Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all articles
Browse latest Browse all 453

Happy Anniversary Ke-7

$
0
0

Assalamualaikum


Hari ni Ulang Tahun ke-7 Perkahwinan aku dan En.Yie....!!! cepat sungguh masa berlalu. dah 7 tahun aku jadik bini En.Yie rupanya. dah 7 tahun aku jadi menantu orang rupanya. hahaha. tapi ko percaya tak kalau aku cakap walaupun dah 7 tahun jadi menantu orang ada lagi yang nak jadikan aku sebagai menantu! haduiii jeng pala aku! i dah ada laki ler makcik.. maap ye! kui kui kui...

Kekadang bila aku berjalan ngan mak mertua aku kat Pasar Jelawat, selalu je terjumpa ngan member lama dia, "Eh moksu lama tak jumpa. yang bongsu ke ni? tak royak (cakap) doh dia ada lagi anok tino, boleh ke nak wat menantu ni? baru abis ngaji (belajar) ke??"mertua aku sengihhh je, pastu jawab "Nak wat menantu? Bulehhhhh jeeee!!" hahahaha. terbakor je En.Yie dengar. :p




Setahun 10 bulan kenal, kami pon bertunang pada Oktober 2007. 10 bulan bertunang, terus nikah. alhamdulillah usia rumahtangga kami dah masuk tahun ke-7 hari ini. Fikri, anugerah terindah dalam hidup kami. penyeri dan pengikat kasih sayang kami!

Pertama kali dating, aku lupa bila tarikhnya. tapi tempat kami dating tu memang aku takkan lupa. Pantai Irama Bachok! pestaim jumpa bertentang mata. ko tahu aku yang murai ni tetiba jadik pendiam. blurr rasanya nak borak tentang apa. ceh!

Cakap sikittttt je. rasa terkunci mulut. perut pon tetiba jadik kenyang. air segelas pon rasa tak habis even haussss. gila betoi penangan first date! kelakor okay! tetiba rasa macam, aku setuju lah nak jadi couple dia ni. nampak cool jew. tu diaaaa, terus jatuh hati kauuuu...

Maybe sebab dia lebih matured dari aku kot, nampak bukan jenis yang nak main-mainkan kita. beberapa hari selepas tu, dia ajak aku gi rumah dia. ajak datang beraya. (awal januari 2006). kecut perut aku bila dia ajak datang rumah. baru sekali jumpa je kot. huhu. dia kata dia nakkan hubungan yang serius!

Kiranya selepas first date tu, second date aku adalah kat rumah mak dia lah. nak keluar tu aku tipu mak aku cakap nak gi beraya rumah kawan aku. adoii, mintak ampun mak, ayah, atas dosa-dosaku... hiks! ermm, teringat lak moment masa pestaim gi umah dia. kenapa? biarlah rahsiaaa...




Awal perkenalan pangai cemburu boleh tahan menyampah.... hari-hari dok control aku, aku cakap ngan sape, call sape, adoii geram jek aku. hari-hari dia skodeng hp aku. check massage, check log call, ada sekali tu selamba je dia patahkan simkad aku.. huwaaa tensiiiiiii ok. terus rasa nyesal pulak ada bf, semua benda kena control, terkongkong. tak bebas langsung!

Aku dapat tawaran sambung Form 6 pon tak bagi. dia tak bagi sebab dia takut aku jatuh cinta ngan rakan sekolah. risau aku taknak kan dia lagi bila masuk form 6. grr.. tension aku!

Kisah pahit manis sejak mula kenal hingga bertunang toksah cerita memang banyak. banyak gila. yang paling banyak masa dah bertunang. banyak kali gak rasa nak break. gaduh sikit terus rasa nak pulangkan balik je cincin. kunun nak putus!

Tah kenapa. adaaaa je yang tak kena. hati cepat je jadik panas. dugaan yg paling takleh blah, masa kami belum bertunang, ada pulak kawan ayah aku nak kenenkan aku ngan anak dia. lagi berapiiii En.Yie. tak senang duduk dia masa tu. hahaha. heii macam-macam hal timbul. bila dah bertunang, eh tetiba ada pulakkk sorang minah ni nakkan En.Yie pulok. aku lak yang terbakarrrr jiwa. kuciwa je rasa! sabor je lah!

