Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all articles
Browse latest Browse all 453

Day 1 : Kursus Pengucapan Awam

$
0
0

Assalamualaikum


09 - 12 September 2014 lepas jaa gi ke Sungai Petani, Kedah. jaa kena hadir kursus anjuran jabatan kat sana. kursus apa? Kursus Pengucapan Awam again and again. hahaha. Jun tahun lepas dah pegi, tahun ni kena pegi lagi. adoii redha je la hadap kursus yang sama, asalkan ada gak kursus. mendapat laa 4 hari. lagi 3 hari kena tambah lagi... hujung-hujung tahun ni la pulak kot...




Drama airmata pada pagi 9 september takde sangat pun. sebelum En.Yie hantar jaa ke Kota Bharu, kitorang hantar Fikri dulu ke rumah pengasuh dia. saje hantar awal, coz nanti masa nak bertolak ke Pusat Latihan (PLAK) idok ler aku hiba sangat. aku kan hati tisu, mudah basah. hahaha.

Seminggu sebelum gi kursus aku dah bagitahu Fikri. Mama nak gi keje jauhhhhh. kalau mama gi keje jauhhhhh adik kena tido ngan abah. adik takleh ikut. sebab jauhhh. bila aku cakap macam tu, dia angguk je. haha. jadi mak-mak ni kena pandai ayat anak. kikiki. tapi aku syak, fikri tak sedih pun, aku je yang terlebih risau kot. bhahaha.




Tempat berkumpul sebelum bertolak ke PLAK adalah dekat Menara Perbadanan Kota Bharu. sempat la singgah brekfes sekejap. aku gi kursus kali ni, ngan Ana gak. ofismate aku. yang bertudung hitam tu dia kena gi kursus di PLAK gak, tapi kursus lain. so, kenderaan dia pun lain. pergi asing-asing ngan driver yang jabatan sediakan.


kursus pengucapan awam, kursus aadk, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani, kursus, kursus aadk, aadk,


Kali ni kitorang naik Hilux ke PLAK. aku memula dengar, terus rasa cam blurrrr kejap. naik Hilux? biar betik? orang kata naik Hilux tak sedap kalau berjalan jauh, eh, yeke? ermm... hentam saja lah labu. janji sampai ngan selamatnya di PLAK. 




sampai sahaja kat sini, terus buat pendaftaran bilik.




masuk je, terus nampak Flat TV. wahh dah canggih. dulu guna tv kotak je. haha.


kursus pengucapan awam, kursus aadk, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani, kursus, kursus aadk, aadk,


Kali ni, kami dapat Kediaman Padang Terap (KPT). satu apartmen ada 2 bilik. setiap bilik ada 2 katil.  tahun lepas kami duk di Kediaman Sungai Petani (KSP). satu apartment ada 4 bilik dan boleh muat untuk 8 peserta kursus. blok itu, lebih besar dari yang ini. tapi dapat yang KPT ni pun kira okey la. luas dan selesa untuk kami.




Sampai je di PLAK aku diserang selesema. nasib baik aku ada standby panadol setiap kali Kursus. bila selesema, memang rasa tak selesa sungguh. hidung tersumbat kedua-dua belah. aku bernafas ikut mulut je. lupa nak bawak Vicks. hidung berair dan asyik bersin je manjanggg...!! letih aku..!!




Halamak... besaqnya gambar selfie aku.... bhahhaa... masa ni kitorang nak ke Dewan Azalea untuk sesi taklimat jam 5 petang.. jalan kaki je gi dewan tu.. sambil jalan, sambil selfie. boleh gitu?? kui3x.




Sempat dengar sedikit taklimat ringkas tentang beberapa Peraturan dan Agenda sepanjang kursus ini berlangsung. taklimat ni disampaikan oleh Ketua Urusetia, iaitu Tuan Kasinathan. baik orangnya. suka3x. ada 2 orang lagi urusetia kursus ni, Cik Harnani dan En. Syamsul. semuanya sporting dan memang terbaikkkk-lahhh!!!! aku kasi 5 bintang... hihihi...


kursus pengucapan awam, kursus aadk, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani, kursus, kursus aadk, aadk,


Dapat fail kursus. ada seketul pen dan buku nota.




Ini jadual tentatif kursus. jadual tak pax sangat pun. slot penceramah hanya bermula 8.30 am - 4.30 pm. selang seli ngan waktu minum pagi dan makan tengah hari. pastu pukul 7.00 malam dah start makan malam, lepas tu rilex je di hostel.. acara bebas! ohoiii syurganyaa....




Habis saja taklimat terus serang Dewan Makan lak. seronoknya boleh makan. aku waktu ni dah rasa kebulur gilaaa... sepanjang perjalanan Kelantan-Kedah, tak singgah makan pun. nak cepat sampai punya pasal. nasib ler ada bekal maggi cup. check in je bilik, terus on Thermo Pot. rendam maggi cup sebagai alas sebelum ke dewan. kah3x. 

Yang berkurung biru sebelah aku tu, housemate aku gak. Fiza nama dia. dia staff AADK Cawangan Seberang Perai Selatan. seronok kenal dia. sporting dan tak sombong. sekepala gak laa. hehehe.. oklah, stop dulu untuk citer first day kursus. 

Bersambungggg....




Viewing all articles
Browse latest Browse all 453