Quantcast
Channel: Blog Jaakechik
Viewing all 453 articles
Browse latest View live

Resepi : Popia Simple Kudapan Petang

$
0
0


Popia Simple Kudapan Petang - Sape belum pandai wat Popia Homemade sila angkat tangan...!!! ok ketuk ketampi 20 kali!!! (^_^) nak buat popia ni mudah je dik... meh aku share macamana nak buat popia simple dimple nih...

Eh jap jap, tapi mesti ada yang kata, buat apa susah-susah nak buat? beliiiii je senang!!! "Kak Piah, bungkus popia 5 ringgit!"beli yang ready made memang laa best dik! sebab cepat dan mudah...

Tapiiiiiiiii, cuba ko try buat sendiri, feeling dia lain macam okay! rasa seronokkkk sangat dapat hidang air tangan sendiri untuk anak dan suami. bila tengok diorang berselera makan terus kembang-kembang hidung ni haaaaa. muahaha... tak caya? cuba korang buat hari nie.... :P




1.) Tumis bawang putih.




2.) Masukkan isi ayam, garam dan serbuk perasa


*nota : boleh juga kalau nak campur dengan isi udang.*




3.) Masukkan carrot dan sengkung (yang telah di sagat)


*nota : boleh juga masukkan parutan ubi kentang.*




4.) Goreng sehingga layu kemudian buang lebihan kuah (jika ada).
Kalau suka pedas boleh tambah cili padi.




Aku guna kulit popia yang kecik ni. (saiz mini). guna hok ni senang, sebab ngam-ngam elok je saiz dia, sebijik dua kali ngappp je. muahahaha. harga aku lupa. lebih kurang RM3.50 kot.




5.) Letak sedikit inti ayam tadi ke atas kulit popia.




6.) Lipat macam yang aku buat tu... 




7.) Kemudian gulung dengan kemas dan cantik. 


*Nota : Letak sedikit air untuk lekatkan hujung kulit popia tu.*




Buat banyak-banyak sampai habis 




Pastu masukkan dalam plastik (asingkan) dan simpan dalam freezer. boleh tahan lamaaaaa nie.... petang atau malam kalo rasa lapar, goreng jer popia ni. kunyah-kunyah sambil tengok TV. makan pulak dengan sos pencicah. sure sedap!!! 




Selamat mencubaaaaa ya............!!!




5 Tips Cantik Bila Pakai Skirt Kembang

$
0
0

Assalamualaikum


Sape kat sini suka pakai skirt? bagi yang suka pakai skirt, oke kita geng! haha. aku sukeeee pakai skirt!! tak kira laa jenis skirt duyung ke, skirt kembang-kembang ke, semuanyaaa boleyyy. janji bukan skirt paras lutut! asal yang labuh, aku okay jer.

Aku suka pakai skirt sebab nampak lebih gegirl dan lebih sopan! thats why koleksi skirt aku lebih banyakkkk berbanding seluar jeans. ok ini fakta bukan auta. :p pakai skirt ni lebih selesa sebenarnya. nak gi mana-mana pon sesuai dan mudah untuk digayakan dengan apa jua jenis baju. kemeja boleh, t-shirt boleh, blouse boleh, ngan punjabi pon bolehhh! 

Thats why ler ramai wanita sekarang memilih koleksi skirt sebagai salah satu pakaian kegemaran, lebih-lebih lagi rekaan Koleksi Skirt Kembang yang sesuai digayakan oleh semua wanita tidak mengira bentuk atau saiz badan. jangan kata skirt kembang untuk orang yang chubby jer. stigma yang salah tuu!




5 Tips Cantik Bila Pakai Skirt Kembang :



skirt kembang, skirt duyung, skirt zalora, zalora, zalora malaysia, zalora.com.my, skirt,skirt kembang, skirt duyung, skirt zalora, zalora, zalora malaysia, zalora.com.my, skirt,


#Tips 1 : Aku suka pakai skirt kembang dengan T-Shirt kosong jer (plain). Pakai colour hitam atau putih pun okay. Colour plain merupakan jenis yang paling selamat untuk dipadankan dengan apa juga warna skirt. Baju kosong ini juga membuatkan kita kelihatan lebih langsing berbanding memakai baju yang bercorak abstrak, berkotak atau jenis belang-belang!



skirt kembang, skirt duyung, skirt zalora, zalora, zalora malaysia, zalora.com.my, skirt,


#Tips 2 : Skirt Kembang juga boleh dipakai bersama singlet pastu sarung pulak cardigan sebagai outerwear. Pemakaian outerwear ini banyak membantu dalam menyerlahkan lagi penampilan anda. Nampak lebih muda remajaaaaa gitteww!



skirt kembang, skirt duyung, skirt zalora, zalora, zalora malaysia, zalora.com.my, skirt,


#Tips 3 : Boleh juga menggayakan skirt kembang  dengan pakaian oversized cropped top macam gambar kat atas tuuu...! Tapi kalau nak pakai baju yang jenis longgar-longgar macam ni, pastikan korang pakai inner ye, sebab biasanya baju macam ni nipis sikit..



zalora, skirt kembang, skirt zalora, zalora malaysia, pengalaman shopping zalora,


# Tips 4 : Feveret aku adalah kemeja! so, pakai skirt dengan kemeja memang aku suka sangat.. banyak kot kemeja aku, sampai En.Yie pon jelinggggg je bila aku kata nak beli kemeja baru lagi. hikhik. cuba korang tilik pic atas tu, aku pakai segalanya merahhhh, tapiiii dan dan selipar pulak ter-kawin dengan kaler hitam sebelah, oh meng! #Memalukan 


zalora, skirt kembang, skirt zalora, zalora malaysia, pengalaman shopping zalora,


#Tips 5 : Gayakan dengan tudung atau shawl dengan cantik, Pasti nampak lebih anggun! bukan apa, kenkadang bila kita pakai tudung "tak kena cara", boleh nampak macam ORANG TUA, tahu? so no no no. jangan biarkan hal itu berlaku! Ubahlah, jom jadi lebih muda dari usia. :P



Salam sayang,
Jaakechik.


Kursus Intensif PJJ USM 2016 (Tahun Akhir)

$
0
0

Assalamualaikum


Hai, salam sayanggggg semuaaaa... ada lagi tak yang follow blog aku nih? almaklum laa lama dah aku tak update kan.. dah berbulannnn lamanya menyepi... aku ada lagi ni haaa.... tak kemana pon.. belum mati lagiii... hahahaha...

Kat facebook je la aku banyak membebel, post status sekarang ni. so, blog dah terpinggir. mood menaip memang kelaut gila... rasa malas nak update blog sendu aku nie.. nak kata sibuk tu, tak sibuk pung! banyak tidoooo jer aku nie...

Well, setelah lama menyepi, now jaakechik datangggg lagi dengan entry baru. yang panjang berjelaaaa. harap jemari keding aku ni rajin ler nak mengetuk keyboard memalam buta ni. jangan sekerat jalan, jadik blurrr udoh ler... :)




Panjang pulok mukadimah aku kan. okay meh aku mulakan story. aku sekarang ni berada di USM Pulau Pinang. selama 3 minggu aku stay kat sini bermula 18 jan - 07 feb 2016 untuk hadir Kursus Intensif PJJ USM

Kalau takde aral melintang, kalau takde paper yang sangkut tahun ni, dan kalau result aku comey tahun ni, inshaAllah aku akan konvo November nanti. itupun kalau ada rezekilah, kalau result tak mengancam, tak tahu lah aku ada rezki ke idok nak pakai topi patsegi, huhu.

Kiranya ni tahun terakhir aku berPJJ ngn USM. doakan aku ye korang. tak tahan dah menahan seksa PJJ. nak jer habiskan secepat mungkin. harap-harap takde paper sangkut tahun nie, aminnnn. MUET pon aku dah ambil November tahun lepas, dapat band 2 okay la tu kan.. 




Tahun ni aku stay kat Desasiswa Fajar Harapan yang dekat tasik biawak komodo tuuu... alhamdulillah takyah pening kepala nak sewa motor bagai.. tak macam tahun lepas, aku dapat Desasiswa Saujana yang kat atas bukit nun, terpaksa naik moto untuk ulang alik ke Dewan Kuliah. katil aku memang serabai sikit. hehehe. kalau sakit mata, baik jangan tengok.... hiks!





Kain baju sepanjang 3 minggu duk sini memang banyak aku bawak... jenuh panjat tangga angkut beg ke bilik, dapat pulak aras 3 memang lenguh abih 1 badan.. hinggakan roommate aku terseliuh pergelangan tangan sebab beg terlampau berat! terlebih muatan. :)

Jenuh perah otak cemana nak kasi muat dgn hanya sebuah beg. dilipat, digulung, dimampat, dihenyak-henyak, akhirnya muat jugak. hahahaha. 1 beg troli besar, 1 beg recycle tesco yang kaler biru tuh, pastu 1 beg laptop, 1 handbag.. masa aku duk kemas-kemas baju tu kan, En.Yie geleng-geleng kepala, dia cakap : "Nak gi setahun ke dua tahun nie?" - Eh kuang asam sgt!





Nih bukti roommate aku terseliuh tangan. kitorang ke Pusat Sejahtera USM (Klinik Panel) untuk jumpa doktor. keluar aje dari bilik doktor terus aku terkejut tengok tangan dia berbalut, dah macam  rupa orang patah tangan pulak aku tengok. oh meng! tak caye kejap aku! 




Ni haaaa rupa blok aku. ni pandangan kat depan bilik aku. comel je kan. banyak ruang untuksidai kain. bukak pintu terus dah boleh sidai, cun sangat lah tu. tak perlu nak turun ke ground floor bagai. ohh senangnya hidup macam ni. nak cuci baju pon senang, ada mesin basuh disediakan, hanya bayar RM3 untuk sekali basuhan. okay lettew kan, walaupun mahal sebab mesin kecik je. huhu. 