Tapi alhamdulillah bila dah kawin ni, tadek pulak dugaan yang pepelik berlaku. especially bab "orang ketiga". (mintak jauhhhh ler benda-benda gini). gaduhkan hal lain tuuu ada laa jugak. tapi usah dikenang hoii, usah dikenang, kelak merana badan. buang yang keruh amik yang jernih. yang pahit kita campak jejauh. yang manis-manis je kutip. tak gitu?

Aku tak nafi, time gaduh, memang rasa nak lariiiii, rasa tak sayang, rasa nak lempang, rasa nak flying kick, rasa nak tumbuk tumbukkk je.... ganas sungguh dugaan dalam berkasih sayang ni.... hati kena betul-betul sado... kalau takkk sado, rumahtangga boleh hancurrrr bin leburrr!

Nak pulak kalau pangai comey macam aku. suka sentap. suka majukk. suka muncung mulut. mulut pulak jenis puaka boleh tahan laser. suka membebel. suka baling barang pon ye gak aku ni. hehe. kalau nak hitung, memang tak terhitung la kot pangai buruk aku. mujur le dapat laki yang hati sado. sabar je dia ngan pangai aku! :p




Petang kelmarin aku ada whatsapp En.Yie. sajeeee je send, nak bagitahu yang esok anniversary ke-7 kami. aku kena mention awal-awal sebab aku takut dia lupa. kalau dia lupa, memang aku sentap beb! every year dia lupa kot kalau aku tak ingatkan. 

Alaaa bukan nak hadiah pon, cukup tanda ingat dan cukup sekadar keluar dinner kat tempat special sikit. tu jek. bukan nak mintak holiday bukan nak mintak hadiah memahal pon. tapi kalau nak bagi, i okay jewww. rezeki kan? tak baik ditolak. :p

Okay sambung pasal whatsapp tadi, selepas 2 jam aku sent, pastu aku perasan ada keluar tanda (tick) warna biru yang menandakan dia dah baca. hek eleh tak balas pon ek?? sampai hati! buat aku terbakar je. grrrrr!! pukul 15.46pm lagi kot dia baca. takde pon tanda-tanda dia duk typinggg ke apa.. senyap jekk! ni nak marah nie!

Pastu dalam pukul 16.43pm, tingggg sampai 1 whatsapp dari dia. hah ko tengok lah sendiri lah apa yang dia tulis. terkulat-kulat aku tengok. agaknya dia tengah susun ayat bunga-bunga that why amik masa sejam baru reply kot. (amik kat google lettewww..) hahahahaha....

Tak tahu nak gelak ke nak happy. tapi aku rasa anak mata aku keluar icon love love lah jugak bila baca tuuu.... krik krikkk krikkkk... al maklumlah 7 tahun kawin ni, ni ayat jiwaaaa dia yang paling winnnnnnnn! hahahahhaha... ~mati la kalau dia baca nie! 

Apapun bang, jika sungguh bagai dikata, eh silap, jika sungguh bagai yang ditulis. i lah orang yang paling bertuah. yang paling hepiiii. yang palinggggggggggggg kembang-kembang idung pada tika dan waktu ini. hahhaha. i tak gheti nak karang ayat mungeeee, i cuma mampu doa je moga jodoh kita berkekalan.




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, 

Jadikanlah aku dan suamiku sepasang suami isteri yang saling mencintai dan saling menyayangi. Panjangkanlah jodoh kami Ya Allah. Berkatilah rumahtangga kami Ya Allah. Ampunilah segalaaaa dosa kami Ya Allah. Sinarilah rumahtangga kami dengan kebahagiaan, rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan juga anak-anak yang comel, soleh dan solehah... 

Istajibilla humma dua ana, Ya Allah.. (3x) 

Amin Ya Rabbal Alamin.




With Love,
Jaakechik.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 453