok, Pasir mas, Pasir puteh, Machang, Gua Musang, Kuala krai, Jeli.. sume ado lahhhh... ramai tak mampu aku nak list kan sume... hehehe...


Dalam banyak-banyak orang, yang jaa paling excited bila boleh jumpa wanita berbaju merah tuh... tu rakan sekolah jaa tuuu... sekelas dan se-dorm..

Dalam kelas pon kami duduk sebelah menyebelah!

Kiranya geng kamcing habisss lahhh....

Tak sangka, kami boleh bekerja dalam satu agensi yang sama. cuma dia senior setahun dari jaa dalam perkhidmatan. memula dia posting di AADK Penang.

Lepas 3 tahun, dia mintak tukar ke AADK Pasir Mas pulak... so sekarang ni kitorang bekerja di bawah agensi yang sama, negeri yang sama, cuma berlaianan cawangan jer.


p/s : bertahunnn...dah jaa tak jumpa dia benornya... (^_^)



Bungkus Puding For Merisik - Susah Oiiii...

$
0
0


cara buat puding, cara nak buat, puding gula hangus, puding santan, cara nak buat puding, resepi puding gula hangus,

Puding Gula Hangus ni jaa buat untuk majlis merisik ''someone''. Bila puding dah sejuk, jaa duk pening sengsorang camana nak bungkus kasi cantekk ni yekk?

cara buat puding, cara nak buat, puding gula hangus, puding santan, cara nak buat puding, resepi puding gula hangus,

Jaa pun mitak tolong en.suami buatkan. sebab kalo jaa yang buat konfem hancur berderai puding tu. paling tidak pun mungkin akan penyek..

Jaa tangan tak berseni! jenis ganazz! hikhik..

cara buat puding, cara nak buat, puding gula hangus, puding santan, cara nak buat puding, resepi puding gula hangus,

Then terus en.suami terlangkupkan ke pinggan... slowww and steady jer dia buat. jaa memerhati jer la masa ni. sambil dalam hati berdoa jangan la kau hancurr puding weii!

cara buat puding, cara nak buat, puding gula hangus, puding santan, cara nak buat puding, resepi puding gula hangus,

Tadaa... comel dan molek jer... kannnn? tengok arr pulak sape yang kukus, sape yang buat puding tu... see my fingers lorr bebeh.... kekeke... 

Nak resepi tak?

Refer entry yang ini : Puding Gula Hangus Sedap + Mudah!

cara buat puding, cara nak buat, puding gula hangus, puding santan, cara nak buat puding, resepi puding gula hangus,

Orait! bila dah siap, kena telangkupkan ke dalam pinggan lain lagi sekali. kenapa kena terlangkupkan lagi sekali pulak? sebabnya.... supaya....

cara buat puding, cara nak buat, puding gula hangus, puding santan, cara nak buat puding, resepi puding gula hangus,

Supaya bila kita nak terlangkupkan puding ni ke bekas kek lutsinar ni, bahagian gula hangus (koko) tu akan duk di bahagian atas sekali... 

Dah kata nak bagi kat orang kan. kena arr nampak cecantik sikit. 

For merisik tuuu....

cara buat puding, cara nak buat, puding gula hangus, puding santan, cara nak buat puding, resepi puding gula hangus,

Haa nak suruh nampak macam ni laa.. yang gula hangus warna koko tu duk di atas. Faham tak? Emm.. baru comeiii...

See?

Banyak kali kena ulang terlangkup kan? dari loyang ke pinggan, pastu ke pinggan lain dan pastu ke bekas lutsinar pulak..

Eee...banyak sungguh stepnya..... kena terlangkupkan bebanyak kali.. tu yang jaa tak berani buat tuuuu... risau kot puding tu penyekkk...

Nak transfer direct dari loyang ke bekas lutsinar takut hancurrrrr...

Sebab bekas tu kecik jer... ngam-ngam muat jer saiz dia..

cara buat puding, cara nak buat, puding gula hangus, puding santan, cara nak buat puding, resepi puding gula hangus,

Haaaa... baru laa nampak gojesss nak di bawak merisik! dah macam beli kat kedai pulak... bekas lutsinar tu murah je. jaa beli kat kedai bakery. RM1.30 satu.

cara buat puding, cara nak buat, puding gula hangus, puding santan, cara nak buat puding, resepi puding gula hangus,

Last but not least, ni la tuan punya badan yang bersusah payah duk terlangkupkan puding untuk jaa. tak nak dia kecik hati, jaa tepek ar sekeping gambar dia sebagai bukti dia buat kerja!

Mekasih abang... jasamu ku kenang...

Nanti kalau jaa nak bagi puding untuk orang lagi, abang tolong terlangkupkan lagi yer... tangan abang kan berseni... hikhik... kena kipas-kipasss sebanyak mungkin!

Jaa nak citer kisah terlangkupkan puding je hari ni.... Oklah.. babai.. terima kasih kerana membaca... Kih3...


p/s : lepas ni kena beli bekas lutsinar saiz besar sikit baru senang kan? Sekali telangkup jer...


Makan Malam di Four Seasons Kota Bharu

$
0
0

Assalamualaikum Semua


Malam Jumaat lepas kami keluar dinner ngan family mentua. dinner kali ni di taja oleh my bakal biras... bila anak-anak sedara dah besar ni banyak lak ragam nya. nak orang belanja manjanggg... haisshh... kesian bakal biras aku kena buli...(^_^)

Aku pon apalagi terussss tumpang 6 kaki...  aku, my laki dan fikri.. kih3..

 four seasons kota bharu, Four sesons, restoran four seasons, sim nyonya, tauhu sizzling, tempat makan best di kelantan, tempat makan di kelantan,

Restoran Four Seasons Sdn Bhd (Masakan Cina Muslim)
No. Tel : 09-7436666
Alamat : 5670 B-1, B-2 & B-3 Jalan Sri Cemerlang,
15300 Kota Bharu Kelantan.
Email : 4seasonsrestaurantsdnbhd@gmail.com


 

 

Ini lah cik puan penaja dinner kami malam tu. bakal pengantin baru aka my bakal biras. sebelum kawin dah kena buli dek kami ngan anak-anak sedara dahhh.... kih3...