Makcik ni aku bahasakan sebagai "Mama". dia meniaga kat Cafe Desasiswa Aman Damai, dari first year hingga kini, aku selalu gi makan kat kedai dia. kamceng sangat ngan aku ngan Ana. riuhhh je time aku pergi. selalu je kena sakat ngan aku. hehe. saje aku amik gambar kenangan ngan mama, tahun last dah katakan.. hee!




Hari-hari makan kat cafe dalam USM ni je. tak kuar gi mana-mana pun. bagus tak aku?? takdenya nak keluar merewanggg memalam. stay je kat bilik. setiaaaa je ngan makanan kat cafe, walaupun dah jemu. kadang-kadang tukar tukar gak cafe, aman damai, fajar, indah kembara, bakti permai, ikut mood yang ada.

Kalau masa first year dulu, tiap hari rasa nak keluar meround bandar penang, jalan jalan cari makan area penang. now toksir dah benda-benda gitu, tetiap tahun datang kot. semua tempat dah pegi, Batu Feringgi, Bukit Bendera, Rope Walk, Chowrasta, Toy Museum, Padang Kota Lama, Rumah P Ramlee, Queensbay, Komtar, TGV 1st Avenue (wayang), Laksa Janggus Balik Pulau, Pak Hussin Tomyam, Char Kuey Teow Bayan Baru, KFC, Nasi Awet Muda, ermm apa lagi ekk?? dah lupa dah.. pendek kata semuanyaaa aku dah pergilah. tahun ni tak kemana-mana pun takpe, tak kisah dah. dah boring nak merendet! ~maybe faktor usia! :)






Lauk kat sini bebiasa je laa. standard makan kat cafe U ler kan. aku suka keli masak sambal macam ni, pedas-pedas, sambal pekat, lawab pulak dengan kerabu mangga, memang A ler.. ni dalam RM5 macam tu laa... cafe paling dekat of course cafe Fajar ler, sebb itu memang blok aku pung! brekfes, lunch, dinner kat situ je. time rajin, tukar cafe lain pulak.  




Selfie masa tunggu turn jumpa doktor




selfie dalam kuliah kat DTSP..hihi..kerja aku selpieeee je..




Cuba ko baca apa yang tertera kat atas tu "Taklimat Akademik Untuk Pelajar Tahun Akhir" waaaa seronok wehhh, akhirnyaaaaa dah tahun akhir.. seronok tak terkata... tak terbayang dengan kata-kata, rasa penat lelah belajar, penat lelah tinggal family setiap tahun berbaloiiiii....

Eh aku ni kan, macam pelik je penceritaan aku ni, kejap cite masa second day, kejap citer masa first day, tonggak tebalik je tak ikut susunan. hahaha. rasa nak lempang diri sendiri jer. 




Nih keluar pulak gambar burger... hahaha... hari ke berapa tak tahu ler nih... aku ikut jer gambar apa yang ada... malas nak scroll tengok tarikh... dah 7 hari kat sini baru nak update, tu yang lupa habiss... ni aku letak pic banyak banyak dan membebel panjang-panjang ni, ada yang baca tak ni?? ke korang terus scroll ke bawah aje? baca ye, letih aku taip nie.... hahahahaaa...




Ehh tetiba terkeluar kalendar MUET pulak kan, bertabah ler korang ye. entry rojak je hari ni. campur aduk jadikan 1 entry. malas nak separatekan, terus adun sampai sebati. kah kah kah!

Okay, nih aku nak bagitahu sesapa yang belum amik MUET (bagi yang nak amik PJJ), jangan lupa daftar yer. buat student yg sekarang ni merupakan student tahun akhir, dan masih takde MUET jangan risau, korang masih sempat untuk ambil MUET Julai, keluar aje result bulan 10 nanti cepat-cepat poskan ke PPPPJJ ye. kang semua dah lulus elok, tetiba MUET lak takde, tak pasal-pasal kena postpone Konvo. nangis tak berlagu ko nanti! #JanganKataAkakTakHabaq




Dan tetiba keluar pic budu pulak kan.. kih kih kih.. every year memang aku akan bawak stok budu... budu yang sedap opkos ler budu cap ketereh (lambang 2 biji gajus). time jemu makan lauk kat cafe, ni ler penyedap selera aku. aummmm sedappp.. lepas makan abis gatal-gatal hidung.. hee!




Kalau mood rajin terlebey, aku siap bawak turun ke cafe lagi, makan dengan ulam. fuhhhh sedap! tetiba lapar nasi bila terpandang sambal tumis ikan bilis campur petai tuuu... mypebreto! 

Aku memang alwez bawak budu dan ikan bilis goreng. cer refer gambar paling atassssss nun, belah kanan tudung warna merah tuh, tu ler ikan bilis aku. makan ngan nasi yang ditapau ke bilik. krup krap krup krap sedap. kenkadang campur dalam megi yang direndam air panas, pun sedap!




Ni masa kuliah JKA417 di DTSP- Dr.Zurina Radzi.




Ni waktu kuliah JKA415, Pn.Zaleha Embong ni kan, suko tanyakan soalan dekat student pastu main tunjuk tunjuk kaler baju student yang dia nak suruh ke depan untuk berikan jawapan. aku masa ni rasa nak terberak terkencing je, takut dia suruh aku ke depan. puas berdoa, moga tak terpilih. hahaha.




Bergambar dengan lecturer subjek JKA414E - Dr. Hamid. ni hari last dia mengajar semasa kursus intensif. pasni hanya jumpa masa Sidang Video je la. bagus lecturer ni, rileks jer. tak serius sangat. sporting pun ye gak! selalu amik kedatangan sewaktu Sidang Video dan selalu puji PW Kota Bharu sebab selaluh penuh student. hehe. geng aku lettew, memang suka gi kuliah! dapat markah lebih oke! tak dapat banyak, membantu sedikit pun jadi ler...




Ana sibuk duk update status.. hahahaha





Esok ada Seminar Antropologi Sosiologi, semua student Ansos bagi tahun 3 dan 4 wajib hadir. esok juga pelajar tahun akhir perlu tampal poster tesis masing-masing, semuanya sebanyak 8 helai dalam bentuk A4. aku alhamdulillah dah siap, tapi tak tahu ler menepati kehendak lecturer ke idok.. apapun tawakal je la. usaha dah ada, doa pon sudah, kita berserah aje, semoga dipermudahkan segalanya... 

Tahun 3 dan 4 paling struggle aku rasa, sebab adanya tesis! huhu. nak taknak wajib buat. tak boleh kata tidak. so, apa boleh buat? hadap je laa, walaupun kenkadang boleh rasa down bila fikir hal tesis. okay laa aku stop kat sini dulu yer, mata dah ngantuk, jari pon dah letih menaip, kalau ada ayat tunggang terbalik, ampunkan aku... hehehe...

JUMPA LAGI DI NEXT ENTRY, DOAKAN AKU RAJIN MENAIP.... :)


Salam sayang,
Jaakechik.


Sambung Cerita Kursus Intensif Lagi

$
0
0

Assalamualaikum


Hai apa khabar, sihat ke hari ni? aku hari ni macam kurang sihat sikit. tubuh rasa panas semacam aje. ingatkan kenapa laa rupanya senggugut datang, huhu rasa tak selesa sungguh. sebut pasal senggugut ni kan, aku rasa kecewaaaa la pulak. ku sangkakan bulan ni dah tak period, tapi dia datang pulekkk.... isk isk isk, musnah harapan nak pregnant. #GelengKepala

Ye, memang aku ngn En.Yie merancang untuk tambah anak tahun ni. tapiiii itupun jika Allah berkenan nak berikan zuriat pada kami ler. kalau takde, kami redoooo je laa...  

Almaklumlah pengajian PJJ aku pun dah masuk tahun akhir kan, memang teringinnnnnn gila nak ada anak kedua, sebelum ni memang aku merancang tak nak beranak lagi, now i dah readyyyy, dah tak merancang lagi. bebila masa pon aku ready untuk pregnant. doakan aku ye kawan!

Eh dah kenapa aku melalut ni kan, tajuk lain, yang ditulis benda lain. hahaha. nak buat macam mana dah itu yang terlintas di kepala buat masa ni. i sedihhhhh youuu dah 2-3 bulan mencuba, belum ade rezki lagi nampaknya.... maka berhuhuhu je la mampuuuu skang ni...




Okay stop melalut, meh kita back to the story tentang Kursus Intensif PJJ USM aku ni... hari ni, disaat hari aku sedang menulis entry ni, dah 12 hari aku kat USM Pulau Pinang ni. rinduuuuu pada family, especially laki aku, anak aku, rindu membuak-buakkk... tak tertahan rasanya...

Even hari-hari dapat video call tetap tak terubat rindu di hati. sebaknya hati Allah saja tahu. 5 tahun kot aku tinggalkan mereka every year sekitar 2-3 minggu, sejak fikri umur 7 bulan lagi bermula ngan hari aku mula-mula diterima masuk ke Program PJJ USM, iaitu pada Julai 2012 untuk hadir Kursus Orientasi. 

