Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all articles
Browse latest Browse all 453

Bersantai di Taman Tengku Anis

$
0
0




Okey seperti biasa cerita dan segala gambar dalam entry hari ini dah lama basi. harap maklongg! dah berbulan lamanya. namun redha je la publish untuk tatapan hari ini. dari terus berkubur tanpa print, ada baiknya aku blogkan. kang merajuk adik-adik aku takde gambar diorang kat blog. muehehe. 

Al-kisahnya kisah ni pada akhir Syawal ni. Ya Ampun. citer zaman Syawal ko. hehehe. takpe ignore je tarikhnya. kita terus fokus pada gambar je lah yer. coz aku pun tak tahu apa nak tulis. layankan sajo gambar yang banyak gila ni. jenuh aku memilih pose yang terbaik. namun non hadoo pun. 

Banyak pose kelaut. susah betoi nak ambik pic yang cun. ada je yang tak pandang kamera, mata pejam, etc etc. hrmmm sabar je lah... baideway waktu ni, kitorang adik beradik berada di rumah pak sedara aku. dia buat majlis makan-makan. menu utama is Laksa Siam. my febreto!! 2 pinggan aku tibai!!!




Mungkin ada yang tak tahu, aku benornya ada family besar! 16 beradik semuanya. kami se-ibu dan se-bapa. aku lak anak yang ke-8. adik-adik aku pulak ramai berderetttt lagi. 8 orang! hee! 1 adik aku dah kawin, 7 lagi masih bujang. ehem, sila pilih mana-mana satu yang korang berkenan, nanti PM aku eh.. ekeke..

Adik beradik aku sekarang dah tinggal 15 orang. coz yang sulung dah meninggal 13 tahun dulu. arwah meninggalkan 3 orang anak. now, anak-anak arwah dah besar. anak sulung arwah sekarang dah 22 tahun. tuh yang berbaju biru di belakang En.Yie tuh. dia la anak sedara sulung aku. 4 tahun je beza umur ngan aku. hee! 

Anak sedara sulung umur 22 tahun, dan adik lelaki aku yang bongsu lak umur 13 tahun. hah, apa komen korang? anak sedara lebih tua dari pak sedara kan? bhahaha. bila cakap pasal adik-beradik, sume orang tak percaya dan terkejut. 16 orang wooo, no kembar, no tiri-tiri. ko mampu? orang lain kaya harta, mak aku kaya anak. hehehe.

Nak tengok gambar keseluruhan keluarga aku? cannot la hoii.. coz belum penah berjaya lagi untuk aku snap kesemua ahli keluarga aku sekaligus. ada saja yang tak cukup korum. ntah bila la hajat aku yang satu ni akan tercapai gamaknya. harap aku ada peluang untuk misi nan satu tuuu...! huuu!!





Okey, stop dulu citer pasal family besar aku. continue pada isi sebenar pulak. hee. selepas kitorang makan2 di rumah pakcik aku di Kampung Chepa, kitorang terus ke Taman Perbandaran Tengku Anis di Pengkalan Chepa pulak. saje melepak kat sini, kunun nak beriadah!! wehihi.

Tapi kan, aku sakit hati sungguh le ngan gambar kat atas ni. asyik tak jadiiii jer. ko tengok anak sedara aku tuh (baju bertulisan PARIS dan si cilik berbaju koko tu) asyik tak pandang kamera je. jap tunduk, jap pejam. buntu aku nak pilih gambar yang terbaik. hadoiii aii is gerammmmm tau. rosak gambar!




Susah nak dapat gambar cun...jenuhhhhh bagi arahan...




mujur gambar ini agak okey la jugakkkk...kan?




Fikri meng-spoiled-kan pose yang shantek ni... sabarrrrr jer lah




auuwww.... posing aii-lebiu... ala-ala angsa bercium gituuu...




bermacam gaya




bermacam pose yang meng-hudusss-kan gambar...




Bersantai di playground feeling kanak-kanak riang!!




us!! we love each others!! peace no war!!




Ni je lah aktiviti hari itu. makan2, kemudian gi ke taman. enjoy main gelongsor, jongkang jongket segala, amik gambar sesambil gathering adik-beradik. seronok aktiviti macam ni walaupun nampak simple. suatu kenangan indah kata orang. 

Mana makpak kitorang?

Diorang takleh join sebab ada hal lain timw tuh. so, beberapa kerat saja yang dapat join. sepertimana yang aku cakap tadi lah, memang susah nak berkumpul semuaaaaa sekaligus. aku masih mencari peluang tu, time raya tak berjaya, time hari biasa lagi lah takkan berjaya.

Makanya, harapnya aku ada peluang nan satu ni. maybe masa kenduri abang aku nanti kot. haha. insyaALLAH. doakan kami. doakan kami. semoga ada satu pic keluarga yang lengkap with our family members. InshaaAllah. Permudahkanlah Ya Allah.


Thanks and Regards,
Jaakechik.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 453