Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all articles
Browse latest Browse all 453

Indahnya Raya Tahun Ini - 2014

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam 7 Syawal. lamanyaaaa blog ni menyepi. sejak masuk bulan puasa, boleh di bilang berapa je entry yang adooo... huhu... so, apa khabar semua? sihatkah kalian???? ada sesapa terkena cherry-berry di musim perayaan ni? kami sekeluarga alhamdulillah takde yang cirit sepanjang raya. makan la banyak mana pun, makan lah apa saja, selagi tak minum air bergas (berkarbonat) insyaAllah selamat.... weee...!!!


aidilfitri, hari raya, juadah hari raya, lauk hari raya, my family, raya, raya di rumah mertua, suasana hari raya,


Ini gambar 1 Syawal sebelah keluarga En.Yie. ramai sungguh weii... tapi dalam ramai-ramai ni pun, 7 orang yang takde. ada yang tak sampai lagi, ada juga yang tak dapat cuti. huuu... sedih...!! susah nau nak snap gambar yang complete! adaaaaaa je yang takde! tah bila laa agaknya nak ada gambar yang lengkap. 1 syawal telah di kongker oleh pink dan purple. hahaha. tak plan pun. tapi ter-kebetulan pulak. 2 keluarga pink. 2 keluarga purple!!


aidilfitri, hari raya, juadah hari raya, lauk hari raya, my family, raya, raya di rumah mertua, suasana hari raya,


Adik beradik En.Yie ada 7 orang. 3 laki-laki. 4 perempuan. ewahhh dah macam Lagu Anak Nabi Kita pulak kan.... ekeke... yang takde dalam gambar ni ialah, 3 orang anak sedara, 2 orang biras aku, 1 orang kakak ipar aku, dan juga ayah mertua (tiri) aku... huwaaa tetiba rasa terkilan!!!




Geram aku tengok pic ni....!!! Cute...!!!




Ayah su dan Ciksu (adik bongsu yie)



Us!! bertema pink untuk tahun ini...



Ayah long dan Mak long (abang sulung En.yie)




Ayah Ngah dan Cik Ngah (kakak En.Yie)



4 keluarga je yang sempat snap. yang lelain takmo snap lagi sebab tak cukup korum. nak tunggu hingga semuanya ada katanya. tup-tup sampai ke sudah takde gambar keluarga diorang. kan aii dah cakap time orang rajin nak snap ni, baik ko duduk cepat, bila dah berpeluh pepetang nanti takde makna-nya nak photoshoot raya lagi....!! tak dengar lahhh lagi..... wuuuuu!!!! ~membebel jap!




Aktiviti pepagi raya haruslah ke Masjid untuk Solat Sunat Aidilfitri. tapi jaa tak pergi pun. sejak ada fikri, dah lama tak gi semayang raya. stay kat umah je jaga fikri. 2-3 buah kereta gak diorang pergi. konvoi reramai. balik dari masjid, semua pakat makan nasi beramai-ramai kat dapur. meriah sembang adik beradik with cucu-cucu yang berbelas-belas orang.


aidilfitri, hari raya, juadah hari raya, lauk hari raya, my family, raya, raya di rumah mertua, suasana hari raya,


Menu 1 Syawal di rumah Mil jaa


aidilfitri, hari raya, juadah hari raya, lauk hari raya, my family, raya, raya di rumah mertua, suasana hari raya,


Nasi Minyak


aidilfitri, hari raya, juadah hari raya, lauk hari raya, my family, raya, raya di rumah mertua, suasana hari raya,


Acar Timun


aidilfitri, hari raya, juadah hari raya, lauk hari raya, my family, raya, raya di rumah mertua, suasana hari raya,


Ayam Masak Merah


aidilfitri, hari raya, juadah hari raya, lauk hari raya, my family, raya, raya di rumah mertua, suasana hari raya,


Gulai Dalca Daging




Settled acara makan-makan, tiba lak acara salam with semua family members. yang kekecik untung laa coz boleh salam kaup. lepas salam dapat angpau!! seronok je tengok bebudak duk mengira duit raya. fikri pun dapat banyak gak, alhamdulillah rezeki budak-budak.




Pagi 1 syawal ni jugak laaaaa, aku naik hantu ngan Fikri nih. tetiba meragam, menangis, meraung-raung nak "Keto Sodok". ko dah kenapa dik? dalam banyak-banyak benda, "Keto Sodok" jugak yang ko mintak di pagi raya ni. mana ada orang buka kedai. hampir 1 jam dia mengamuk. buat aku panassss jek!! translated : keto sodok is jentolak. jentolak is excavator!!!