Now umur fikri dah 4 tahun 3 bulan, dan aku sekarang dah berada di tahun akhir Pengajian Jarak Jauh USM. saat dah berada di tahun akhir ni, hanya 1 harapan aku, semoga pengorbanan, segala penat lelah selama ni berbaloi-baloi, semoga kejayaan akan menjadi milikku, milik kami sekeluarga. sungguh, aku sangat berharap untuk cecepat konvo dan berazam nak konvo tahun ni jugak, taknak extend tak nak tangguh2kan lagi, tiap hari berdoa moga dapat result baik, pointer bagus, agar aku dapat graduate dengan cemerlang! #TetibaSebakHoii

Thats why aku teruja snap pic diatas, rasa bangga jugak ngan diri sendiri sebab dapat meneruskan pengajian hingga ke tahap ni, tertera kat situ "Tahun Akhir"wahhh seronok je rasa. masa aku di tahun 1 dulu, selalu terdetik di hati, "syoknyaaaaaaa mereka yang dah tahun akhir, aku ni baru tahun 1 ada empat tahun lagi, lamaanyaaaaaaa..."

Rupanya memang sekejap saja masa berlaluuuuu... now aku dah berada di tempat yang mahu ni... seronokkkk sangat dapat beratur di Kaunter Tahun Akhir, terasa macam dah dekat dengan hari konvo, biarpun realitinya lambat lagi. hihi. dah konvo nanti tak tahu ler cemana perasaan kan? mesti nanges soksek2 sebab terlalu happy, weehuu!!


  

12 hari kat USM ni berlalu dengan perkara yang sama, kuliah, exam, kuliah, exam, makan tido, makan tido, hehehe. bertabahlah datang kuliah dengar lecturer membebel biarpun mata layu ayik nak tidooooo je manjang.... tabahkan hati datang sebab nak dengar tips penting untuk exam PB. masa ni kelas Dr. Suresh JKA415. dia lah juga penyelia projek akhir aku. 




Makan bihun sup di Cafe Desasiswa Aman Damai, RM3.00




Bubur Nasi pemberian adik ipar aku nie. dia call kata nak mai hantar bubur nasi (ore kelate panggil nasi air), alhamdulillah dapat 2 bekas. siap boleh share ngan bilik sebelah lagi. berkongsi rezeki orang kata, 2 bekas tu dapat makan untuk 4 orang. bersila atas lantai, sedapppp... hahaha... siap pakej lengkap dengan sudu, tisu dan air milo lagi. mana nak carikkk?? hahaha. bagus sangat nie. mihmihmih.




Brekfes simple di bilik sebagai alas perut..hehe..




Lunch kat Cafe Desasiswa Bakti Permai




Masa cuti thaipusam hari tu, aku ngan ana keluar gi Tesco yang dekat USM ni, saje keluar cuci-cuci mata setelah banyak hari terperappppp kat asrama. jenggg jugak kepala hotak asyik memerap. sesekali nak jugak keluar merayap, muehehe.

Masa ni lalu kat kawasan lauk basah, ana terpandang Ikan Salmon ni, katanya murah... terus call laki dia suh belikan kat Tesco KB, 2kg laki dia borong. sebab murah. haha. kelassss kau jahhh makan salmon berkilo-kilo, kalah mat salleh. 

Aku pulak tak pandai pun masak menatang ni. aku tak penah beli dan makan pun! thats why sushi pon aku tak makan, rasa tak mampu nak telan salmon mentah. tapi ana cakap dia nak goreng kunyit jer. nenanti lah aku cuba buat. mana tahu kot sedap, hehehe. 




Cencaru pon murah dan segar, mata ikan masih hijau dan bersinar. geram rasanya nak beli wat stok banyak-banyak dalam peti. goreng berladooo boleh, masak sambal boleh, buat ikan sumbat pon boleh, ermmm pebret laki aku nie...




Aku ngan ada mai tesco ni sesaje jer, sambil cari barang-barang untuk kudap kudap sikit kat bilik. dah siap beli barang, singgah kejap dekat food court untuk tapau makanan. aku order Lamb Chop, ana order Chicken Chop. 

Aku sekarang ni ada 1 penyakit pelik, dah tetiba tergila gilakan kambing. padahal dulu, memang bukan selera aku kambing ni, kambing golek kat kenduri aku tak pandang pon, kalau aku amik pon just untuk En.Yie dan just merasa sehiris dua aje. tapi sekarang dah menjadi jadi pulak, kegilaan aku makan kambing... 




Meh aku zoom sikit... hehehe... tapiiii, sos black pepper dia tak sedapp huwaaaaa sakit hati pulak,,, huhu... tapi apakan daya, telan je laa, sape suruh beli kat food court kan..?? padan muka aku, hehehe... rasa nak lekuk kepala sendiri jer.. haishh!!




Balik dari tesco, petang selepas asar mai lepak The Kapits pulak. cafe hipster gituuu... kat dalam USM ni jugak, bersebelahan dengan Cafe Desasiswa Cahaya Gemilang




 Ni antara menu-menu tersohor mereka...




Aku berhajat untuk order Lasagna, tapi habis pulak, terus terbantut niat nak makan benda lain. nak makan roti, macam tak lalu lah pulak. kan bagus kalau ada lasagna, huhu. so, aku order 1 slice cake chocolate indulgence yang ala-ala secret recipe tu, pastu segelas milk shake. tu je. 




Ana pon order 1 slice kek gak, pastu ice cream, yang belah kiri tu Taqiah punya order. set roti Meat-Oh-Saurus. oklah sebab just nak lepak-lepak santai je pon. nak makan nasi, sini tadek jual nasi, roti ngan kek aje.




"Qu Putih, Qu Putih, Barulah Putihhh... hahaha..."
Terjebak dengan trademark Dato Seri Vida....... (kayooooo dia kan???)




25 Januari 2016 ada Seminar Antropologi Sosiologi, alaaa macam yang aku beritahu dalam entry sebelum ni, entry yang mana aku rasa nervoussss gila sebab nak kena tepek poster dalam bentuk A4 berjumlah 8 helai sebagai ringkasan aku punya tesis (Projek Akhir), poster presentation akan diberikan 10 markah, jika buat dengan baik. huhu. dah boleh membantu untuk markah akhir tahun nanti.


Dr. Suresh Kumar N Vellymalay


Ni antara poster yang ditampal oleh student mengikut ruang yang disediakan oleh PJJ USM mengikut penyelia masing-masing. macam aku, dibawah penyeliaan Dr. Suresh Kumar N Vellymalay, memang menggerunkan duk di bawah seliaan dia. huhu.

Dia ni anti plagiat, memang tak suka mana-mana pelajar yang amik sesuatu maklumat tanpa memberikan kredit kepada nama penulis asal, setiap rujukan yang kita ambil dan copy ke dalam tugasan mestilah dituliskan sumbernya di dalam perenggan tersebut. cth : (Norhariza, 1993:28).

Maknanya penulis tersebut bernama Norhariza, tahun buku tersebut diterbitkan berserta halaman muka surat. dan untuk tugasan bagi subjek lain pulak (JKA416) kena lampirkan sekali fotokopi halaman buku tersebut. huhu. memang agak cerewet sikit, but aku paham, dia mahukan tugasan yang berkualiti bukan hasil copy paste.




Tekun dia duk semak poster yang dilekatkan student. yang aku punya ada gak kat situ, yang mana? tuuuu yang belah paling kiri belah atas di board yang DrSuresh tengah check tu. aku punya poster penuh kena contengan dan komen dari dia. banyak benda yang aku kena perbetulkan semula.




Bila banyak kena komen, aku siap tanya dia macam-macam lagi, kenapa salah? habis tu sepatutnya kena buat macam mana? bla bla bla, banyak gak laa aku tanya dia soalan berkaitan tesis ni. banyak benda kot salah bermula objektif kajian, soalan kajian, isk isk isk, apa bengap sangat otak aku ni? huhuhu.


Dr. Suresh Kumar N Vellymalay


Lepas dia semak aku punyak poster, terus aku ajak selfie terus dia cakap, "Tesis banyak salah pun masih mahu selfie sama saya, siap kasi peaceeeee lagi. tak faham lah!" hahahaha. habis tu dia nak aku buat apa? menangis?? ohmeng! hahaha.

Mula-mula aku nak amik pic berdua je ngn DrSuresh, dah tetiba ramai pulak yang nak menyelit sama, adehhhh... ramai nak selfie ngn Dr rupanya, tapi penakut nak request sebab muka garang dan serius sangat. kah kah kah.




Lepas abis seminar ada perjumpaan dengan penyelia projek masing-masing, masa ni kita boleh tanya apa saja masalah yang berkaitan tesis untuk memperbetulkan kesalahan masing-masing. aku pon amik peluang gak jumpa, dan tanya macam-macam soalan yang selama ni aku tak paham pasal tesis ni. 

Kami ada masa lebih kurang 2 bulan setengah lagi untuk submit tesis masing-masing, kiranya tu adalah last submit iaitu pada 15 April 2016. sumua pakat berdebar, ye laa tesis ni laaa penentu kita dapat graduate dengan cemerlang ke tidak... dia laaa dapat bantu pointer kita nanti.. kena buat bebetul, mesti lulus, dan kalau boleh dapatkan A, baru pointer tinggi..




abis seminar gi lunch dekat Aman Damai...




Ni masa 26 jan 2016, habis jer exam hari tu aku gi rumah adik ipar aku dua malam. aku ada 2 orang adik ipar kat sini. so aku gegilir tido ler kat rumah diorang.




Sebelah malam tu adik ipar aku ajak dinner di Pak Hussin Tomyam. masuk kali ni dah 4 kali kot aku makan kat sini. 4 kali tu lah jugak adik ipar aku yang berbaju biru tu yang payungkan. alhamdulillah, semoga murah rezeki muuuu, laki dia yang berbaju hijau pon wat PJJ gak.. now dah tahun 3...




Makanan kat sini memamg sedappp.... highly recommended!