Pakej D  :  7 Menu  :  10-12 Orang

Siakap Stim Nyonya Style
 Kailan Ikan Masin
Butter Prawn
 Tomyam Seafood
Lemon Chicken
Jappanese Tofu Sizzling
Telor Dadar
Dessert Buah-Buahan
Air Teh Cina


Makanan kat sini style pakej. yang kitorang punya ni Set D.  boleh makan 10-12 orang. portion besarrr.. kiranya mmg molek arr untuk kami yang ramai tuu...

Harga Set D ni kalo tengok dekat brochure dia RM238.00. fuhhh pitam tengok rege!  itu pun tak termasuk ngan air oren. air oren tu kena add on. setiap pakej just diberikan air teh cina jer.


Lauk tak terlebih tak terkurang... licin hingga ke tulang temulang..

Kami repeat mintak air oren lebih kurang 4 jug juga la. sebab ramai kan, tak cukup air.. jaa tak tahu total sebenar coz my bakal biras cakap "RAHSIA!!" rasanya tinggi gak total bil tuh!


Overall sume masakan di Four Seasons ni sedap.... mendapat pujian penuh dari sume yang datang hari tu... ianya makin sedap berganda bila ada yang payungkan... kah3...

Yang palingggg sedap Japanese Tofu Sizzling tuuu... first time jaa makan tofu jepun ni.. baru ku tahu, sedap rupanya menda ni... lembut giloshh!


Kat dalam tu ada jugak isi udang ngan cendawan hitam yg dipotong kekecik (dadu). bawah lak dia alas ngan telor.... dia punya kuah pekat-pekat sedap.

Buh sos tiram ngan tepung jagung kot! ahhh kena google resepi ni nih... nak belajar buat sendiri... sebab sangat sedap! terbayang lagi kesedapan dia...

Hoii berapa kali''sedap'' kau nak ulang nih?


Muka kekenyangan yang terserlahhhh.... orang lain sume makan pakai sudu garfu. aku makan ngan tangan jer. bukan hape, senang nak suapkan fikri bila pakai tangan ni. kih3...

Anak-anak sedara bantai gelakkan aku! Ciskek betoii!

 

Superr duperrr sedapp oiii.... thumbs up! plus lagi bila makan ramai-ramai cenggini lagi seronok... meriah ngan gelak ketawa... nak lagi aku yang bercakap non stop... (^_^)

Ikhlas cakap, makanan kat sini lebih sedap dari Restoran New Horizon Garden yang kami pernah makan dulu. kalo Horizon jaa bagi 3.5bintang, yg ini jaa kasi 4.5 bintang!

Yang betul-betul sedap harus la dipuji, ye dakk???


Pagerank Blog Dah Meningkat ke PR-2

$
0
0


apakah pagerank?, pagerank blog, google pagerank, cara tingkatkan pagerank, cara tinggikan pagerank, tips pagerank, tips naikkan pagerank, kepentingan paagerank, tips blogging, seo,


Pagerank Blog? Apakah Pagerank Blog?

"Google PageRank pada dasarnya adalah satu gred yang ditetapkan oleh Google untuk laman web dan blog dalam skala antara 0 hingga 10 yang bergantung pada jumlah backlink dan kualiti setiap link dalam content sesebuah blog"

''Semakin tinggi PageRank sesebuah blog bermakna semakin bagus prestasi blog tu. Dengan nilai PR yang tinggi, content blog kita ada kelebihan diindeks dengan cepat''



Dah Check Pagerank Blog Anda?

Kalau belum jom cek sekarang dekat sini : PRchecker.infotulis je alamat blog korang (URL). then, masukkan verification word. pastu tengok la berapa nilai PR uolls!

Berapa Pagerank Jaakechik.com?

Pagerank blog Jaakechik.com dah naik ke PR-2. alhamdulillah usaha selama ini berbaloi. dari PR-1 kini dah ke PR-2. bukan senang oooo nak naik... bila dah naik berpinar jap mata. macam tak caya pun ado.. kih3..

apakah pagerank?, pagerank blog, google pagerank, cara tingkatkan pagerank, cara tinggikan pagerank, tips pagerank, tips naikkan pagerank, kepentingan paagerank, tips blogging, seo,

Tips Untuk Tingkatkan Pagerank?

Kalau baca blog otai, dia suruh kita gi komen entry di blog yang ber-PR tinggi. lepas komen, tinggalkan sekali link blog atau url entry. kalo boleh biar entry yg kita komen tu ada kena mengena ngan niche entry kita jugak.

Tak faham NICHE tu apa? haaaa.... googleeeee hokeyyy...

Bila kita tinggalkan link entry yg sama niche ngn blog yang ber-PR tinggi, google akan crawl jugak ke blog kita bila ada pengguna search sesuatu keywords tu. kiranya mudah terindeks laaa... lelama PR kita pun akan naik gak...

Eh, betul ke? Sumber asal dah lupa pulak. 

Tapi itu salah satu cara arr.. banyak lagi caranya. apa yang penting, konsisten update blog. tarik trafik banyak-banyak dan usahakan agar entry kita duk di first page google. baru mudah trafik masyukkk... camana nak buat? guna SEO.

Apakah SEO... haaa... google sekali lagi!


apakah pagerank?, pagerank blog, google pagerank, cara tingkatkan pagerank, cara tinggikan pagerank, tips pagerank, tips naikkan pagerank, kepentingan paagerank, tips blogging, seo,


Sedikit Renungan.....

Nak kan sesuatu, jangan harapkan orang suap ke mulut kita terus. kena ada usaha sendiri. google sesuatu benda yang kita tak paham tu. kendian pahamkan molek-molek...

Andai kata tak paham jugak baru bertanya. tanya tu pun at least ko dah tahu sesikit. jaa bukan nak tunjuk pandai. tapi nak sharing kot masih ada yang tak tahu apa-apa pasal PR, SEO dan SERP segala nih.

