Assalamualaikum.
Aku tujukan entry ni khas untuk sesapa yang nak tahu tentang Pinjaman PTPTN bagi Student PJJ USM. ya, aku memang ada apply loan PTPTN ni untuk tampung pengajian PJJ aku. kenapa buat loan, kata yuran PJJ USM murah?
Okey for your info, aku bukan orang kaya! so, aku terpaksa buat loan PTPTN untuk tampung yuran pengajian aku. yuran PJJ USM memang murah. but aku kena standby duit PTPTN juga sebab gaji bulanan aku ciput jer. S17 je pon. ~sobs sobs.
Bukan tak gheti syukur, tapi aku nak korang tahu, pekerja gomen ni bukan semuanya senang. cukup cukup makan sajo. after 2 minggu masuk gaji, dah ada yg sengkek. so, daripada aku tak terbayar duit yuran, baik aku sediakan payung sebelum hujan. thats why aku apply PTPTN.
Boleh ke apply PTPTN?? (http://www.ptptn.gov.my)
Ya Boleh!! aku sendiri dah apply. berapa ribu aku dapat? tak banyak, tapi jumlah yang masuk tu, lebih dari cukup untuk bayar yuran bagi setahun pengajian. Wang PTPTN masuk sebanyak 2 kali setahun. macam yang aku punya ni, dia akan masuk pada Ogos dan November. jumlah yang masuk ialah <RM800. maksudnya, aku dapat RM1500++ setahun.
Yuran pengajian RM berapa setahun? yuran PJJ murah aje. RM1231 setahun. so, lebih dari cukup kan? siap ada belen lain. boleh wat beli buku, alatulis, bahan rujukan, etc etc. belen yang ada tu kalau nak beli printer pun cukup kot! so, nasihat aku kalau rasa duit tak berapa nak ada, apply la. lain la kalau korang duit dah berkepukkk!
Kalau tak berminat ngan Pinjaman PTPTN, student under gomen juga boleh apply Pinjaman JPA. pinjaman ni agak untung coz, kalau korang dapat pointer yang baik, korang tak perlu bayar pinjaman tu. eh, tapi betul ke tak tu wallahualam. aku tak berapa pasti. tapi dengar-dengar-nya begitu laa.
Apapun cuba call pihak JPA untuk maklumat lanjut. boleh juga tanya Kerani atau Bos korang untuk pengesahan. jangan tanya aku coz aku tak arif pasal ni. sebab aku sendiri pun tak apply. huhu. cukup-cukup la wang PTPTN yang ado tu. kang pinjam banyak-banyak pengsan lak nak membayar nanti.
Apapun cuba call pihak JPA untuk maklumat lanjut. boleh juga tanya Kerani atau Bos korang untuk pengesahan. jangan tanya aku coz aku tak arif pasal ni. sebab aku sendiri pun tak apply. huhu. cukup-cukup la wang PTPTN yang ado tu. kang pinjam banyak-banyak pengsan lak nak membayar nanti.
Satu cara lagi, korang yang tak mahu buat loan PTPTN dan tak mahu apply Pinjaman JPA korang boleh guna satu alternatif lain, korang boleh bayar yuran pengajian PJJ dengan menggunakan wang KWSP. dah ada member aku guna cara ni. bagaimana prosedurnya, itu aku tak pasti jugak. kena gi Pejabat KWSP untuk kepastian.
Ada banyak cara untuk menampung Yuran PJJ USM. pilihan di tangan anda. kalau mampu, bayarlah dengan gaji sendiri. kena menabung tetiap bulan atau boleh start main kutu. hehehe. yuran PJJ kan boleh dibayar secara ansuran dua kali? apa ada hal, sempat lagi nak saving tu!
Masih ada peluang untuk menabung sikit demi sikit, itupun kalau korang jenis yang disiplin-lah. aku kalau bab menabung memang failed. makin ada, makin dikorek. dicucuk, dikorek, ditarah, sehingga betul-betul licinnnn. miahaha. ~pantang ada!
Masih ada peluang untuk menabung sikit demi sikit, itupun kalau korang jenis yang disiplin-lah. aku kalau bab menabung memang failed. makin ada, makin dikorek. dicucuk, dikorek, ditarah, sehingga betul-betul licinnnn. miahaha. ~pantang ada!
Bila waktu yang sesuai Apply Pinjaman PTPTN?
Boleh apply pada bila-bila masa, setelah Surat Tawaran dari USM (original) sampai ke tangan korang. FYI, Pihak USM tak bantu student untuk urus Loan PTPTN. student kena apply sendiri. kena pergi sendiri ke Pejabat PTPTN terdekat. tanyakan prosedur lengkap, beli No.Pin RM5 di BSN, isi borang khas, daftar akaun SSPN-i dan banyak step lagi. aku nak cerita detail pun takleh. coz dah lupa prosedurnya.
Berapa peratus (%) kadar faedah yang Pihak PTPTN kenakan? hanya 1% setahun daripada jumlah yg diluluskan. jumlah pinjaman aku ialah RM6168. Setelah tamat pengajian, aku perlu bayar RM107.94 selama 60 bulan (5thn). so, jumlah pembiayaan semula adalah berjumlah RM6476.40. ini bermaksud kadar faedah yang dikenakan hanyalah RM308.40.
Untuk kaedah pembayaran semula pula, aku pilih option pembayaran melalui Angkasa (pemotongan dalam slip gaji). aku ni jenis boros sikit, so kalau pilih option ni agak mudah la untuk aku manage duit gaji aku. setakat mana belen yang ada tu, yang tu je la aku guna. kalo tak cukup, aku pow En.yie. hihihi.
So korang mahu pilih cara yang mana? PTPTN, JPA , KWSP atau duit sendiri? ahaaa, pikir jangan tak pikir. bincang dahulu dengan family, fikir untuk jangka panjang juga. pastu baru start wat keputusan. aku dah "bagi pencerahan" untuk korang ni.
Tepuk Dada, Tanya Poket....!!!
Thanks and Regards,
Jaakechik.