Ni masa kat rumah adik ipar aku yang sorang lagi, Ayu nama dia... dia biras aku, suami dia (adik ipar aku) tadek pon kat rumah, dia jadi cikgu kat Sabah nun. raya cina nanti baru balik. sebak pulak hati aku bila tengok anak diorang, bukan apa aku terkenangkan anak akuuuuuu benornyaaaa... seriously memang teringat... dah la muka diorang lebih kurang je.. tengok anak sedara macam nampak wajah anak sendiri, makanya, berhuhuhu lagi akuuuu hari tuuu.... :(




Ni masa 28 Jan 2016, waktu ni kitorang baru habis exam bagi subjek JKA414E. 




Malam tu keluar makan kat luar ngan Ana. bukan jauhhh pun, dedekat USM ni jugak, sebelah Nasi Awet Muda berdekatan KFC tu... saje dinner kat luar sesambil gi isi minyak kete...




Ana makan nasi putih, tomyam, telor dadar ngan puyuh goreng. aku pulak makan Kuey Teow Tomyam jer. sebab perut masih kenyang bantai maggi kat bilik. hehehe.




Nahhhh aku belanja gambar besorrrr sikit... hahahaha... harap-harap korang jadik lapar bila tengok pic ni.. kih kih kih... oklah aku stop kat sini dulu, dah panjang gila aku menaip ni.... letih dah nak susun ayat... kita sambung lagi di next entryyyyyy yaaaaa.... stay tune....

Pada sesapa yang berminat nak buat PJJ USM : DAFTAR DISINI (klik). Permohonan PJJ USM bagi sidang 2016/2017 telah dibuka bermula 04 Jan - 21 Mac 2016. cecepat gi beli No.Pin di BSN (RM60.00) dan daftar secara online sekarang yer. nak tahu banyak info pasal PJJ USM meh godek-godek entry-entry lama aku KAT SINI (klik)!!

#JanganKataAkuTakHabaq
#RebutPeluangYangAda
#JomGraduateSamaSama
#GilaHashtag! #KahKahhh


Regards,
Jaakechik.


Berakhirnya Kursus Intensif 2016

$
0
0

Assalamualaikum




Alhamdulillah, Kursus Intensif PJJ USM aku dah berakhir. masa aku taip entry ni, aku dah ada kat rumah aku di Kelate dah nie. dah banyak hari balik. hehe. 

Sepatutnya aku tak boleh balik lagi, sebab aku kena siapkan esaimen dan perlu siapkan Projek Akhir. masih banyak lagi perlu disiapkan. perlu jumpa lecturer selalu di bilik dia. tapi aku malassss... hahaha... 

Awal-awal lagi aku dah cabut balik... :D




Ni kuliah terakhir aku kat sana. kuliah lain malas nak pergi. aku ponteng je. hihihi. itu ler untong nya belajar secara jarak jauh, bebasssss... nak datang kelas ke tidak, no probs! :)




Selfie.. ehhhh dah kenapa Zainun macam tu pulak ko? :P




Bergambar kenangan dengan Dr.Suresh Kumar N Nellymalay again and again. masa ni tak ramai dah student yang datang kuliah, majoriti student yang hadir ni memang ProjekAkhir mereka dibawah seliaan DrSuresh, student yang dibawah seliaan lecturer lain tak datang... 

Sekali tengok macam jenis serius je DrSuresh ni, tapi yang sebenarnya memang dia agak humble dan jenis sporting dan gila gila jugak. so nanti sesapa yang duk bawah seliaan DrSuresh (buat junior), korang jangan gentar la yer... okay jer dia benornyaaa... :)

Jangan tak tahu dia pon ada FB gak, search je nama penuh dia... 




Dah kenapa tetiba badmood aku nie? :P




Masa ni dah tak badmood. senyum meleret je sebab En.Yie dan Fikri dah datang melawat aku kat sini. muehehe. every intensif diorang akan datang amik aku. yang baju oren tu biras aku, yang belakang fikri tu anak sulong dia, Fahmi. 




Posing atas tangga cafe pon, kira aci lahh... haha... petang tu aku tak terus ikut balik, sebab sebelah malam masih ada exam... so, tak dapat nak balik lagi, En.Yie datang melawat sekejap aje... rindu puan bini lettewww... ahaks!




Sempena tahun last intensif ni, batch kitorang (2012/2016) ada planning untuk buat baju GROUP ANSOS yang diambil nama sempena course major kami iaitu, Antropologi Sosiologi. sebelum intensif, memasing dah discuss dalam group whatsapp pasal agenda nak buat baju nie....

Akhirnya semua setuju dan ni la baju yang dah siap tu. kaler purple ribena. lebih kurang dalam 200 helai rasanya jumlahnya. masa ni aku tolong amikkan untuk geng-geng aku, PW Kota Bharu sebanyak 12 helai... harga tak mahal pun, RM20/pcs... geng boboy amik jenis berkolar lengan pendek, geng gegirl amik jenis round neck lengan panjang..




Santapan terakhir di asrama before paper terakhir exam PB. nasi ni member yang tapaukan dari Restoran Nazri yang kat luar USM nun. sup daging dia, alhamdulilah sedap... berselera aku makan hari tu... hehehe... 




Paper last aku adalah pada sebelah malam. so malam tu semua sepakat nak pakai baju yang kitorang beli sedondon tu... semangat aku selfie tapi sayang pic gegar, jenis parkinson ke ape aku ni, time selfie sokmo gambar tak berapa clear...




Paper terkahir malam tu adalah Subjek JKA414E, alhamdulillah agak senang di goreng... hahaha... tak apa la agaknya aku duk goreng, berhelai helai jugak laa yang mampu ditulis, but tak tahu ler menjawab soalan ke idok... ntah ntah hasil gorengan banyak yang kelaut... hahahaha... subjek ni mengenai perihal Orang Asli... kena hurai pasal kegiatan ekonomi dia (memburu dan meramu)... :)




Selfie dengan rakan sekerja. semuanya di bawah agensi yang sama, cuma ofis berlainan (cawangan lain2)... kecuali sorang jer tak sama, dia under JKM. tuuuuu, yang duk belah kanan aku tu... 




Habis jer exam, semua pakat berkumpul untuk sesi bergambar beramai-ramai... perhimpunan purple... hehehe... semuanya memang sporting lah, seronok gilaaaa rasanya... ni baru habis exam PB nih, kalau dah grad nanti tak tahu lah aku cemana gaya.. mesti meriahhh lagi feelnya... hahaha... 




 Sains Kemasyarakatan Antropologi Sosiologi batch 2012/2016




Yang kat depan tu raja selfieeeeee...hahaha... kalau ada pertandingan malam tu, tobat ko menang Zek... champion of selfie... muahaha...



kenangan terindah bersama geng Ansos




Semalam waktu aku duk scroll henpon aku carik gambar, tetiba ternampak pic naik basikal ni. alahaiaku terlupa upload rupanya dalam entry yang lepas... terlepas pandang.. so, aku upload dalam entry ni je lah eh... 

Actually ramai yang tak tahu yang basikal kat sini nukan kena bayar duit pun kalau nak sewa.. percuma je.. just letak kad matrik jer... ramai yang bertanya, RM berapa kalau nak sewa, disebabkan ingat kena bayar itu yang ramai tak naik agaknya.. hehe...




Aku naik pusing keliling Tasik Fajar Harapan je pun.. mendapat la 3 round... pastu dah lenguh betis dan sakit bontot... hahaha... sesaje nak keluarkan peluh je pun... riadah petang...




Ana main menda nie.. aku langsung tak cuba... tak gheti.. hiks!




Dah penat kayuh beskal, bergambar pulak kat Tasik Fajar ni. kebanyakkan student usm tak panggil pun tasik fajar, sebab tasik ni lebih popular dengan nama Tasik Biawak Komodo... sebab kat sini ada banyak bewok besar, sekali tengok macam anak buaya... masa aku duk kayuh tu, tetiba dia melintas kat sebelah, terkejut gila aku, nasib tak tebalik beskal...




Bergambar dengan orang Sabahan




Aku nak lompat, tapi tak menjadi.. haha




Pun tak menjadiiii, choiii!!




semuanya jenis friendly, suka je aku ngan diorang!




Pemandangan pokok kat belakang kami tu cantik gilaaa...!!




Terima kasih USM sebab bagi kemudahan sewa basikal percuma!




Lepas exam malam tu aku gi tido rumah adik ipar aku. esok pagi, terus pakat ke dapur untuk buat Nasi Kerabu. wahh sedappppp okay... makan kenyang-kenyang sebelum ke Bukit Bendera...  ye, kami ke bendera again and again... next entry lah ye aku share gegambar sepanjang kat sana.. doakan aku rajin menaip.. kih kih kih...




Setelah beberapa hari bermalam di dua buah rumah adik ipar aku secara gilir-gilir, aku akhirnya datang semula ke USM untuk amik semula bembarang aku kat asrama, dan settlekan urusan check out bilik, penyerahan kunci.. dah sesiap punggah barang-barang lepak sekejap kat cafe makan Kuey Teow Sup... 




lepak kat tasik fajar juga




Alololooooo anje sangat ni... hahahaha... liuk lentok habis kepala... muncul biawak dari tasik tu mahu lari tercabut kain rasanya aku nie... hihi... tu je la citer sepanjang intensif kali ni... sebelum ni dah 2 entry aku upkan, gi baca eh SINI dan SINI... entry jenjalan sekitar penang, akan aku citer di next entry ok. 

Dan kat sini gak aku nak say tenkiuuuu to readers yang menegur aku di USM. ada gak yang PM kata, terserempak ngan aku di sekian sekian tempat, tapi malu nak tegur, huk aloh, pasai apa? i is friendly okay. tak makan orang pun. hehe. 