At least sesapa yg nak tahu dia akan google jap lagi. Kan?

Kalo menulis blog untuk sesuka dan untuk sendiri-sendiri baca. okeyy kau tak payah tahu apabenda PR, SEO, SERP ni. tapi kau jangan cemburu bila blogger lain tayang earning or tayang trafik ribu riban.

Kalau korang nak jadi macam depa. usaha sekarang! belum terlambat bebeh! kita mula dari sekarang... jaa pun still buah cempedak diluar pagar jugak. saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan!

Hehehe... btw Blogging is Sharing!! Am i right??


P/S : Tetiba jaa teringatkan kata-kata Blogger Eyriqazz : "Jangan kedekut beri backlink. Kita kena cipta backlinks banyak-banyak!''


Shopping Baju Hijau di Peace Collection

$
0
0

Assalamualaikum Semua


11 Dis nanti adik ipar jaa (lelaki) nak bernikah. 12 Disember majlis bersanding. Pastuh 14 Dis lak akan diadakan Majlis Sambut Menantu bagi belah pihak rumah mertua jaa.

Tema pada majlis 14 Disember tu kaler hijau tua. makanya kalut laa jaa mencari baju yang sepadan. nak pakai baju lama macam takde semangat jer...kan?

So meh kita shopping baju baru. heee!

baju kurung 2014, butik peace collection, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, peace collection, peace collection di kota bharu, peminat peace collection, shopping,

Kalau korang masih ingat entry jaa yang dulu ''Hang Out With 3 Dara Pinggitan'' tuu... masa tu jaa dah pergi cari baju... puas pusing KBMALL nuh... tak gak jumpa design dan kaler yang berkenan di hati.

Yang cantikk, rege lak overrr.... yang suka, saiz lak takde.. haishhh!

baju kurung 2014, butik peace collection, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, peace collection, peace collection di kota bharu, peminat peace collection, shopping,

Bila takde yang berkenan, next week nya jaa pergi lagi... kali ni shopping sensorang diri... habis semua outlet Peace Collection aku jejak... nak puaskan hati punya pasal.

Last-last tersangkut kat Peace Collection di tesco kota bharu!

baju kurung 2014, butik peace collection, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, peace collection, peace collection di kota bharu, peminat peace collection, shopping,

Baju ni ala-ala jubah Tokti gituu... macam cantik jew.. tapi errrr segan nak pakai... sebab siap ber-hood lagi tuh.. ''pelik sangat ore kelate kato...'' hahaha.. 

Okey....hok ni rejected!

baju kurung 2014, butik peace collection, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, peace collection, peace collection di kota bharu, peminat peace collection, shopping,

Pastu try lak yang ni, yang ni dah berkenan... tapi ada kesan kotor pulak kat baju. refer kat bahagian bawah baju yg nampak cam basah tu yer. staff peace dah cuba cuci tapi kotoran tu tak hilang... 

Dah la ada 1 je saiz 34.. so rejected jugak! 

baju kurung 2014, butik peace collection, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, peace collection, peace collection di kota bharu, peminat peace collection, shopping,

Hok ni pun macam dah suka jugak... tapi saiz 34 takde. ada 36 je. Aii takmo sebab nampak besar... bahu jatuh, lengan labuh... skirt lak for sure terlebih labuhnya.... 

Handoiiii... rejected lagi kali ni! pasrah!

baju kurung 2014, butik peace collection, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, peace collection, peace collection di kota bharu, peminat peace collection, shopping,

Inilah baju yang jaa menerai kat fitting room tadi tu.. yg kanan yg ada kesan kotor tuh. Yg kiri yg bersaiz besar tu... sume rejected, so aii beli yang mana?

Haaa....rahsia... tunggu the majlis tu berlangsung nanti okey! hihihi...

Baideway jaa memang regular customer Peace Collection. dia punya design kena ngan kehendak poket aku. tapi masalahnya aku punya saiz susah sikit nak ngam. muat saiz 34 je... huuu!

Baju Merah dalam entry INI, baju biru dalam entry INI, dan kebaya nyonya hitam dalam entry INI, semuanya beli kat Peace Collection...

Motif?? itu tandanya aku regular customer dia! (^_^)

Kedai Bihun Sup Popular di Kota Bharu

$
0
0


 tempat makan di kelantan, tempat makan best di kelantan, kedai bihun sup di kelantan, kedai mee sup dikelantan, kedai mee celup di kelantan, restoran,

Minggu lepas masa hari off jaa gi ke Berek 12. pastu sempat gak singgah ke kedai bihun sup tersohor di Kg. Cherang nih. kedai ni dekat je ngan Selera Cik Siti.

Kedai bihun sup ni, memang femes di kawasan kota bharu... taktahu la apa yang membuatkan kedai ni femes sangat, maybe sebab dah lama beroperasi kot (otai).

tempat makan di kelantan, tempat makan best di kelantan, kedai bihun sup di kelantan, kedai mee sup dikelantan, kedai mee celup di kelantan, restoran,

Rasa dia kira okeylah jugak. sama jer ngan kedai bihun sup kat tempat lain. tak ajaib mana pon. but tu lahhh.. kedai ni ramai betoi orang!

Sebab murah kot. (^_^)

Masa jaa kekecik dulu, abang jaa alwez singgah kedai ni beli air nyiur (air kelapa). lama benar dah kedai ni nih... masa jaa sekolah rendah dulu memang dah ada.
  tempat makan di kelantan, tempat makan best di kelantan, kedai bihun sup di kelantan, kedai mee sup dikelantan, kedai mee celup di kelantan, restoran,

Kedai lak tak berubah apa pun. still sama dan nampak biasa saja. tapi customer dia... fulamak ramai betoi... kalau nak makan kena menunggu untuk dapatkan meja.

