Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all articles
Browse latest Browse all 453

Asrama PJJ USM : Desasiswa Saujana

$
0
0





20 Januari 2015 - Hai! Aku sekarang ni sedang menjalani Kursus Intensif di USM Pulau Pinang selama dua minggu bermula 21 jan - 04 feb 2015. tapi aku datang sini awal 1 hari iaitu pada 20hb lagi. 4.30pm aku dah terpacak depan Pejabat Desasiswa Saujana untuk amik kunci bilik.




Alhamdulillah boleh check-in bilik awal macam tahun dulu-dulu jugak. cuma bezanya tahun ni kena bayar RM4 sorang. tahun lepas free jer. tapi maybe sebab duk RST kot thats why berbayar. nak amik kunci punya laa panjang beratur... nasib baik sempat... kalau takkkk mesti pejabat tu dah tutup huhu...




Pestaim aku dapat Desasiswa Saujana ni, sebelum ni alwez Aman Damai je sejak orientasi, tahun 1 hingga ke tahun 2 semuanya Aman Damai. kali ni dapat RST pulak.(Restu-Saujana-Tekun). jauhh gila kot! tinggiiiii duk atas bukit nuh. takleh bawak masuk kete lak tuh. kalau bawak kete kena park di Padang Kawad.




level bawah kafetaria. level atas pejabat desasiswa.




Apapun best gak la duk Saujana ni sebab sini hostel baru. memang jauh beza ler ngan Aman Damai yang sangat-sangat uzur! RST ni walaupun tingginya bertingkek-tingkek tapi best sebab ada lif. cuma penat sikit laa kena menapak bukit! kena naik turun tangga gak! kena lalu ikut jejantas lagiii!




Ni la asrama aku kali ni. beralas cadar bungaaaaaaa lagik! ko hadoooo? hihi. semangat okay tahun ni siap bawak cadar tuuu... padahal sebelum ni aku alas ngan kain sarung batik or guna selimut bujang jer. kahhh3x... 

Bilik aku duk di aras 2. tak tinggi sangat, tak rendah sangat. suka3. cuma line internet kat bilik tu slowwwww sikit. asyik E manjangggg... jarang nak dapat H+... takleh nak 3G sangat ler ngan En.Yie dan Fikri... huhu...




Ni pulak bahagian loker di hujung katil. awal-awal ni semuanya nampak kemas lagi. cuba tengok esok, lusa atau tulat, rasanya nak snap gambar pun takdak mood. tobat bersepah punya... kih3!

Best la duk sini. satu bilik share dua orang. macam asrama lain gak laa.. pastu pulak bilik air kat sini lebih privacy. bukak pintu terus ngadap toilet. 4 bilik berkongsi 1 toilet besar yang ada 2 bilik mandi dan 2 bilik air. okay laa tu kan? tak bercampur ngan orang lain dah.

Empat bilik tu pulak geng-geng aku jer. coz masa nak check-in tu aku siap request nak duk sebelah menyebelah. hehe. level tu bising ngan suara kami je. kahhh3x.




Kafetaria Saujana ni pon okay la jugak. ada jual macam-macam. aku punya tingkap bilik mengadap kafetaria... hari-hari boleh hidu memacam bau yang sedap dari bawah tuuu.. buat perut aku alwez lapar!




Tinggi bertingkek-tingkek wooo...!!!




Sejak aku tahu aku kena duk Saujana, aku awal-awal lagi request nak pinjam skuter ngan adik ipar aku. nasib baik dapat! so lepas selesai terjah bilik, terus aku gi amik motor kat rumah dia. sempat selfie ngan anak buah aku sekejap! hehe. nama si kecik ni Abdullah Fahmi!




Bila dah ada motor, senang ler untuk aku bergerak. takyah lenguh kaki menapak bukit, takyah berpanassss menunggu bas USM. takyah hadap jammed! nak kemana-mana rempit saja ngan skuter tu... thorbaekk!!

Ada moto ni memang senang. nak parking kat dewan kuliah pon senang. selit je kat mana-mana. sebelum ni kalau bawak kete, jenuh berebut parking ngan student lain. 10 minit pertama tu memang habis for parking jer. kali ni momantai senang! datang lewat sikit pon takpe. naik moto kan kejap je sampai. 

Balik dari ambil moto, terus sambung kemas bilik dan bembarang segala... seluruh badan termasuk kaki, tumit, betis terasa sakit-sakit. letih oii punggah beg yang beratnya 10 kali ganda dari badan aku, huhu. belum masuk 11 malam aku dah Zzzzzz ketidurannn.... huwaaaa letih gilaaa!!!