Pada readers yang ngajak lepak mengopi dan makan makan tu, im sory tak dapat tunaikan, if kebetulan terserempak atau terjumpa kat cafe, okay la kan nak makan semeja, if sesaje nak planning date and place tu, memang cannot ler... bukan sombong tau... tapi kita saling tak kenal, acaner nak keluar hangouts bersama, kennn?? kite segan.. huhu.. hope awak paham k...  :P

Semoga bertemu lagi di next entry...!! i love my readers, eh tetiba je kan.. hahaha... lenguh dah jari aku menaip ni... ntah apa yang aku tulis aku pun tak tahu.. harap-harap takde yang mengantuk plak bila baca eh... kikiki....



Regards,
Jaakechik.



Koleksi Jam Tangan Terkini ZALORA

$
0
0

jam tangan koleksi terkini



Jam Tangan merupakan aksesori wajib bagi setiap orang. Jika terlupa pakai (walaupun sekejap), terus rasa kosongggg je tangan. Rasa macam ada yang tak kena jer. Nak lagi kalau bagi lelaki maskulin, jam tangan adalah simbol macho mereka. So mestilah kena pakai selaluuu tanpa missed....!!

Dalam dunia fesyen, ada bermacam jenis aksesori lelaki dan wanita. Tapi yang paling mendapat perhatian ialah jam tangan. Dulu-dulu, jam dianggap sekadar sebagai satu alat untuk mengetahui masa saja. Namun sekarang ni, jam tangan juga berfungsi sebagai aksesori untuk menonjolkan penampilan. Percaya atau tidak, bahawa seutas jam tangan mampu membuatkan imej seseorang kelihatan lebih menarik dan bergaya?? 

Oleh itu, untuk kelihatan lebih bergaya dan always looking up to date, pastikan anda mendapatkan the latest watches collection yang ada dalam pasaran. jangan lupa pilih design yang cantik-cantik ye, baru nampak cool. hehe. Okay jom lihat beberapa stail jam tangan terkini popular untuk lelaki dan wanita yang boleh digayakan seperti di bawah ini.


zalora malaysia, zalora, review zalora, jam tangan online, jam tangan zalora, jam tangan koleksi terkini

zalora malaysia, zalora, review zalora, jam tangan online, jam tangan zalora, jam tangan koleksi terkini


Koleksi jam tangan wanita terkini yang kita boleh lihat dalam pasaran sekarang ini dibanjiri dengan pelbagai seleksi pilihan yang cukup menarik. Mengekalkan rekaan yang feminim untuk dipadankan bersama gaya yang lebih lembut namun jam tangan wanita sekarang ini lebih bergaya sesuai dengan trend fesyen terkini yang sedang popular dalam pasaran.


 Ada yang bertali besi, ada yang bertali getah, ada yang rekaan seperti gelang emas. memang menarik dan cantik. warnanya pun banyak pilihan untuk nampak lebih trendy! Jangan lupa untuk melihat Koleksi Jam Tangan ZALORA ye. Macam-macam design adooooo kat sana, semuanya cantik-cantik belaka...!!


zalora malaysia, zalora, review zalora, jam tangan online, jam tangan zalora, jam tangan koleksi terkini

zalora malaysia, zalora, review zalora, jam tangan online, jam tangan zalora, jam tangan koleksi terkini


Manakala yang diatas ini pula dua gaya yang paling popular dalam kalangan lelaki dalam menggayakan jam tangan untuk stail lelaki urban.


Bagaimana? Menarik bukan! Saya pasti stail jam tangan di atas untuk lelaki dan wanita dapat memberikan anda idea untuk menggayakan jam tangan terbaru. Anda juga boleh dapatkan gaya inspirasi daripada stail selebriti kegemaran anda untuk kelihatan lebih bergaya. 

Get inspired from their styles and mix it with to suit with your taste for a revamped look!




Salam Sayang,
Jaakechik.


Bukit Bendera Pulau Pinang

$
0
0




Kami ke Bukit Bendera again! rasanya ni kali ke-3 aku kesana dan bagi En.Yie dan Fikri ni kali ke-2 mereka ke sini. sesaja datang bawak fikri jenjalan. ingat lagi dulu masa pestaim fikri datang sini dia baru umur setahun tiga bulan, masa tu dia baru pandai berjalan je... 

Bila tunjuk gambar masa dia kecik pun, dia kata tu bukan dia, tu Harraz (sepupu dia). so discuss ngan En.Yie apa kata kita bawak dia naik sekali lagi ke Bukit Bendera. biarpun kat sana bukan ada apa-apa yang menarik sangat pun, tapi just for amik gambar wat kenangan after 3 years... hehe..

Opss.. sebelum tu aku nak bagitahu, aku datang bukit bendera ni awal bulan 2 hari tu, selepas abis Kursus Intensif di USM. dah lama dah, sekarang baru rajin nak update. hee!




Fikri  3 years ago... aku cilok pic dari ENTRY INI





En.Yie pun kurus je masa ni...haha..
Cepat betul masa berlalu, sekarang fikri dah 5 tahun, dah sekolah pun!





Duluuuuu tiket dia bebiasa je, sekarang dah canggih. keras macam kad bank gitu. nampak lebih smart! for your information, harga tiket bukit bendera pulau pinang macam kat bawah ni :


Dewasa : RM10.00
Kanak-Kanak : RM5.00
Student : RM5.00 (pastikan tunjuk kad matrik ye)

Harga dah naik sikit, dulu RM8 dewasa, RM4 untuk kanak-kanak dan student. dah naik harga, maybe sebab GST kot. kakaka. 




Jom naik train




Budak penakut naik train, melalakkk tak hengat dunia.. pastu dalam 2-3 minit dah okay dah, belum senyum-senyum dah walaupun masih ada lagi takut-takut. masa kecik duluuuu okay je tak nanges, dah kenapa dah besar nak nangis pulak naik benda ni?





Mula-mula sampai haruslah amik gambar ni. boleh nampak Komtar, Masjid Negeri, dan lain-lain yang aku tak kenal bangunan apa. hahaha. 2 benda tu je aku nampak jelas. muehehe. 




Agaknya kalau aku ada anak 2, gini la gayanya En.Yie bila kemana-mana, sorang belah kiri, sorang belah kanan kan? dan kalau ada anak 3? mungkin yang ketiga tu tengah heret-heret kain aku. mungkin jugak atas dukung aku. hahaha. bestnyaaaaaaaa kalau dapat pregnant again, kan? kan? kan? doa-doakan yer!




Ni antara yang datang Bukit Bendera hari tu. biras aku, adik ipar dan anak sedara. ni semua family belah En.Yie.



mana aciiiii.....aku pun nak interframe jugekkkkkk!




kesian En.Yie, kiri kanan pimpin anak.. hahahahaaaaa...





Kalau gi jenjalan, dia memang boleh diharap untuk pegang anak. sebab dia tak harap anak duk ngan aku, sebab aku kadang-kadang boleh lupa anak, bila ralit berjalan atau tengah syok pilih @ tengok barang... haha.. so, aku tukang snap gambar, dia ler pimpin anak... hiks!




ni jer lah yang ada kat atas ni pun.. meriam lama... 




Pastu try sekali lagi untuk posing ala-ala "sebelum dan selepas". posing dengan gaya yang sama, di tempat yang sama, pada tarikh yang berlainan. tapi tak berapa nak sama pulak gaya ngan hok lama, but boleyyyy laaa... haha... 





ni gambar yang lama.... aku ngan En.Yie kurus melidiiii lagi masa tu..
sekarang dah bambam sikit.




adik ipar aku ngan laki dia




biras aku ngan anak sedara sulung En.Yie




ni pun aku cuba tiru gaya posing "sebelum dan selepas" jugak. pic ni aku snap dekat area astaka bukit bendera. kawasan bertangga tu, 





ni pic lama, posing gaya sama, di tempat yang sama, masa yang berlainan. hihi. cuma bezanya, aku masa ni pakai seluar,yang atas tu aku pakai skirt, so, nak bagi nampak macam aku pakai seluar, aku selitkan skirt aku bagi tak melayutttt ke bawah. haha. 




Seronokkkkkkk ada keluarga husband, biras dan ipar yang baik-baik... memang betul kata orang, dikurniakan kesihatan yang baik, itu adalah rezeki. dapat keluarga mertua, ipar duai yang baik juga rezeki, rezeki bukan datang dalam bentuk duit atau harta benda je, benda-benda yang baik-baik ni pun, dikatakan sebagai rezeki. alhamdulillah syukur sangat, terima kasih Allah! 

Allah dah bagi macam-macam benda yang elok, yang baik-baik pada kita, itu pun masih kita mengeluh, tak bersyukur, asyik nak banding-bandingkan dengan kesenangan dan kemewahan hidup orang lain. sedangkan ada lagi yang lebih teruk dan lagi tidak bernasib baik seperti kita...

Allahuakbar, Muhasabah diri..... insaf rasanya... :(

Bukan apa, kadang-kadang terkenang juga, ada sahabat terdekat kita, keluarga terdekat kita yang gaduh ngan mertua, gaduh ngan biras / ipar duai, saling dengki busuk hati.. aku bersyukur, diorang semua baikkkkk je ngan aku selama ni... 8 tahun kawin ngan En.Yie, belum penah lagi gaduh ngan family dia.. tenkiuuuuu Allah!

Ikutkan hati, nak lagi tulis, luah perasan, tapi kang banjirrrr lak nanti... huhu... aku sayang semuaaaaaaa, sayang mak ayah aku, adik beradik aku, anak sedara aku, sama juga keluarga belah En.Yie, aku sayang semua jugak!