Share meja ngan customer lain itu perkara biasa kat sini ok. tak cukup meja punya pasal. kena pasrah arr tumpang duk semeja ngan orang... hmmm... 

 tempat makan di kelantan, tempat makan best di kelantan, kedai bihun sup di kelantan, kedai mee sup dikelantan, kedai mee celup di kelantan, restoran,

Bukan bihun sup je ada. mee dan kuetiaw sup pun ada. nasi air pun adooo... yg biasa RM2.50. yang special RM3.50. bezanya? ada lauk lebih sikit arr... hihi.

Hirup kuah panas-panas di bawah khemah... makan lak ngan cili hijau jerukkk... mabelessss woo... pekena lak air nyiur susu segelas... burppp kenyang... hahaha...

 tempat makan di kelantan, tempat makan best di kelantan, kedai bihun sup di kelantan, kedai mee sup dikelantan, kedai mee celup di kelantan, restoran,

Korang yang mai kota bharu jangan lupa singgah sini tau. landmark jaa dah bagitahu tadi. Kg. Cherang berdekatan Selera Cik Siti atau berdekatan D'Klasik White Kopitiam Cherang.

Nama kedai or signboard non hadoo. dah kata td kedai biasa sajo kan? kalo korang dari bandar kota bharu, kedai ni duk belah kiri. tengok orang ramai, kete berderet tu betul arr tuu....

Nak pi sana roger arr aku, boleh makan sama-sama...kekeke...


PJJ USM : Tips Ke Kursus Intensif / Orientasi

$
0
0




Surat Kursus Intensif 2013/2014PJJ-USM dah lama jaa terima. untuk tahun 2014 ni, 25 hari tempoh kursus intensif ni berlangsung. lama betoii! 

20 Januari - 14 Februari 2014.

2-3 minggu dah gelisah, inikan pulak 4 minggu. nampak gaya, kerinduan laa jaa kat family nanti. especially si Fikri and my laki. kih3.

Bertabahlah hati. 4 minggu je ponn. ~sambil urut dada sendiri!

Since Kursus Intensif ni tinggal lebih kurang sebulan jer lagi, jaa dapat banyak email yg bertanyakan tentang tips ke kursus intensif ni. 

Banyak yg tanya apa keperluan perlu bawak, jadual kuliah macam mana, exam PB camana. so entry kali ni nak bagi a few tips for junior.



Tips Ke Kursus Intensif / Orientasi PJJ USM


1. Makanan
_________________________________________________________

Stok makanan kena bawak (jajan). kalau korang jenis yang selalu lapar kena la sediakan roti or biskut. nanti kalo dah malam, for sure rasa lapar tu datang.

Jangan berharap sangat ngan makanan dekat kafeteria. sebab kekadang makanan cepat sangat habis. baik brekfes, lunch atau dinner. 

Baik ko spare Kek Apollo ke hape...kah3..



Yang paling kritikal makan malam. yang ada cuma nasi goreng, burger dan masakan panas. tapi.. pukul 9.30 malam dah sold out hokeyy!

Very sadisss oii...

Tapi kalau korang jenis suka makan diluar (luar USM), ok laa sebab bebila masa boleh beli kan. macam jaa ngan roommate ni malas nak kuarr....

Lepak makan kat bilik lagi best...ehe!

2. Iron / Sejadah / Pantry
_________________________________________________________

Takmo bawak iron pun ok. coz setiap level ada bilik iron baju. kat situ dah sesiap ada iron / iron box. tapi kalo takmo berebut, better bawak sendiri. macam jaa, jaa share ngan ofismate jer. 

Fuhh ringan beg aku!

Setiap level ada bilik solat gak. ada sejadah, telekung sesiap dah. tapi better bawak sendiri. kau mampu nak isyak sengsorang kat bilik khas tuu??? 

Hoho. seram kot!

Setiap level ada gak pantry yang dah ready ngan water cooler. hot and cool. kalo rasa dahaga ko gi amik je air kat situ. bawak mug jer. 

Nak lebih sedap sila bawak febret drink 3 dalam 1 korang. kalo dahaga just bancuh jer.. senang plus jimat! rendam maggi cup pon boley!

3. Shuttle bas
_________________________________________________________

Sesapa yang takde transport nak kesana sini sinun, korang jangan risau tetiap kali kursus orientasi atau intensif pihak USM akan sediakan shuttle bus.

Ko tunggu jer kat memana bus stop, konfem bus akan pickup korang dan tuju ke destinasi (dlm usm aje). setiap setengah jam rasanya kot bas akan lalu kat asrama kita.

Free okey. tak payah bayar. ko takyah sesusah drive kete perabih minyak yg mahai tu dan takyah sesusah ko nak berebut parking kat dewan/bilik kuliah.


Okey citer pasal parking kete ni, satu jaa nak pesan. jangan parking kete kat tempat larangan tau. jangan block laluan bas atau kete orang lain. nanti nahas! sebabnya.....

Dah ada kes kete student pjj kena kunci tayar oleh pihak USM. tak pasal-pasal kena bayar denda. lagi satu, kalau ko block orang, ko jangan pelik kalau kau tengok kete korang calar balar atau kemek.

Dah penah berlaku hokey. please take note!

4. Asrama / Desasiswa
_________________________________________________________

Kita boleh booked jika nak duk sebilik ngan kawan kita. syaratnya just tunjukkan kad matrix kita dan kawan kita tuh masa gi daftar bilik. best kan!

Nak tido yang sedap, sila bawak cadar dan bantal... nak terlebih sedapp bawak laa kipas jugak... dalam bilik panas gilerrr oiii... just ado kipas cinonet jer kat siling tu...

Bawak kipas? Idea giler ni. jangan buat ok. so overrr! 


Kalau korang malas nak berus baju, especially geng lelaki tu, korang jgn risau kat hostel ada mesin dobi di ground floor. just masukkan duit RM2. (50sen x 4kpg).

Tapi sabun basuh kena bawak sendiri arr...

