Bahan-Bahan Untuk Buat Koktail
Susu Cair
Susu Pekat
Sedikit Gula Pasir
Koktail Buah-Buahan
Nata De Coco
Tepung Kastad
Buah-Buahan Segar
Sumi Jelly / Puding / Agar-agar / dll
Cara Membuatnya :
1. Masak : air Koktail dan air Nata de coco
(air-nya sahaja) bersama susu pekat, susu cair,
gula, dan tepung kastad.
2. Sejukkan kuah koktail tadi. Kemudian
curahkan kedalam isi koktail, nata de coco dan
buah-buahan segar yang dah dipotong.
3. Last sekali, masukkan ais! sedia dihidangkan!
Buah yang sesuai untuk koktail :
Kiwi, anggur, strawberry, mangga, rambutan, laici,
tembikai (potong kecik-kecik)
masa jaa buat ni, jaa lupa nak beli Sumi Jelly,
kalau ada sumi jelly lagi best dan cantik!!!
Kalo nak letak puding atau agar-agar pon boleh!
Cantik Menggoda... Slurrppp....!!!
Pelbagai Warna, Pelbagai Rasa.
Lemak manis, masam-masam, gerenti sedapppp!!!!
Selamat mencuba....!!!