Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all articles
Browse latest Browse all 453

Cerita Banjir Disember 2014

$
0
0

Assalamualaikum


Hampir sebulan blog tak berupdate, hari ni aku kembali menulis. bila lama tak menulis memang rasa kelu jer nak start ayat. baideway soalan pertama aku, ada sesapa kat sini penduduk Pantai Timur? Kelantan, Terengganu, Pahang? sadis dengan peristiwa banjir kali ini kan??

Aku sebagai orang kelantan memang terasa sedih dengan apa yang berlaku. walaupun rumah sewa aku ni tak kena banjir tapi aku juga turut terkesan. rumah adik beradik aku, ipar aku pon banyak yang kena banjir. rumah mak aku sendiri pon nyaris-nyaris nak mencecah lantai rumah.

Daerah yang paling terjejas teruk di kelantan adalah di daerah Kuala Krai dan Gua Musang. tempat lain pon teruk juga, tapi kat sana lebih teruk. aku sendiri pon dah lihat dengan mata sendiri. aku dah pergi lihat sendiri secara"live". memang dasyat sekali. kesian sungguh pada mereka.

 


01 Jan 2015 lalu aku sempat pergi ke Manek Urai jenguk keluarga kak ipar aku di Manek Urai setelah beberapa lost contact dengan mereka. aku juga membawa sedikit barangan makanan yang didermakan oleh adik-beradik aku untuk mereka 4 buah keluarga disana...




Kesian bagi penduduk kuala krai dan gua musang, banjir kali ni hebat sungguh. tempat yang tak pernah kena bnajir pon turut tinggal bumbung. banjir kali ni mampu mencecah ke tingkat 3 bangunan sekolah manek urai. ramai penduduk terperangkap hingga ada yang melarikan diri ke bukit-bukit berdekatan.

Banyak rumah penduduk disana yang hanyut, banyak juga yang rosak disebabkan terkena balak yang hanyut. dah macam tempat perang pulak. serius! yang pergi tengok sendiri memang semuanya akan berkata demikian. tengok gambar dengan tengok sendiri memang berbeza!

Banyak gak gambar persekitaran Kg. Manek Urai yang aku sempat snap. namun amik masa yang lama untuk aku upload di blog ni. inshaALLAH jika ada kelapangan nanti aku share ye... banyak sangat gambar, kena pilih-pilih dahulu. harap bersabar ye!




Ini rumah kakak En.Yie yg duk di Kg.Manek Urai. rumah dia yang berada dikawasan tinggi dan berbukit itu juga turut tinggal bumbung. padahal dah 2 tingkat tuu. bayangkan tinggi mana air naik! mujur rumah kakak En.Yie okay je. langsung tak terjejas. cuma segala perabot macam almari tu semua runtuh dan lembik. kosonggg je rumah dia!




Segala barangan macam peti, Tv, mesin basuh semuanya dah diangkut ke tingkat 2, tapi tak dapat diselamatkan juga bila tingkat 2 pon kena air. ntah le menjadi ketidak segala perkakas eletrik tu. harap-harap masih ada rezeki buat mereka. dah la kakak en.yie baru kematian suami pada oktober lepas. masih dalam edah lagi tu. sedih berganda-ganda!

 


Ini pulak rumah mak mertua kak ipar aku. sebelah menyebelah je rumah mereka ni. memang total lost. nampak je masih cantik pada luaran, tapi bahagian dalam memang patah riuk. satu apa pon tak boleh amik. nak masuk ke dalam pun takut sebab banyak papan patah. struktur rumah pon tak stabil!

Ngeri sungguh. Allah hanya uji kita semua dengan air sahaja, dah tunggang terbalik jadinya. hebat sungguh kuasa Allah ni. Kun Fa Yakun. bila Dia kata"Jadi", maka "Jadilah".

Pengalaman aku pulak, just merasa effects sedikit sahaja. merasa ketiadaan letrik 24 jam, akde talian telefon, internet. pastu sempat juga merasa terputus bekalan petrol selama beberapa hari. merasa gak mengharung air dalam nak pergi ke rumah mak aku yang dah jadi pulau tuh. kiri kanan belakang depan ada air. 

Rumah aku juga menjadi tempat kakak aku, adik-adik aku tido. sempit pon tak kisah laa, janji ada tempat tido. dalam saat genting takde petrol,aku cuba hadkan penggunaan kereta. dengan air pulak takde, memang rasa biul jap kepala. pusing sana, pusing sini mencari air bersih untuk minum dan masak. telor dan ayam memang mahal gila... sehingga ada yang jual seringgit sebijik, ayam pula mencecah RM35 seekor. nasib baik aku dah buat stok banyak-banyak kat rumah huhu.

Petrol pulak ada yang cuba amik kesempatan dengan menjual RM8-10 sebotol air mineral besar 1.5liter tu. gila mahal. nasib baik ler aku dah isi full tank! memang cilakau lahabau punya orang. dah la orang dalam kesusahan. up harga lah pulak. haishh tak paham aku!!

 



Pengalaman paling takleh lupa jugak bila air dah mencecah anak tangga ketiga rumah mak aku, tinggal sikitttt je lagi nak masuk dalam rumah, puas suruh pindah tapi parents aku berkeras takmo pindah dan takmo kemas-kemas lagi. hingga perang mulut kejap aku. anak-anak risau takut nanti terperangkap, dia wat lek wat pis je. eh eh geram pulak kami semua.

 


belakang rumah dah mencecah paras dada.
enjin air pon hampir terselam.




halaman rumah dah boleh naik pelampung boat...




Aku tetiap masa call tanya paras air takat mana dah? takat mana dah? memalam pun rasa takleh nak tido lena sangat, risau kot air masuk dalam rumah mak aku tanpa sesapa sedap... pukul 2pagi aku call, pukul 4 pagi pon aku call... memang scary la banjir kali ini.. rumah mak aku yang tak pernah sampai ke tangga pon sebelum ni... memang besar bah kali ini...




Aku ni pon dah masuk sejak masuk tahun 2015, belum jejak kaki ke office lagi ni. esok baru nak start kerja. demam, pening, muntah, cherry berry. sakit berjemaah dengan fikri. baru hari ini ada kekuatan nak jenguk blog sendiri. huhu. lepas banjir ni memacam penyakit ado kan, udara, air dan persekitaran belum bersih sepenuhnya lagi... apapun pakat-pakat jaga diri semua ya....

Apapun aku sebagai warga kelantan nak ucapkan terima kasih pada semuaaaaa yang bekerjasama menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. jammed teruk di kuala krai dengan para bantuan. konvoi Hilux ada dimana-mana menghantar misi bantuan dari seluruh rakyat malaysia. terima kasihhhhh tak terhinggaaaaaaaaaa!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 453