Dlm bilik jangan over gedik. jaga kelakuan. jaga percakapan. jangan lupa letak Yassin kat tepi bantal tido... motif? untuk keselamatan... (^_^)

5. Spare Duit Banyak-Banyak
_________________________________________________________


Spare duit bebanyak untuk beli barangan cenderahati USM. t-shirt, baju korporat dan pelbagai souvenirs lain untuk di beri gift kat family korang.

Kat sana konfem rambang mata. itu nak, ini nak! jaa nak pesan ni, kalo nak shopping souvenirs USM sila pilih kedai yang terima baucer buku. hihihi.. lebihhhh jimattt....



Pastu sila spare duit bebanyak jugak untuk beli modul yang dah di fotokopi dan di jilid kat tingkat bawah library USM, Pustaka Hamzah Sendut nuhh...

Ko cakap je nak modul mana? tajuk apa? sume adooo... kalo takde, just buh dalam pendrive dan dia akan fotostatkan. kejap je siap.

Murah ke? errr... murah laa jugak nak compare ngn print out kat Cyber Cafe tu. nak lebih murah ko gi fotostat kat luar USM (depan masjid). 4 sen je sehelai... (^_^)

6. Hari Kelepasan Am
_________________________________________________________

Setiap kali hari Kelepasan Am. kuliah atau exam kita pon cutiiiiii jugakkk. so sila tengok kalendar dan rancangkan plan anda. 

Nak balik kampung ke, nak jenjalan ke. sume boleyy!

Macam tahun ini, terdapat cuti umum sempena raya cina selama 4 hari. so apalagi? mari kita balik kampung... rilex kat umah jumpa family lagi syok!!

Jaa dulu, pantang ada hari free terus jenjalan pusing Penang. siap ke Bukit Bendera, Batu Feringgi, Rope Walk, Padang Kota Lama dan etc etc. 

Nak tahu, korang kena godek entry lama aku laa...

Ada sekali tu, jaa siap tido di rumah adik ipar lagi. kat kedah nun.. bila en.suami jaa mai penang, kami siap tido hotel lagi. melepasss rinduuu! hahaha...
 
 
7. Jadual Kuliah / Exam
_________________________________________________________

Exam Peperiksaan Bereterusan (PB) di tahun pertama objektif je manjanggg... jarangggg ada soklan esei atau struktur. tapi di tahun dua ni mungkin banyak esei kot! huhu!

Jadual kuliah atau exam tak pax sangat pun. kekadang 2-3 kelas dlm sehari. kekadang langsung takde.. kelas tak menentu la kiranya.


Kadang pagi je ada. petang atau malam takde. kekadang pagi, petang, siang malam pun adooo... so boleh plan program nak merendet ke apa ke time jadual free tu.

Dulu lepas habis kuliah atau exam, kitorang siap melepak kat Queensbay lagi. Sambil menyelam kita minum air sekali. mmg rilex jer jadual nya... tak stress sangat arr...!

Tips Exam PB? 

Sila repeat tengok Sidang Video (SV) last setiap subjek. SV last, biasanya lecturer yang baik hati akan beri TIPS dan KLU soklan apa yang bakal keluar. (^_^)




Setakat itu saja dulu yg jaa boleh kongsikan Tips dan Panduan ke Kursus Intensif PJJ-USM. yang jaa tulis ni berdasarkan pengalaman jaa yang dah masuk tahun dua PJJ. 

Semoga sedikit pengalaman jaa ni, boleh dijadikan panduan untuk student yang kali pertama nak ke kursus orientasi atau pertama kali ke kursus intensif PJJ-USM.


p/s : Ada yang belum amik MUET? Next year kita apply sesama nak??


Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :


Di Sebalik Tabir Majlis 14.12.2013

$
0
0



 





Antara beberapa babak di belakang tabir Majlis Kawin Adik Ipar jaa pada 11.12.2013 yang lalu... benornya banyak lagi ada gambar tapi kang sakit mata pulok korang nengok kan... 

So ini sajo laaa duluuuu... hihihi... 

Kitorang gotong royong masak untuk kenduri tuuu... no catering no caterer... semangat kejiranan dan semangat kerjasama yg tak berbelah bagi. 

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih untuk semua yang terlibat.... even hujannnnnn manjanggg, we all tetap fun!!



11.12.2013 - Majlis Kawin Adik Ipar

$
0
0

Salam Sejahtera Buat Semua

 
Setelah seminggu blog tak ber-update, hari ni jaakechik kembali bersiaran. bukan berholiday kemana-mana pon. hanya menyibukkan diri dengan majlis perkahwinan adik ipar jaa di rumah MIL. 

5 hari berumahtangga berkampung di rumah MIL jaa. baju kotor pun menimbun dengan jayanya. nasib baik cuti panjang daku lulus. kalo tak mahunya aku mohon MC di ujung-ujung tahun ni... keh3...

Okeyyyy moh kita layan beberapa keping gambar di sekitar majlis akad nikah adik ipar jaa pada tarikh 11.12.2013 baru-baru ini. zassssss......


11.12.2013 - Majlis Akad Nikah




11.12.2013 ramai yang bergosip tentang tarikh ini. tarikh ini dikatakan sangat unik. tarikh ni jugak dikatakan kali terakhir yang mempunyai susunan macam gini.

The next next next year, takkan ada lagi dah... sebab takkan ada tarikh yang tersusun (berturutan) seperti ini lagi ---> 12.13.2014 atau 13.14.2015... kannnnn??? 

Pada tarikh tu bukan Cik Ta ngan Zain Saidin pon kawin. wallahhh.... ramai benor kawin di tarikh itu... yang beranak pada tarikh tu ponnn ramai.... nice date!

Dengan sekali lafaz akhirnya mereka berdua sah bergelar suami isteri. alhamdulillah syukurrrr...
segalanya berjalan lancar seperti yang di rancang. Terima kasih Ya Allah....


12.12.2013 - Majlis Bersanding








 

Majlis bersanding di rumah pihak perempuan pon berjalan lancar. kitorang bertolak pukul 11 pagi... dalam pukul 2 ptg segala urusan itu settled! 