Okay la, takmo emo, takmo sedih-sedih, jom kita happykan diri ngan gambar makanan pulak ye. ada ABC Special, ada cendol ada milkshakes. ermm sodappppp noks! makan sampai kembung perut. haha. 



bergelas-gelas air,





bermangkuk-mangkuk dessert.





laksa sorang semangkuk, licinnnn boliau!





Ni desset yang paling special : RM10 ke RM12 eh? dah lupa...hee!
Yang ni sodapppp... nama dia lupa, sebab main tunjuk-tunjuk gambar je masa nak order tu.




Aku beli dekat KakNor Cafe di Bukit Bendera. menu paling meletops kat sini Mango Ice, but aku tak berpeluang nak cuba sebab KakNor kata mango habis... huhu.. kempunan nak merasa...




Fikri makan ni jer




anak sedara aku buat inai ni kat tangan, RM10 je untuk sebelah tangan




teropong hikmat... hehe...




tiga sepupu... dari kanan, Harraz, Fikri, Fahmi.




Ololoooo... nak jugek posing suweeeetttt muweeeettt.... kah kah!





Sebelah malam, biras aku belanja makan kat Pak Hussin Tomyam pulak, kenyangggg alhamdulillah, ini juga rezekiiiii.... kan?? ada lagi 1 entry Jenjalan Pulau Pinang aku belum cerita kat sini, pic jenjalan ke Teluk Bahang, Batu Feringgi, nenanti lah aku cerita eh... doakan aku rajin menaip... kekeke...



Salam sayang,
Jaakechik.

KONVO PJJ USM

$
0
0

Assalamualaikum

Setelah lama menyepi dari menulis blog akhirnya hari ni aku gagahkan diri untuk menaip. lama gila tak menaip kot! dah 7-8 bulan blog menyepi.. hiks! hari ni aku merajinkan diri ketuk keyboard untuk berkongsi berita gembira dengan kalian semua, beritaaaaaa yang aku dah berjaya GRAD!!! dah tamat pun Pengajian Jarak Jauh aku dengan USM...!!

Jom tengok gambar sekitar hari Konvokesyen USM Ke54 hari tu ;




Aku dan Ana, bestfriend aku nie! #SayangDiaKetat2!!




bersama rakan-rakan



jubah kami warna purple, kalung warna oren



nie semuanya dari pusat wilayah kota bharu ;
Misbah, Aku, Ana, Kakju



posing setelah majlis selesai




Majlis konvo aku berlangsung pada 26 Oktober 2016 (Rabu). course kami  (Sains Kemasyarakatan) jatuh pada sidang 6 yang bermula pada jam 3.00 - 6.00 ptg. disebabkan majlis tu tamat lewat, so tak sempat sangat nak posing lebih-lebih. masing-masing terkejar-kejar masa antara nak bergambar ngn family, kawan-kawan, dan terkejar masa untuk solat.. tak cukup masa...!!

Memang tak sempat sungguh nak borak-borak dan berkumpul dengan kawan-kawan dan family masing-masing. aku juga ada gak rasa terkilan sebab tak sempat nak bergambar dengan family aku.  masing2 kelam kabut nak ke masjid untuk solat. 

Ada gak kawan-kawan yang aku tak sempat bergambar, terkilan rasanya. but aku faham mereka juga perlu melayan family diorang. sama ngan aku, ramai gak yang datang majlis konvo aku (family En.Yie), dan aku dapat 2 bouquet bunga dari mereka.. terharuuu!! cuma terkilan tak sempat nak bergambar dengan mereka semua pada hari konvo... 




Aku, Ana, Wani, Ekin




Disebabkan tak sempat nak bergambar masa hari konvo, kami amik khidmat photographer lak... camerawoman ni actually student fulltime USM, dia caj murah-murah jer as duit poket dia.. so sikit je dulu gambar yg kami dapat dari dia, ni pun dapat thru whatsapp je dulu, that why kualiti tak cun sangat... kelabu sikit, tak sabar nak tunggu yang full editing nanti...





Yeayy seronok gila dapat baling topi... weeehuuu!!!




bergambar ngn my chenta hati a.k.a teman gaduh hahahahaa...




jaakechik dan merah berpisah tiadaaa... :D




MyBFF, Suriana Mohamed




Gambar-gambar kat atas ni pulak, dari phone aku jer nie... tapiiii kan, boleh pulak aku tak perasan aku gi posing kat area longgokan sampah.. haha.. sibuk sangat mencari tempat yang ada pancaran matahari (lighting), tak pasal-pasal terduduk area sampah.. hiks! #SakitPulakHati




Satuuuu, Duaaaa, Tigaa... Balingggg....




Wowwww, tingggiiiiinyaaaa balinggg....hehehehe...




Ni mak ayah aku, masa ni kat Bukit Bendera. gigih tau aku usung jubah dan bunga ni naik atas ni... nasib ringan jer. haha. tak puas hati sebab masa hari konvo takde pic ngan diorang, so kita qada laa... kebetulan lepas photoshoot memang niat nak ke Bukit Bendera so, usung je la jubah and topi tu... 




ni mak mertua aku




asal posing jer tangan cekak pinggang, kaki silang. perasan model letteww!!




dak kecik ni pun nak jugekkkk... haha..




kasi can mak aku pakai jubah konvo,
aku suruh ayah aku pakai malu2 lak dia.. hahah!




 bagi can kat mak mertua aku jugak.. layankan sajaa...




Majlis konvo aku settle juga akhirnya. sungguh tak percaya leh abeskan pengajian nie. bayangkan dengan status aku yang dah berkeluarga, dah bekerja, leh gak abeskan pengajian selama 4 tahun nie... sampai hari ni pun masih lagi tak percaya dengan peluang dan rezeki yang Allah dah bagi nie... Allah bagi gak peluang untuk aku "merasa" alhamdulillah, syukur tak terhinggaaaa...

Okay, bagi sesapa yang teringin nak sambung pengajian lagi tu, teruskan lah niat kalian. masih sempat lagi... ramai lagi yang lebih evergreen yang buat PJJ ni okay. umur 40 ke atas ada, umur 50 keatas pun ade.. jangan malu-malu, kalau pikirkan malu, sampai ke sudah laaa tak sambung... 

Oklah. aku stop kat sini dulu. lain kali aku menulis lagi ya. doakan aku rajin menulis!



Regards,
Jaakechik.



Percutian Lebih Jimat Dengan TRAVELOKA

$
0
0

booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA

Alhamdulillah dah sebulan aku Konvo di USM. since dah graduate ni, dalam kepala aku rasa nak rehaaaaaaaaaaat jer, rasa nak flyyyyyyy jauh-jauh tenangkan fikiran dan nak lariii dari dunia kerja. seriously i need vacation as rewards for diri sendiri!!

But sebelum tu kena tengok bajet jugalah. nak bercuti ni, kata dedekat pun, kena ada duit. kannn? kena bajet dan berjimat selagi boleh. nak yang terbaik, nak yang ohsem, but dalam masa yang sama nak yang murahhhh jugak. so bincang-bincang dengan En.Yie dia kata pergi dekat-dekat je udah. leh save bajet. ermmm ke Tok Aman Balikah kitaaa???

So marilah kita survey dalam internet, agen atau website mana yang boleh tawarkan harga yang lebih murah untuk stay di Tok Aman Bali Beach Resort... makanya, aku terjumpa satu website yang sangat menarik, yang menjanjikan harga yang super murah;


BOOKING HOTEL DENGAN TRAVELOKA


booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA
TRAVELOKA : https://www.traveloka.com/en-my

Dalam banyak-banyak pencarian, TRAVELOKA menawarkan harga paling cun. hanya RM150.47 per night uolls. murah gilaaa! aku try survey melalui website Tok Aman Bali sendiri pun mahal kot. RM200++ per night. kalau tak caya, korang boleh check sekarang.. 

Bukan saja murah, malah proses nak search  Hotel at Traveloka   ni pun semudah ABC. just masukkan destinasi atau nama hotel, jumlah berapa hari nak stay, then tekan button search.. then pilih je mana-mana bilik yang berkenan and wat payment.. 

Bagi korang yang takde kad kredit jangan risau. korang boleh buat payment dengan service online banking seperti Maybank2u, CIMBCliks, RHBNow dan lain-lain lagi. asalkan dalam akaun korang ada RM yang cukup! 


Dan katalah korang nak ke PD contohnya, dan korang tak tahu hotel mana yang best, korang boleh taip aje "Port Dickson", lepas tu akan keluar list
 hotel dengan tawaran harga yang pelbagai. ada yang bawah RM100, ada yang RM200-300++. depends on bajet korang lah, samada nak yang mahal atau yang murah.

Sebagai platform pencarian tiket penerbangan dan hotel yang paling best, Website Traveloka Malaysia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang memudahkan pengguna. bukan tu je, search result juga boleh disusun mengikut apa yang korang nak. sebagai contoh, mengikut review ke, mengikut harga bilik ke atau mengikut bintang hotel. 

BOOKING FLIGHT DENGAN TRAVELOKA
booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA


Bukan setakat hotel, nak booking tiket flight pon boleh dengan Traveloka ni. complete solutions sangat bila dapat book flight tickets and hotels at the same time with great savings. thats why aku kata, Percutian Menjadi Jadi Lebih Mudah dengan Traveloka. hanya 4 langkah mudah saja untuk booking tiket flight dengan Traveloka :

               1. Pilih Flight Destination
               2. Pilih Date of Flight
               3. Masukkan jumlah passengger 
               4. Kemudian tekan "Search Flight"

Kemudian akan terpapar beberapa pilihan harga yang berbeza, syarikat penerbangan yang berbeza pada tarikh yang sama. traveloka dah tolong kita bandingkan harga. so kita just pilih aje yang mana sesuai dengan bajet kita, refer pic dibawah;

booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA



Kat atas ni im looking for flight ticket online Kuala Lumpur > Penang (28 Dis 2016). bersusun haaa keluar. ada macam-macam rate harga. nak pilih flight Air Asia ke, Malindo ke, FireFly ke, MAS ke, semuaaaanya boleh.. traveloka dah bandingkan harga siap-siap untuk kita.. tak perlu lagi kita nak buka web Air Asia, Firefly, Malindo or MAS secara berasingan untuk compare harga. 

