Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all articles
Browse latest Browse all 453

Cerita Kursus Intensif Tahun Tiga #5

$
0
0

Assalamualaikum


Hai semuaaaa... apa khabar? actually aku dah berada di Kelate nie. dah 2 malam tido di rumah sendiri. takde dah mimpi ngeri mengharap exam segala. dah habis dah aku punya Kursus Intensif PJJ USM untuk tahun 2015 ni. but aku nak habiskan jugak entry2 yang tertunggak sepanjang aku kat sana. meh kita sambung cerita ini ya...




30 Januari 2015 - Singgah brekfes di Bakti Permai again. hari ni takde kuliah or exam. tapi kitorang nak gi jumpa lecturer sebab nak discuss mengenai Thesis. penyelia aku untuk JKA319 ni Dr.Suresh. saje mai jumpa secara personal gini untuk dapatkan penerangan yang lebih details lagi mengenai tajuk proposal yang aku dah pilih tu iaitu "Isu Pengharaman Main Puteri di Kelantan".




menunggu Q depan bilik lecturer




Dr.Suresh bagi masuk semuaaaa sekaligus. pastu terus aku tunjuk aku punya first draft proposal berkenaan "Main Puteri" tuu, sekali lecturer suruh aku tukar tajuk pulak. katanya aku boleh teruskan tajuk tu, tapi dia risau tajuk tu tak boleh pergi jauh nanti. dia risau sampai tahun akhir aku tersekat sebab takde point yang lebih "luas" untuk aku ulas pasal nie. so, dia kata semoleknya tukar dari awal.




Ini laa Dr.Suresh, selepas tajuk proposal aku ditolak aku mintak cadangan tajuk dari dia. pastu dia cadangkan aku 2 tajuk baru. pertama Isu Poligami (faktor perceraian meningkat), kedua Isu Banjir di Kelantan, (bagaimana mangsa banjir survive untuk teruskan kehidupan)... ermm dateline 23 Februari nanti. pitam rasanya nak mulakan kajian baru dalam masa yang singkat ni. 

Balik dari perjumpaan tu, termenung sakan gak aku nak pilih tajuk baru ni. yela bila proposal kita ditolak, kita kena mulakan kajian semula dari A to Z. kena turun padang untuk buat kajian tu. kena rujuk jurnal-jurnal di library, kena ada info atau data yang sahih.. huwaaa tension okay...




Dalam hati duk runsing memikir proposal yang ditolak, bab makan tetap lajuuuu dan bernafsu. muahaha. petang ni seharian takde kuliah kan, so laparrrr je manjang...




31 Januari 2015 - Hari ke-11 intensif. alhamdulillah sihat aje aku duk kat sini. cuma roommate aku, Ana je la kurang sihat sikit. batuk, selesema dan sakit tekak. mujur la aku takde pape. selalunya aku yang selalu demam tiap kali mai kursus ni. maybe sebab Penang ni panas kot sebab kawasan pulau kan...? eh ye ke? pandangan aku je nie...




Pepagi hari ni gigih bersiap awal coz nak mai amik Baucer Buku 1 Malaysia Yeppiiii Yabedabedu dapat BB1M sape tak suka wehh RM250 tu. boleh beli macam-macam. BRIM dapat. BB1M pon dapat. suka3. 




But aku kesian pada student lelaki, sebab ramai yang merungut disebabkan BB1M la diorang tak lulus BRIM. alahaiii kesian pulak... yela, BB1M sikit je pon nilai dia berbanding BRIM...!!




Student PJJ USM paling awal dapat BB1M 2015 ni....jeles takkkk??




Dapat aje Baucer Buku 1 Malaysia 2015, terus gi shopping kat Foyer USM. beli baju, souvenirs USM, alatulis, buku novel, memacam hadoooo... 




Tiap kali mai USM, tiap kali lah aku beli brooch kat sini. sebab lebih murah berbanding harga kat luar. tapi yang peliknya kan, beliiiiii lah cemana banyok sekali pon menatang brooch ni, tiap kali tu lah jugak stok brooch makin berkurang hari demi hari, hilang, tercabut batu, patah dan lain-lain... eh geram betul lah!




Aku beli jugak 2 ketul Shawl Pashmina....Cantikkkk kaler dia!!




pilih pilihhhhh... RM15.00 sajooo...




Lepas tu, kitorang gi makan kat Cafe Bakti Permai pulak. murah betul makanan kat sini if nak compare ngan Cafe Fajar Harapan. setengah ekor siakap goreng sambal hanya RM4.50. rasa pon kena ngan tekak aku. nasi pon tak lembik sangat. suka3.




Pukul 3 petang aku keluar untuk gi Ujian Lisan untuk subjek Inggeris pulak. tahun tiga ni ada Oral Test wehh untuk JUE300. nerbes dup dap dup dap jantung aku. aku ni bab speaking memang failed...!! 

Setiap kumpulan akan ada 5-6 orang ahli, lecturer akan agihkan tajuk pada kita 15 minit sebelum Oral Test berlangsung. kitorang dapat topik "Generation Gap"(Jurang Generasi). kat bawah ni 2 soalan yang dia soalan (in BI) iaitu :

1.) Kenapa generation gap berlaku di kalangan orang tua dan muda?
2.) Apakah kesan generation gap ini?

Setiap soalan dia akan tanya sorang demi sorang tanpa ada sorang pon boleh menyampuk andai kita tersekat. soalan ni ditanya secara spontan, kita tak diberitahu awal2 pon. pada yang boleh jawab tu okay la, aku ni haa yang bengong asyik duk uuuuu aaaaa uuuuu aaaaaa.... hahahahaa... ntah berapa la markah oral test aku tuu...huhu!