Takdak setitis pun air hujan yang menitik pada hari tersebut. urusan "berlarok"berjalan lancar... syukur sekali lagi Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami sekeluarga.

FYI, adik ipar dan biras jaa ni sama muda umur ngan jaa. baru 25 thn. kekeke.. dia anak bongsu MIL jaa. kiranya ini kenduri terakhir laa dalam family en.suami. (hope so!)  

7 beradik sume dah berlaki bini... (^_^)


14.12.2013 - Majlis Bertandang


Majlis Sambut Menantu @ Majlis Bertandang pula terdapat sedikit dugaan buat kami. pada hari tersebut hujan turun dengan selebat-lebatnya... non stopppp hokeyy...!! cobaannn cobaaannnnn....

Padahal dah 4 hari tak hujan... pada pagi 14.12.2013 itupun cerahhh manjangg... ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan lebat sepanjang hari...



Dari 11 pagi hingga ke magrib. hujan tetap mencurah-curah.. terpaksa redha dalam pasrah... Allah sedang menguji kami sekeluarga... mungkin ada hikmah disebaliknya...

Hanya DIA yang maha mengetahui....

Yang pasti majlis di rumah MIL jaa itu penuh kelam kabut. hujan terus mencurah-curah. sehingga basah kuyup rombongan pihak keluarga pengantin semasa berarak masuk ke rumah MIL jaa.

Para jemputan basah kuyup, tukang gulai, tukang tambah lauk pun basah.. kami sekeluarga pun kuyup. memang lencunnnn habisss... baju boleh perahhhh berkali-kali... 


Time tu rasa nyesal pakai cecantikk... rasa nakkkkk je ber-tracksuit dan t-shirt biasa.. biar senang nak redah hujan sambil tambah lauk dan melayan tetamu... kih3..

Kemain cantik ngan baju tema hijau segala, pastu non hadoonya cantekkk bila hujannnnnn dan berbasah sepanjang hari... kah3... cobaaannnn sungguh oiii...

Frustttt sesangat.... first time berkenduri pada waktu hujan lebat... frust menonggeng jugak bila takleh nak goyang gedixx photoshoot bebanyak..


Sesi karaoke pon banyak kena skip. beri laluan for hujan. acaner nak karaoke lagu pengantin bila volume speaker dikalahkan dek bunyi hujan... mood karaoke downnnn terusss... hormatkan hujan!

Apapun kami tetap syukur, para jemputan boleh dikatakan 90% hadir.. even terpaksa berpayung, berhujan, berbasah.... terharu sangat ngan komitmen diorang... mereka sangat sporting...!!

6 periuk besar gulai.....licinnnnn hokeyy.... alhamdulillah....


Baideway, sekalung tahniah buat adik ipar dan my biras.. selamat pengantin baru.. semoga kalian berdua tenang dan sabar dalam mengharungi dugaan dan cabaran dalam rumahtangga. doa ku semoga kalian berduakekal bahagia bersama till jannah... 

Aminnnnn Ya Rabbal Alamin.....



Kursus Integriti 17 Disember 2013

$
0
0


kursus, kursus aadk, kursus integriti, aadk, aadk kelantan, pusat latihan aadk,

kursus, kursus aadk, kursus integriti, aadk, aadk kelantan, pusat latihan aadk,

kursus, kursus aadk, kursus integriti, aadk, aadk kelantan, pusat latihan aadk,


Di penghujung tahun ini. ada lagi kursus yang tersesat. hendak cukupkan 7 hari katanya. tapi takkkk jugak cukup.... untuk tahun ni my kursus just 6 hari sajooo...

Takleh nak buh dalam HRMIS dah pon bila dah penghujung tahun nih. just boleh key in dalam A-Tims je. markah SKT staff gomen dah lama dapat kannn? 

Kau dapat brape? Naik ke turunnnn? (^_^)



P/S : Sabarrrr menunggu bonus next januari.......yeppiii!!

Restoran Nasi Ayam Hainan Muhammad Lee

$
0
0


First time singgah makan kat Restoran Nasi Ayam Muhammad Lee ni. lokasi kedai ni, dalam bandar kota bharu. berdekatan ngan WS Handicraft dan Zon Ria.

Al kisahnya jaa gi makan kat sini, selepas puas ukur tanah shopping kain baju ngan anak-anak sedara en.suami. kiranya ni hari yang sama ngan laa ngan Entry Ini.

Ya. entry ni dah lama basi. so, redha jer la ko baca ekkk... hahaha... jaa sibuk sekarang ni memang tak menyempat nak update on time. (^_^)

Restoran Nasi Ayam Muhammad Lee, restoran, nasi ayam mualaf, nasi ayam hainan, nasi ayam style china, WS Handicraft, Zon Ria, tempat makan best di kelantan,

Budak Kecik ngan Pak Budak yang kelaparannn...
Sejam duk ukur tanah, terus makannnnn.... (^_^)

Restoran Nasi Ayam Muhammad Lee, restoran, nasi ayam mualaf, nasi ayam hainan, nasi ayam style china, WS Handicraft, Zon Ria, tempat makan best di kelantan,

1/2 Ekor Roasted Chicken RM20.00
Pakej Untuk Family (Harga Termasuk Sup + Tauge)

Restoran Nasi Ayam Muhammad Lee, restoran, nasi ayam mualaf, nasi ayam hainan, nasi ayam style china, WS Handicraft, Zon Ria, tempat makan best di kelantan,

Sayur Tauge + Carrot yang rangup...!!

Restoran Nasi Ayam Muhammad Lee, restoran, nasi ayam mualaf, nasi ayam hainan, nasi ayam style china, WS Handicraft, Zon Ria, tempat makan best di kelantan,

Harga Nasi RM0.80 Sepinggan
Harga Air Sirap RM1.00 Segelas

Restoran Nasi Ayam Muhammad Lee, restoran, nasi ayam mualaf, nasi ayam hainan, nasi ayam style china, WS Handicraft, Zon Ria, tempat makan best di kelantan,

Komen : Sedap....Highly Recommended!!
 Total bill is RM28.00. murahhhhh gilerrr!!

