Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all articles
Browse latest Browse all 453

PJJ USM : 8 Perkara Yang Anda Patut Tahu

$
0
0





Salam dears! kali ni jaa rasa terpanggil untuk buat entry khas mengenai PJJ USM. ewahh... ayat tak menahan! bajet hot ler teww! muahaha! benornya gini, sejak dua menjak ni jaa makin dapat banyak pertanyaan mengenai PJJ USM, bukan setakat di email, tapi di facebook  pun byk! rata-rata nak mintak tips dan panduan mengenai PJJ. tak kurang jugak yang tanya pasal yuran, asrama dan macam2 lagi laa... so kali ni jaa nak citer ngan lebih details ok... hope dapat membantu sesapa yang masih blurr-blurr mengenai PJJ USM ni haaa.....


info pjj usm, intensif pjj usm, kelas pjj, orientasi pjj, panduan pjj usm, pelajar pjj usm, pengalaman belajar pjj usm, pjj usm, tips pjj usm, yuran pjj usm,
credit picture to : pjj malaysia


PJJ USM : 8 Perkara Yang Anda Patut Tahu



1. Syarat Kemasukan

syarat kemasukan tersangatlah best! kenapa jaa cakap macam tu? sebab.... yang ada SPM pun boleh apply PJJ untuk program degree ni, tahu dak? tak percaya ke? anda harus lah percaya sebab jaa sendiri pun memang apply ngn SPM jer pong. jaa mana ada STPM/DIPLOMA. so sila percaya ok... apa pun apply jer dulu bila tawaran PJJ USM ni dibuka lain kali yer. dapat ke tidak, belakang kira. yang penting kita dah usaha. ye dakk? bila dah usaha, kita tawakkal! (sambil doa dalam hati... mintak-mintak dapat....) hehehehee! nak tahu bila tawaran tu keluar? anda kena la rajin check di :  https://pohon.usm.my/ppjj/


2. Tempoh Pengajian

tempoh pengajian bagi Program Pengajian Jarak Jauh (PPJJ)  di Universiti Sains Malaysia adalah selama 4 tahun sahaja. belajar PJJ di USM sangat menjimatkan masa. sebab, biasanya bagi program PJJ di Universiti lain normally selama 5 tahun kot. kiranya tempoh PJJ di USM ni macam ni,  1 semester = 1 tahun. maksudnya, jika korang nak extend ke hape ke, korang kena extend selama setahun lah. bukan 6 bulan. faham dok?


3. Yuran Pengajian

yuran pengajian PJJ USM paling murah, jika nak dibandingkan dengan harga di Universiti yang lain. bayangkan untuk kos yang jaa ambil (SAINS KEMASYARAKATAN), hanya RM1500++ sahaja setahun! yuran pula boleh dibayar secara ansuran (2 kali bayar). cth mcm jaa dulu, memula jaa kena bayar RM900++ sebelum gi orientasi (julai 2012), lepas tu ansuran kedua adalah RM600++ pada bulan april 2013.


4. Kursus Orientasi

Kursus orientasi WAJIB HADIR. biasanya kursus orientasi ini adalah selama lebih kurang 4-7 hari (kena stay di kampus induk). bagi yang sedang dalam pantang/sakit atau ada apa-apa masalah yang tak membolehkan korang hadir ke Kursus Orientasi ni, maybe korang boleh buat pengecualian kot. apa-apa pun korang mesti berhubung dengan pihak PPJJ USM. boleh call ke nombor ini : 04-6533888. aktiviti semasa orientasi ialah pendaftaran kursus, proses kad matrik, agihan buku/modul dan macam-macam lagi laaaa...... but jangan risau takde istilah ragging ataupun buli ok! entry jaa mengenai orientasi disini : Kursus Orientasi Julai 2012


 info pjj usm, intensif pjj usm, kelas pjj, orientasi pjj, panduan pjj usm, pelajar pjj usm, pengalaman belajar pjj usm, pjj usm, tips pjj usm, yuran pjj usm,  

nota : Pelajar PJJ pun boleh dapat  Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M).


5. Kursus Intensif

Kursus ini juga WAJIB HADIR (kena stay di kampus induk). biasanya kursus ni akan berlangsung selama lebih kurang 2-3 minggu. biasanya pada antara bulan Januari-Februari. semasa kursus intensif ini lah, semua pelajar PJJ USM akan berkumpul, masa ni meriah giler kot suasana dalam USM. boleh jammed jalan-jalan dalam perkarangan USM. hihi...korang boleh bayangkan tak berapa ramai manusia yang akan hadir? student dari 1st year hingga la ke tahun akhir....semua akan berkumpul! aktiviti masa Intensif ialah, kuliah dan exam! jom baca entry jaa mengenai : KURSUS INTENSIF Jan 2013.


6. Kelas / Sidang Video

Kelas belajar PJJ dipanggil sbg Sidang Video. tempat belajar adalah mengikut pusat wilayah masing-masing. macam jaa yang stay kat kelantan ni, pusat wilayah jaa adalah di Kota Bharu. iaitu di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (sebelah HUSM). kelas belajar tu pulak, kita takde nya boleh jumpa lecturer 'live' tau. kita just dihidangkan ngan Video jer. ala-ala 3G gitu haaa.... so, bukan lecturer tu mengajar kita kat depan macam biasa, tp dia ajar kita melalui video... sidang video tu lebih kurang 1 kali atau 2 kali dlm sebulan. anda boleh tengok contoh sidang video disini  : SIDANG VIDEO PJJ.


7. E-Portal

kalo korang taknak pergi kelas pun takpe benornya. sebab.... sume modul/bahan belajar akan di upload oleh lecturer dalam Eportal (website utk pelajar PJJ). jika korang tak pergi ke kelas sidang video tu pon, korang still lagi boleh repeat tengok video tu bebanyak kali kat Eportal tu haaa... so mudahkan? utk nota pula, kita kena download dan print out sendiri di Eportal. cuma korang kena rajin-rajin login akaun Eportal korang tu laa, kalo tak buka konfem korang takkan tahu apa update/info terbaru dari lecturer mengenai assignment atau apa-apa sahaja yg berkenaan.


8. Tempat Peperiksaan (EXAM)

tempat exam adalah di Pusat Wilayah masing-masing... kita tak perlu ke Kampus Induk di Penang pon. so, senanglah kan? camana rupa dewan exam tu, jaa pun tak tahu camana kedudukan atau persekitarannya lagi, sebab jaa ni pun next month (Jun 2013) baru ada final exam untuk first year ni haa... so korang, wish me luck ya! hihihi.. Exam jaa adalah selama 9 hari. bukan berturut-turut tapi bersenggang hari... insyaALLAH utk suasana dewan exam nanti, jaa akan update bila jaa dah ada experience ok!!



update : bagi yg kerja gomen, utk ke kursus orientasi anda kena amik Cuti Tahunan/Cuti Rehat (CR). manakala utk kursus intensif dan final exam anda boleh dapat Cuti Tanpa Rekod (CTR). bagi yg kerja swasta, tak tahu lah pulak jaa, cemana pasal cuti tu... apapun tertakluk pada jabatan anda. (^_^)


p/s : ada soalan nak tanya lagi? email ke jaakechik@yahoo.com. ok?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 453