Habis saja oral, terus tenangkan diri dengan seketul Chocolate Cheese Cake ermmm dapppnyer kek ni. sekarang ni pon masih terasa lagi kesedapan dia... melting!!




Sedapppppppppnyaaa...!!




Pastu balik ke bilik selfieeeee...!! hahaha. rutin harian aku gini la hari-hari sepanjang intensif. kuliah, exam, tido, makan, pastu study jarang-jarang. hahaha. tapi hari ni tadak kuliah or exam. so boleh rilex sikit laaa... boleh tido lelama.... weee!!




01 Februari 2015 - Pagi ni ada kuliah JMG 316. sejam sajo kuliahnya. tapi mai jugak untuk dengar tips for exam PB. tapi non hadooo pon dia punya tips banyak berlapik, bukan terus terang. huwaaa... esok nak exam untuk subjek ni nie. paper terakhir aku. lepas habis je exam esok aku nak chow dah...!! 




selfie dalam jamban. muahaha. tapi tak clear sebab cermin tu kotor. huhu!




Habis kuliah sambung shopping lagi di Foyer USM. tapi mencik pulak aku dekat owner kedai ni coz setiap keping BB1M yang bernilai RM50 dia akan potong RM5 untuk tax apa tah. so, kalau guna 2 keping baucer tu (RM100) kita hanya boleh berbelanja RM90 sajooo.... nak untung lebih lettew!!




ana beli payung, aku beli backpack USM!




Aku beli gak Baju I AM ni kat foyer USM tu. banyak helai jugak...




antara yang sempat aku rembat pada hari tersebut...




Balik ke bilik terus aku kemas-kemas bembarang untuk balik esok. kena kemas awal coz besok pepagi hari lagi ada dua kuliah, pastu ada exam lagi. aku kemas semuanyaaa, just tinggalkan untuk yang nak guna pada hari esok je...




Dalam pukul 9 malam, kawan aku yang duk di bilik sebelah mai makan dalam bilik aku. kekonon Dinner Istimewa di malam terakhir di USM le ni. hahhaa. pakat mai berkumpul bersila makan nasik tanpa ada tikar or surat kabar pon sebagai alas. tragis je tengok. muahaha. sokmo makan kat meja study masing2 je pon.




02 Februari 2015 - Last day aku di USM. actually kursus intensif ni sepatutnya berakhir pada 04 feb 2015, tapi disebabkan exam last aku berakhir pada hari ni, maka nya aku nak chow awal lah. malas dah nak masuk kuliah esok dan lusa tu. ponteng je la. muahaha!

Hari ni aku happy coz En.Yie dan Fikri akan datang ke Pulau Pinang mai amik aku. husband ana pon datang sekali ngan En.Yie jugak. diorang bertolak pukul 7am, 12 tengahari or pukul 1pm sampai le tu... tak sesabar nak peluk cium En.Yie Fikri. :p




brekfes di Bakti Permai sebelum masuk kuliah




Pagi ni ada kuliah bagi subjek JKA319E, subjek yang kena buat proposal tau thesis tu lah. lecturer duk terangkan apa yang perlu dan tak perlu untuk dimasukkan dalam thesis tu.




Gigih tu Dr.Suresh bagi gambaran untuk wat proposal




Selepas kuliah JKA319E, aku ada kuliah JMG316 pulak




Keluar je dewan kuliah terus aku lalu ikut foyer usm ni, tetiba jumpa Chicna ni. dia wat PJJ USM jugak, katanya sebab terpengaruh oleh aku. muahaha. now dia ditahun dua Course Sains Biologi. Chicna ni ada blog juga, tapi blog about coklat la, jom la kalau nak order chocolate homemade ngan dia : KLIK SINI

Tak lama kemudian aku duk berlegar-legar kat foyer usm ni untuk sambung shopping baju I AM lagi, ramai pulak anak sedara dan adik-adik aku kirim. sejam lebih menunggu sume baju-baju tu siap di tekap nama.




Kemudian dapat call yang En.Yie dah sampaiiii... terus aku gi amik dia yang duk parking kat depan DTSP dan bawak masuk ke foyer ni. happy je aku boleh jumpa diorang berdua nie... fikri memacam benda dia cerita kat aku.... aku iya kan jer... muahaha...




Pastu En.Yie masuk ke Cafe Desasiswa Saujana untuk makan tengahari kejap. makan je la apa yang ada. tak sempat nak lunch kat luar pon. siap makan terus aku punggah luggage bawak turun ke bawah dan buh dalam bonet kete. dah tak sesabar nak balik katakan. kikiki.

Pukul 5pm aku ada exam terakhir aku kat sini. En.Yie dan fikri aku suruh diorang tunggu kat playground tepi masjid tu sekejap. bila dah tamat exam, terus aku call dia.




Sebenarnya aku chow dari USM tu bukan aku terus balik Kelate pon.aku stay di rumah adik ipar aku di Georgetown. saje melepak rumah dia dulu 2 malam. time ni la boleh datang rumah dia pon. nak harapkan time lain memang tak sampai laa kami kat sini. muahaha.

Eh, abaikan muka toya En.Yie yang tah hape-hape tu yek. mata mengantuk ke, mata berkelip ke mata stim tengok bini ke apa aku sendiri pon tak tahu... hahahaa...... okaylah dah habis dah Cerita Kursus Intensif aku ni. semuanya ada 5 part.


Nah pada yang terlepas baca, klik ler untuk tengok apa yang aku duk membebel hingga ke part 5 tuu.... aku sendiri pon dah penat nak teruskan lagi... pasni nak citer pasal lain pulak, pasal lawatan kami ke Toy Museum Pulau Pinang. stay tune ya....



Thanks and Regards,
Jaakechik.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 453