Restoran Nasi Ayam Muhammad Lee, restoran, nasi ayam mualaf, nasi ayam hainan, nasi ayam style china, WS Handicraft, Zon Ria, tempat makan best di kelantan,

Harga Pakej Nasi Ayam Muhammad Lee ni biasanya RM5.50 sepinggan untuk chicken roasted. pakej ni siap ngan air sirap dah. murahhhh kan??? 

Tapi oleh sebab jaa datang berlima, pelayan kat situ cadangkan kami amik pakej family. 1/2 ekor ayam (harga RM20.00). pastu tambah air dan nasi jer...

Kiranya kalo amik pakej family ni lagi untung arr.. ayam dia banyakk... saiz ayam agak besar jugakk.. lima orang makan pun still ada ballance lagi...

Burppp...Alhamdulillah! kenyang sampai ke malam.... (^_^)


Modul PJJ USM Untuk Dijual

$
0
0


Entry ni ditujukan untuk Geng PJJ-USM (junior)




Jaa ada 4 modul (subjek first year) untuk dijual. JKJ104, JKA101, JUJ103, JUT101. pada yang berminat boleh beli dari jaa yer..

Condition buku 99.9% cantik!! belum terjejas apa-apa. jaa beli modul ni di tingkat bawah library USM Penang dgn harga lebih kurang RM120 @ RM130.

Harga sebenar jaa lupa...




Jaa nak jual 4 modul ni RM70.00 sahaja. kalo anda berminat nak beli, sila email ke jaakechik@yahoo.com atau inbox ke Facebook Jaa.

Nak jual coz nak beli modul baru for next intensif. modul ni tak dijual sebijik2 ye. jaa nak jual 4 sekaligus. harap maklum. (^_^)



CPUV ke - 16 : INTI Cycle 1 Degree

POWERBANK - Satu Keperluan Bagi Ku

$
0
0


powerbank, powerbank yoobao, powerbank terbaik, powerbank yang murah, powerbank murah, harga powerbank,

powerbank, powerbank yoobao, powerbank terbaik, powerbank yang murah, powerbank murah, harga powerbank,

powerbank, powerbank yoobao, powerbank terbaik, powerbank yang murah, powerbank murah, harga powerbank,

Dua bulan menggunakan Powerbank Yoobao ni, memang best i tell you... Powerbank berkapasiti 13000 MAH ni mampu caj penuh for NOTE kami laki bini (sekaligus). 

Kadang tu kalo terlupa caj phone, jaa bawak je powerbank ni ke opis (caj dlm handbag time drive kete). senang keje aku, takyah berebut point plug ngan rakan opis. 

Henpon jaa memang cepat habis bateri, kuat online and layan game! padahal kapasiti bateri NOTE 3 dah tinggi (3200MAH) berbanding henpon samsung lain.

#Note3Terbaekkk...!!
#YoobaoPunTerbaekkk...!!


Fikri 2 Tahun 2 Bulan

$
0
0







" Layan Citer + Coklat × Febret = COMOT "



Makan Roti Nan di Restoran MAC B Kubang Kerian

$
0
0

~  Assalamualaikum WBT  ~



Semalam jaa ke kelas Sidang Video (SV) PJJ di USM Kubang Kerian. ada 3 subjek yang jaa kena hadap. lenguh habisssss urat bontot nak habiskan 3 jam... 

Tersenggukk berkali-kali.....huhu.....


After sejam SV, ada break for magrib (7pm-8pm). then lepas semayang kitorang terus melepak kenyangkan perut. roti canai yg dicari, tapi orang ramai sangat...

Cari lak gerai burger fizo omar. tapi tutup. agaknya sume outlets gi kenduri fizo di selising kot semalam. makanya, Restoran Mac B ni kami tuju...

Lokasi, dekaaaaat je ngn USM...



Takleh nak makan benda lain coz kejar masa. kelas nak mula balik kul 8 mlm. diorang berdua makan bihun sup. jaa pulak makan Roti Cheese Nan... lama dah kot nak merasa, tapi tak ter-cuba lagik!

So far, sedap! 

Makan panas-panas.. lembut jer roti tuu... ada banyak pilihan kuah like kari ayam, kambing, sayur, etc etc but jaa kurengg sikit. so, mintak kari ayam jer...

Harga Cheese Nan + Kari Ayam = RM4.00 (^_^)


Okey korang... ni satu benda jaa nak citer...Permohonan Baru PJJ USM akan dibuka nanti tau, pada pertengahan januari 2014. bila iklan permohonan tu dah keluar nanti, jaa share ngan korang okeyyy... 

Sesapa yg berminat boleh la apply nanti ye... sama2 kita sambung belajar. syok ke PJJ USM???? kalo nak tahu korang kena baca pengalaman aku kat sini : PJJ USM


Libresse : Beri Gift Kalendar Meja 2014

$
0
0

libresse, pad libresse, libresse shine on, kalendar meja, kalendar free 2014, kalendar 2014, mydin mall kubang kerian,

libresse, pad libresse, libresse shine on, kalendar meja, kalendar free 2014, kalendar 2014, mydin mall kubang kerian,

Minggu lepas jaa ke Mydin Mall Kubang Kerian. saje gi beli barang-barang rumah sikit. salah satu yang jaa beli ialah 3 Pek Pad Libresse ni...

Jaa beli sebab ada murah... RM11.90...

Pastu pulak, dapat pulak free gift kalendar Libresse Shine On nih... comeiiii oiii... boleh letak kat meja ofis... korang pun kalo nak, pi le rembat Libresse ni 3 ketui..

Kat mana-mana supermarket pun adoo....


Beli Voucher GROUPON : Tiket Murah Ke Lost World Tambun

$
0
0


Assalamualaikum


Hari ni 31 Disember 2013. hari terakhir untuk tahun 2013. hrmmm.... cepat sungguh masa berlalu kan... tup tup next year (besok) umur aku dah 26 tahun... (^_^)

Tapi kalo ikut kalendar Islam, dah lama kita di tahun baru kan? 