21 Januari 2015 - Sepatutnya hari ini adalah sesi pendaftaran bilik tapi aku disebabkan aku dah selesai check-in sehari lebih awal, so aku tak perlu susah payah nak gi beratur lagi utk daftar bilik. boleh bangun lewat sesuka hatiii... pukul 10 pagi baru terhegeh2 makan nasi lemak..

Okay sedikit info for junior, semasa kursus intensif kita boleh request nak duk sebilik ngan member kita. just bawak Kad Matrik mereka semasa pendaftaran. itu saja! aku sejak orientasi sampai sekarang memang Ana je roommate aku! kami buddyz!!




Lepas siap breakfast aku ngan Ana gi ke Pusat IT lak untuk setting rangkaian internet di laptop menggunakan Wifi USM. kemainnnn ramai orang kat dalam nie. bertabahlah menunggu turn demi internet percuma huk huk!

Actually sebelum ni laptop aku ni memang dah penah setting wifi USM tu, tapi ntah kenapa tahun ni tetiba takleh connect pulak. itu yang aku kena gi setting kat sana tu. nak buat sendiri secara manual tak pandai ler pulok.




Untuk connect Wifi USM Secure melalui henpon aku pandai ler buat sebab senang! just masukkan username (email student) pada kolum Indentity dan Anonymous Identity tu, kemudian kolum Password tu just masukkan no.ic! terus settled! alhamdulillah jimat data internet aku... kui3




Pukul 2 petang terus aku ke DPB untuk sesi pendaftaran kehadiran pulak. awal-awal lagi aku dah tercongok depan pintu dewan tu. kemain lamaaaaa menunggu tapi akhirnya berbaloi... aku menjadi antara orang yang terawal masuk.... hahahaha.... sesapa yang masuk lewat merasa laa korang Q yang panjang berjelaaa tuuu.. aku tak sangguppp oiii....




Gaya seorang Mahasiswa eh silap, gaya Mahasitua hihi... duk sini tak menyempat nak lilit shawl. ada je bawak tapi malas pulak nak membelit. pakai je bawal plain yang harganya 5 ringgit pastu simpul mati jer kat bawah. gaya tudung paling simple! kih3. memang nampak mak nenek tapi apa nak buatttt, sempoi itu aku! takyah nak cun melecunggg sangat laaa... awak tu bini orang.... (^_^)





Pukul 4 petang start kuliah yang pertama, JUE300 kat DTSP. sejam duk dalam ni terus merah hijau biru bijik mata bila dengar lecturer speaking inggeris. satu apa pun tak paham. huwaaa sedihhhhhh weiii.... dah laa 31hb nanti ada Oral Test pulak... lagi seriau ni... aku tak pandai speaking... gulppp tetiba gabra!





Sebelum balik sempat tapau nasi dan bihun sup. aku memang tak suka sangat makan kat kafe. suka bungkuihhhh saja. lepak makan kat bilik lagi best. hihi. air pon bungkuihhh jugak! milo 3 in 1 ada je bawak tapi malas nak buat! acaner tu?




Bihun sup di kafe Saujana. RM3.00 sajooo....




Pukul 10 malam dapat wassap dari En.Yie dia sent gambar Fikri tido sambil peluk dia. terus tacimmm kesedihan aku kat sini. sebelum ni Fikri tido berkepit ngan aku okay. jarangggg tido ngan abah dia. but now, terpaksa peluk si abah pulak bila mama takde. huwaaaa sedihhhhhh betoi pandang pic nie.... maafkan mama dik.... sobs3!




Ada lagi sekeping gambar yang En.yie sent kat aku. ni masa fikri duk makan nasi ngan lauk telor dan kicap... alahaiiii kesiannyaaaa... sabar ye dik... mama tak pergi lama pun... 2 minggu saja... nanti mama habis kursus intensif ni, adik datang amik mama yer..... nanti kita round-round Penang....!!

Okay laa... ini saja yang aku sempat cerita setakat ni untuk sesapa yang rindukan update dari aku... tak cukup masa ler nak update on time. mood kelautt lagi nie... dengan esaimen yang masih bertingkek-tingkek, terus mood merudum. huhu. nanti bila aku free aku update lagi ye... terima kasih yang sudi membaca blog aku... 

Dannnn, sebelum aku terlupaaaaa... terima kasihhhh pada readers yang menegur aku kat USM ni... ada gak yang cam aku eh...? terharuuuuunyaaa!! tetiba feelingg retis kejap bila ramaiiiii yang menyapa (^_^).

Anyway, lepas ni aku akan cuba update info-info PJJ USM lagi. semoga sedikit perkongsian info dan pengalaman aku dalam ber-PJJ dapat memberi manfaat untuk sesapa yang memerlukan... apapun terus support my blog ya.... Okbaiii!! 




Thanks and Regards,
Jaakechik.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 453