Lepas makan, lepas photoshoot raya, kitorang pun bergerak pulak untuk ziarah kubur Arwah Ayah En.Yie. arwah meninggal selepas 2 bulan aku nikah ngan En.Yie. sempat gak laa aku kenal dia. sempat laa aku jaga dia waktu sakit dulu.... ermm... tetiba sebak bila teringat kenangan dengan arwah malam sebelum dia pergi... ~sobs sobs!




Balik dari kubur, terus kitorang menapak ke rumah jenjiran sebelah rumah Mil. jiran-jiran tu pun semuanya sedara mara kitorang jugak pun. Mak sedara dan sepupu sepapat en. yie. sempat laa marathon ke 4-5 buah rumah. best ooo gi jelajah rumah orang. boleh makan macam-macam. bhahaha. kena lak yang hidang satay, lamaaaaa laaa kitorang melekat. kah3.




Puas raya di rumah orang, meh bang kita selfie 3 beranak jap!! tapi takde yang molek pung. ada jer terkurang di mana-mana. fikri tak duk diam lah. en.yie sibuk duk kunyah biskut lah. ini jer yang termolek untuk tepek kat sini selepas di selected! ermmm... jadilah dari non hadooo kan??




Jam 3 petang, kitorang 3 beranak ke rumah parents aku pulak. jarak rumah antara parents kami idok ler jauh sangat. dalam 1 jam je pung. sampai je rumah parents aku, tinggal berapa kerat je family members yang ado. yang lelain sume dah balik ke rumah Mil masing-masing. parents aku pun dah bersalin baju biasa. erk... akukah yang terlewat?? ok pasrah! takde photoshoot raya like Aidilfitri 2013. ~terkilan lagi...!!




2 syawal pulak, kami 3 beranak ke Felda Tenang di Hulu Besut Terengganu. kami bertolak dari rumah parents aku di Kebakat, sebab malam tu kami tido kat sana. kami ke Besut untuk hadiri Majlis Perkahwinan Ana dan Pie. bulan mei hari tu dia bertunang kan, kali ni dia bersanding lak. akhirnya, kawin gak ofismate aku yang sorang ni. alhamdulillah, aku tumpang happy untuk mu Ana. gegambar sekitar majlis aku akan upload di entry lain yekk...




3 Syawal sunyi tanpa gambar. semua orang menyibukkan diri ngan mengemas rumah Mil aku yang masih belum siap di renovate sepenuhnya. hangkut pinggan mangkuk, susun kain baju dan perhiasan dalam lemari. fuhhh, fenat sungguh! lepas kemas rumah, aku jap-jap terlelap. ngantuk sangat kekdahnya. hahaha. petang selepas zohor kitorang ke Majlis Doa Selamat jiran sebelah. pastu terus ke rumah kakak aku lak di Keladang Beta. dia buat open house. lepas tu, terus kitorang balik ke rumah sewa kami di Bunohan. fuhhh lama gila berkampung di rumah Mil dan rumah parents aku wehh!!!




4 syawal, aku dah start kerja dah. sunyi sepi office hoii. dengan takde orang berniaga lagi, kelaparan aku kat office. huhu. nasib baik aku kerja untuk 4 syawal je. 5 syawal aku off day. so biarlah aku kerja sehari dulu, sebelum sambung lagi cuti untuk 5 syawal. gilir-gilir ler kan, baru adil...!!! ini tidak, tiap kali raya ko nak bolot cuti sensorang! tahun lepas ko, tahun ini pun ko? guess what? ~ok, mohon terasa!





5 syawal, kami sekeluarga ke majlis perkahwinan dua pupu En.Yie pulak. raya tahun ini meriah ngan kenduri aje. haha. baideway, itu je lah yang mampu aku cerita kisah raya tahun ini. kalau nak ikutkan beratussss gambar raya kami, tapi takkan semuanya aku nak tempek kat sini. ye dak??? pilih-pilih gak laa... heee!

6 hingga 9 syawal dan hari-hari seterusnyaaaaa, aku kembali masuk office seperti biasa. dah takde mood raya lagi dah. kalau ada pun, just untuk hadiri rumah-rumah terbuka anjuran kawan-kawan terdekat, family terdekat atau pejabat yang terdekat ini sajooo... no more cuti!

Di kesempatan ini jugak aku nak mohon keampunan pada korang semua, sekiranya ada tersalah perbuatan mahupun perkataan yg mengguris hati korang. mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. semoga di maafkan segala kesalahan aku. for my readers, tengkiu for reading ya!!!! tak sangka, panjang gila karangan raya aku... bhahahaha....!!!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 453

Trending Articles