So, camana ngan hujung tahun korang kali ni? ada gi holiday mana-mana  tak? jaa pulak tak berapa nak hohoholiday sangat... cuti seminggu hari tu pon just duk rumah.

Next year, baru nak rancang. kami nak honeymoon  bercuti ke Lost World Tambun Ipoh Perak. saje nak main air kat  waterpark nya yang comel tuh.....

Jaa dah pon beli voucher Lost World Tambun via GROUPON .

cara nak beli tiket murah, cara nak buat, Harga Tiket ke Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, Tiket Murah Lost World Tambun, Website Lost World Tambun,

Cakkk... ini lah dia...!! beli pakej holiday ngan GROUPON ni murah. lebih murah berbanding harga walk-in mahupon rege online di Website Lost World Tambun

2 hari 1 malam + brekfes + tiket waterpark/themepark + tiket ke hot spring and spa (untuk 2 orang), hanya RM235.00. murahhh kaaannnnn??

Sesapa yang berminat boleh la beli voucher murah ni. setakat entry ni ditulis deals ni masih lagi "On Going". pakej ni dah termasuk tax ye. memang berbaloi beli ngan GROUPON. klik link bawah ni kalo nak beli ye..
 




Cara pembayaran pun mudah, boleh bayar melalui kad kredit atau secara melalui online banking like maybank2u, mybsn, cimbclicks and etc etc. jaa guna M2U je. senang!

Beli jer dulu. about tarikh bila nak pergi ke hape kita plan kemudian. voucher tu valid from 23.12.2013 - 21.03.2014. banyak masa boleh pikir lagi..

Jaa dah ada tarikhnya. but kena rahsiakan dulu! heeee!

cara nak beli tiket murah, cara nak buat, Harga Tiket ke Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, Tiket Murah Lost World Tambun, Website Lost World Tambun,

GROUPON ni boleh dipercayai. buktinya, jaa penah beli dah voucher dulu ngan GROUPON ni. jaa beli pakej ke A Famosa Melaka. 3 theme park hanya RM68.00 untuk seorang.

Refer entry -----> INI

Time nak redeem voucher tu just tunjukkan kat kaunter slip yang groupon email kat kita (kena print). so, kita takyah nak Q pepanjang beli tiket bagai. jimat wang, masa & tenaga! 

Plus lagi hotel Lost World tu pon kalo "book online" melalui website dia (SINI) mahal jugak. RM230. harga tu not include tiket themepark lagi tuh. aiyarkk... fengsan!!!

Pastu pulak cerewet. hanya boleh bayar melalui kad kredit sahaja!


Harga Tiket ke Lost World Tambun ni (tanpa hotel) kalo beli secara walk-in pon dah mahai tau. dewasa RM48.00. kalo beli secara online di website tambun pulak rege dia RM40.80.

Still mahai! kenapa jaa ckp macam tu?

Sebabnya...kalo korang beli dengan GROUPON (deals masih on going sewaktu entry ini ditulis) korang boleh dapat ngan harga RM37.00 dewasa, RM32 untuk kanak-kanak.

Murahhhh giler oiii!

Tapi itu untuk tiket themepark sahaja ye (tanpa hotel). kalo korang nak beli tiket shj, sila klik link ini : Tiket Murah Lost World Tambun.

Untuk tiket ni kita boleh access ke semua themepark. Waterpark, Petting Zoo, Tiger Valley, Amusement Park dan Tin Valley. uuuuu..... best kannnn????

Pakej yg ditawarkan GROUPON memang gempak!!!

Opsss....jaa bukan di upah atau di bayar GROUPON untuk buat entry ni tau. tapi saje nak sharing berita baik ni ngan korang. boleh lah rancang cuti awal-awal. nanti takde le kalut sangat kan!



p/s : Esok atau lusa jaa akan share Cara Nak Beli Voucher GROUPON ni pulak. doakan aku supaya rajin karang entry besok yer.... hehehee....


Selamat Menginjak ke Tahun 2014

$
0
0




Selamat Datang 2014.... babai 2013.. terima kasih pada semua orang yang penah hadir dalam hidup aku. yang senantiasa gembirakan aku...

Pada yang tak senang ngan aku, sakit hati ngan aku, aku mintak maaf jika aku selalu jer kelihatan salah di mata kamu... I'M NOT PERFECT!

2014 - hope better than before!

Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki jaakechik sekeluarga. sihatkan lah dia dan bahagiakanlah dia sentiasa. amin ya rabbal alamin...

Tengkiu pada yang turut mendoakan aku! 
 

Lipstick Maybeline Watershine Pure

$
0
0


lipstik watershine maybelline, lipstick, lipstick maybelline, harga lipstick maybelline, testimoni maybelline, tips make up, watson,

Hari tu jaa ada pergi Watson dengan member ofis jaa. kitorang singgah time nak ke USM hari tuh. jaa memula teman je ofismate ni shopping...

Tapi terpengaruh jugak, bila Watson buat offer murahhhhhh for lipstick watershine Maybelline... Buy 1, Free 1. Gila kau tak terjebakkk?

lipstik watershine maybelline, lipstick, lipstick maybelline, harga lipstick maybelline, testimoni maybelline, tips make up, watson,

lipstik watershine maybelline, lipstick, lipstick maybelline, harga lipstick maybelline, testimoni maybelline, tips make up, watson,

Rege satu lipstik tuh RM24.90. 

So bila beli satu percuma satu jaa ngn ofismate amik ar sorang satu, pastu share bayar. kiranya RM12.50 je seorang untuk seketui lipstik maybeline tuhh...

Uuuu... murah3x...

Lipstik Maybelline ni bila kita pakai, kita punya mulut bibir nampak juicy basah... berkilat... kiranya dia beri kelembapan laaa.. takde le bibir kita jadi kering dan merekah nantiii... tak gitu????

Wanita dan lipstik takleh terpisahhhh kan???


Viewing all 453 articles
Browse latest View live