PROMO TRAVELOKA (DISCOUNT CODE)


booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA

Yang paling best lagi Traveloka ni selalu ada Promo! adaaaa je diskaun penjimatan for customer. diskaun kaw-kaw daripada Traveloka ni memang ohsem sangat.. harga asal dah murahhh, pastu ditambah pulak diskaun, siapa tak happy oii??

Layari : https://www.traveloka.com/en-my/promotion

Contoh kata aku amik flight Air Asia yang harga RM69.27, jika aku masukkan Coupon Code: FUNFLIGHT, aku akan dapat 20% diskaun. RM69.27 ditolak diskaun 20%, aku perlu bayar RM55.42 aje, refer pic dibawah ;

TRAVELOKA JAAKECHIK


Okay ulang sekali lagi, after diskaun aku perlu bayar RM55.42 sahaja uolls. ni dah termasuk Tax, GST bagai nie. traveloka will show you honest price. what you see is what you pay. no hiddens fee. memang best book hotel dan flight melalui Traveloka nie.  eh korang pun try lah yer. recommended sangat!


Dan if nak booking hotel/bilik, boleh guna Coupon Code: FUNSTAY, kita akan dapat diskaun sebanyak 30%. so RM150.47 tu, after discount just bayar RM105.33 sahaja! now aku dah pun selesai booking bilik di Tok Aman Bali. kat atas tu haa resitnya. aku siap attach resit lagi, risau kot ada yang tak percaya. tapiiii 2H1M je pung! but okay laa dari non hadooo. kannn?? bajet i ciput. *SyukurSelalu*

Image result for jaakechik tambun

Actually bercuti ni perlu untuk release tension dan untuk rapatkan hubungan dgn pasangan jugak. tido di hotel ni bestttt, feeeeling honeymoon gituuu!! "bersejuk-sejuk" di hotel seronok jugakkk.. asyik kat rumah jer, sesekali kita tukar tempat!! baru enjoyyy, barulah energy menjadi luar biasaaaaa sikit. *Gediksss!!*

Ada baaaanyak Traveloka hotel yang tengah promo nie. so, for those yang sedang merancang nak bercuti, jangan lupa guna khidmat Traveloka untuk booking flight dan hotel yer. kalau boleh BOOK SEKARANG, dan guna Code FUNFLIGHT (untuk potongan 30% tiket flight) dan Code FUNSTAY (untuk potongan 20% harga hotel/bilik). promosi ni bermula 22-28 November 2016.


For more info, please visit : https://www.traveloka.com/en-my



Regards,
Jaakechik.

Ada CYST Dalam Perut

$
0
0
Assalamualaikum

Rasanya dah banyak kali aku cakap yang aku nak pregnant, nak pregnant, nak pregnant, kannn? tapi hingga ke hari ni masih belum ada rezeki lagi nak mengandung.. since fikri dah besar ni, rasa nakkkkk sangat ada baby... rindu nak ada newborn...

2 minggu saja lagi nak masuk tahun 2017. maknanya masa tu fikri dah masuk 6 tahun, besar sangat dah tu, tapi adiknya belum hadooo... tiap-tiap bulan kalau period datang, terus rasa hampa, kalau period lambat pulak, terus terpikir, eh aku pregnant ke? kuikuikui.

Tapi bulan ni macam delayyy je period aku ni, bulan lepas dia datang 16 Nov, so untuk bulan ni sepatutnya dia kena datang around 13-15 Dis (awal 2-3 hari dari tarikh bulan lepas). kalau esok dan lusa belum ado, nak try buat UPT lah.. sebab esok dah 17 Dis kot.. haha... 


Dalam istilah perubatan, usaha dan proses untuk mendapatkan anak dipanggil TTC - Trying To Conceive (wahhh skemaaanya). memang kalau refer pada doctor atau nurse, memang diorang guna istilah TTC ni untuk sesapa yang sedang berusaha untuk pregnant.

Antara usaha yang aku dah buat ialah, aku pernah pergi berurut 29 Sept lepas, aku telan Acid Folic jugak (not everyday). aku beli yang Brand Shaklee. ada juga aku terbaca usaha dan pengalaman orang lain yang sedang TTC, diorang pergi jumpa Pakar O&G dan lain-lain. ada yang makan Clomid, ada yang makan itu, makan ini, beli produk tu, produk ni, Biodex la, Yusuf Zulaikha la, macam-macam laa, but aku belum try segala produk tuh.


21 APRIL 2010 (Endometriosis)


FYI, aku ada sejarah dengan Gynae, 21 April 2010 dulu aku penah operate di perut disebabkan Penyakit Endometriosis (Laparoscopy + Czer). nak baca kisah lama aku tentang Operate Endometriosis ni korang boleh BACA KAT SINI. panjang lebar dah aku cerita kat sana. korang boleh godek-godek dan baca balik yer.

Image result for kencing guna tiub

Ikut doctor yang pernah operate aku 6 tahun dulu, dia kata belum buang habis lagi Endometriosis dalam perut aku tuu. masih baaaanyak lagi yang bersaiz kecik-kecik kat dalam tu katanya. tisu endo tu menempel di Ovari, Tiub Fallopio, Dinding Rahim, huuu!

So, Ogos lepas aku rasa tergerak hati nak ke Klinik O&G (Obstetrik & Ginekologi) untuk follow up penyakit lama aku ni. saja nak check samada benda tu ada lagi ke tidak, atau mungkin dah hilang dengan sendirinya (mana laa tahuuu, kannn??). doctor juga ada cakap, endometriosis antara salah satu penyebab aku lambat dapat anak. thats why aku nak check balik. sebab dah lama aku tak preggy ni.


07 OGOS 2016 (Follow Up)


7 Ogos 2016, aku gi Klinik Pesakit Luar HRPZ11, masa jumpa doktor aku citer masalah aku dan aku minta doctor buatkan aku surat rujukan untuk ke O&G. tanpa surat rujukan doktor, O&G takkan layan kita. ada surat refer, baru boleh buat appointment bersama Doktor Pakar.

6 tahun berlalu, baru sekarang terasa nak follow up balik dengan O&G. tapi sayang masa aku pergi O&G dia kata rekod lama aku dah lupus, takde dalam simpanan bilik rekod O&G sebab dah lebih dari 4 tahun. so nurse bagi aku tarikh appointment pada 7 Disember 2016 untuk jumpa doktor untuk check balik condition aku.

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Tuuu diaaaa, tarikh appoinment yg diberi 4 bulan kemudiaan (7 Dis)!! huhuuuu, sabor je laa, hospital gomen kan, memang gitteww. nak cepat sila ke hospital swasta, but ko mampu ke nak bayar...?? kalau tak mampu jangan banyak bunyik.. ekeke... cer tengok apa yang doctor tu tulis,.. pitam nak baca kan? hahahahaaaa


07 Disember 2016 


cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

07 Disember 2016, aku pergi laa ke O&G, setelah 2 jam lebih menunggu, akhirnya turn aku dipanggil untuk jumpa Doctor. aku pun terangkan pada doctor, apa masalah aku, kenapa aku datang O&G, kenapa aku nak follow up penyakit lama, bla bla blaaa....

Lepas tu, doktor suruh aku ke Bilik Scan untuk scan keadaan perut aku. masa scan dia tak nampak pun kewujudan Endometriosis katanya. masa doctor Scan tu, doktor kata dia ada nampak "something yang pelik". aku tanya laaa,  "apaaaaa??"dia kata "Nampak macam ada CYST".

Aku cakap "Eh saya takde Cyst, saya ada Endometriosis aje" doctor tu cakap, saya tak nampak Endometriosis kat sini, kalau Cyst memang ada nieeee (refer gambar dibawah).

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Dia pun amik ukuran Cyst aku, katanya 2cm. terkedu sekejap aku! doctor pun print hasil scan tu dan suruh aku masuk bilik doctor yang rawat aku tadi.

Doctor terangkan kat aku, "Ye ni memang Cyst, bukan Endometriosis". dia cakap Endometriosis susah dilihat dengan sekadar scan biasa begini, bila buat laparoscopy baru betul-betul boleh nampak endo tu.

Cyst ni kiranya penyakit baru la pulaaaa ni. huhu. dulu Endometriosis, sekarang Cyst pulak, adoiii.. tapi doktor cakap jangan risau sebab Cyst ni 2cm aje, kecikkkk aje..

Kemudian doktor suruh aku buat Ujian Darah. katanya ujian darah tu penting untuk tengok keadaan aku, kesuburan aku, dan bermacam lagi. dia kata after 3 months baru keputusan ujian darah tu keluar, so baru doctor boleh buat keputusan apa step seterusnya,

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Allah uji hambaNya dengan macam-macam kan? ada yang diuji dengan kesempitan hidup hingga nak makan pun susah, ada yang diuji dengan tiada anak langsung hingga disindir dan diperli orang sebagai mandul, ada orang diuji dengan khianat dengki orang hingga terkena sihir/ilmu hitam.  ada yang diuji dengan penyakit kronik dan kritikal seperti Kanser, dll. banyak cara Allah duga kan?  (aku ni kiranya ujian kecikkkk je ni) dia duga kita sebab nak tengok kita ni sabar ke tidak? maki hamun ke tidak? boleh tahan ke tidak? betul takkk??

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Apa yang berlaku kat aku ni, aku anggap 1 dugaan kecik je untuk aku. dugaan orang lain lagi teruk kot. so untuk dugaan ini aku takde pulak rasa nak bersedih-sedih ataupun takut. aku jadi kuat begini, boleh jadi juga disebabkan aku pernah diuji dulu dengan Endometriosis (orang kata, pengalaman lepas buat kita lebih kuat).

Related image

Dulu, perut aku pernah ditebuk (Laparoscopy), penah juga perut aku dibelah besar (Czer), macam dalam gambar kat atas tuuu.. maybe sebab tu aku macam "kebal" sikit sekarang ni. masa doktor bagitahu dalam perut aku ada Cyst, aku langsung tak menangis oke, hanya terkejut saja. masa tu just fikir, dengan ujian ini maybe allah nak cuci dosa-dosa kecil aku (harapnya begituuu).


Hati kena selalu sadooooo, bukan untuk hari ini jeee. tapi untuk setiap hari. ada ketika Allah bagi kita happy, ada masa Allah bagi kita sedih, terluka, tika itu bersabarlaaaaa... jangan cepat melatah, jangan menuduh Allah selalu kejam pada kita. sabar itu pahit, tapi hasilnya InshaALLAH manis. 

Selagi boleh sabar, sabarlahh.. selagi boleh diam, diamlahhh... selagi boleh tahan, tahanlahhh.. Allah tahu apa yang kita rasa, ini dugaan dari DIA untuk menguji kita. moga terdapat hikmah yang lebih manis dan indah dikemudian hari. #Husnozon #PujukHati 



Salam Sayang,
Jaakechik


Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :
jaakechik@yahoo.com atau inbox di www.facebook.com/jaakechik

Pregnant Anak Kedua

$
0
0

Assalamualaikum


Lamanyaaaaaaa tak menyembang kat sini. untuk tahun ini, 1 entry pun belum ada lagi. kali ni mood menulis blog memang betul-betul menjauhhh. jauhhh sangat pergi hingga sesat tak jumpa jalan balik. readers pun tanya, kenapa blog tadek citer baru? En.yie pun sibukk je dia duk tanya kenapa dah tak tulis blog. eh suka eh awak skodeng blog ittew....? 😆

Kali ni nak ada good news yang aku nak share kat sini. im pregnant uolls. yes, seriyesly memang betul aku peknen. dah bersalin pun. haha. tengoklah, lama tak lama tak update blog sampai dah bersalin, dah habis pantang, aku baru nak citer kat sini. hahah. actually aku sendiri macam tak percaya juga. dah lama aku teringin nak pregnant kan, kali ni Allah bagi jugaaa Alhamdulillah... syukur sangat..





Happy gilaaaaa rasanya. syukur pada Allah Taala, dia bagi tepat pada masanya. ye la aku baru lepas habis belajar kan (PJJ USM), aku Konvo bulan 10, bulan 12 dah sah preggy. memang syok betul. dah la last entry yang aku tulis (Disember tahun lepas) aku ada cakap yang aku ada Cyst kan. tup tup esoknya aku try wat UPT, positif pula resultnya.

Masa tengok UPT tu positif, aku tak nangis pun.. tapiiii perasaan aku masa tu rasa macam nak lompat bintang wehh.. hahaha... rasa macam nak jerit kuat-kuat "Yeayyy...aku mengandunggg!" tapi idok la aku gilaaa nak wat gitu. melampau sangat tu. lagipun aku buat UPT tu kat ofis, senyap-senyap gi tandas check. berdebar-debar  je dada aku masa tu..




Actually aku tahu aku pregnant ni after 10 hari selepas Doc sahkan aku ada Cyst (yang aku bulatkan tu). masa tu aku tak tahu pulak time tu aku dah mengandung. sebab bulan lepas (Nov) elok jer period datang. pastu aku takde rasa apa-apa tanda atau perubahan yang pelik pun. 

Sampaiiiii la aku duk ternanti-nanti aku punya period untuk Disember, kenapaaaa la tak kunjung tiba... tungguuuuu la aku sampai 15hb tak datang jugak, 16hb pun takde tanda-tanda nak period jugak. biasanya 1-2 hari sebelum period dah boleh rasa dah sakit-sakit belakang, sakit perut, lenguh-lenguh betis, tapi kali ni takkkk... 

Pagi 17hb masa otw ke ofis, terus aku beli Pregnant Test. hajat dihati sampai ofis nak terus check, tapi tak terasa nak kencing pulak.. so aku makan nasi sebungkus, minum air tea o beng segala, siap makan terus masuk toilet dan buat UPT, alhamdulillah naik 2 line uolls! cepat-cepat up status ke FB. haha!






Seriously macam tak percaya pun ada. tetiba jadi sebak, orang first aku wassap ialah En.Yie, kedua Ofismate aku Ana, wassap juga ke group family aku dan family En.Yie. amboiii kemain lajuuuu supsap supsap wassap masuk... berebut rebut duk ucap tahniah... 

Then apa lagi terus post dalam FB, berduyunnnnn ucapan tahniah... tak henti-henti notifications masuk.. aku yang mengandung korang pulak yang eksaited ekkk? hahaha.. btw tenkiuuuu terima kasih uolls...!! i lebiu moreeee laaahhhh!!

Ada yang cakap, entah-entah yang O&G kata Cyst tu sebenarnya kantung janin tak?? tapi aku rasa, tidakkk. sebabnya masa Doc scan, dia kata Cyst tu duk belah kanan. kalau janin mesti dia duk tengah-tengah kan. ni dia duk di belah kanan. lagipun kalau janin, mesti ada kantung dua. ni tak nampak pun kantung masa scan Cyst tu.

Citer pasal Cyst ni, ramaaiiiiii Friends aku di FB yang ada Cyst rupanya. ada yang kecik, ada yang besar. ada yang hilang sendiri, ada yang dah operate, ada yang 8cm tapi belum operate, ada yang dah 2 kali operate... huwaaa seram i baca komen-komen uolls. but okay la, boleh tambah knowledges, ramai kot yang bagi tips camana nak hilangkan / kecutkan cyst. korang kalau nak tengok leh tengok DISINI yer.





Okay stop citer pasal cyst. aku nak sambung bab alahan time preggy pulak. masa pregnantkan fikri dulu pun aku ada alahan gak., tapi tak seteruk yang ini. kali ni aku punya alahan hingga badan jadi lemah gilaaaa, alwez muntah, hingga warded. 6 botol air masuk ke badan aku. berat badan aku drop 7 kilo. huhu. bila kandungan dah masuk 4 bulan lebih alahan takde lagi dah. puasa pun aku boleh tahan. sehari je aku terpaksa bukak puasa sebab tak larat sangat. 

Persiapan barangan untuk baby baru ni tak banyak sangat aku beli. just tambah-tambah sikit je banyak guna barang Fikri masa kecik dulu. masih molek lagi tersimpan dalam gobok. buai letrik, stroller, car seat, walker, segala maknek bagai tu pakai yang lama jek. masih elok lagi. tinggal cuci dan lap-lap habuk je la. 




Kalau Fikri dulu, aku bersalin di Hospital Besar Kota Bharu (HRPZ11). untuk kali ni pulak aku bersalin di Hospital Tumpat aje, dimana hospital yang sama aku dilahirkan. mak aku lahirkan aku di hospital ni. thats why aku nak lahirkan anak kedua aku kat sini jugak. ada sentimental value orang kata. ekeke. 

Ramai yang suka bersalin di Hospital Swasta kan, katanya lebih selesa, layanan first kelas. but aku takdenya nak ke swasta. hospital gomen je udah. ikut kemampuan poket sendiri. tak mampu nak membayor bil swasta yang beriban tu. hospital gomen je mampu, tunjuk GL je, 1sen pun tak kena bayar. hehe. 






Inilah dia anak kedua aku, Muhammad Haris Firman namanya. maksud namanya pun indah.. semoga jadi anak yang soleh ye anakku. gambar atas ni gambar hari pertama Firman dilahirkan. ramai cakap nampak macam muka aku. betul ke? hiks. 

Pengalaman bersalinkan Firman tak jauh beza dengan Fikri. lebih kurang sama saja. aku lahirkan Fikri masa 40W1D, Firman pulak 40W1D gak. dua2 lebih 1hari dari due date bersalin. fikri lahir jam 1.27am, firman pulak 3.15am, dua2 pagi. takjauh beza. 

Sakit contraction pun tak lama sangat. time nak push keluar tu aje yang bermasalah sikit. always kehabisan tenaga dan tak cukup nafas. keluar masuk keluar masuk je kepala anak. huhu. sakit bersalin ni memang sakit sungguh. tak tahu nak cakap cemana but alhamdulillah takde istilah serik lagi untuk aku. hehe. 





Dua kali bersalin, dua kali gak laa En.Yie teman aku di labour room. dia laa orang yang paling bising suh aku teran. bila dah  nampak kepala anak, makin kalut dia "Teran jaa, teran cepat. kepala anak dah nampak tu, anak dah nak keluar, jangan berhenti teran, teran jaa, teran lagi, lagiii, lagiiii, sikit je lagiiiiii" kau boleh bayang tak muka kalut dia?? pastu bila aku dan tak mampu nak teran, gini pulak dia cakap "Allah masuk balik kepala anak. bakpo jaa berhenti teran? teran lah lama sikit. tahan nafas tuuu... anak sikitttt je lagi nak keluar" aku rasa nak tutup mulut dia. haha. 

Pastu nurse suruh amik tisu, basahkan dan lap-lap muka aku, dia pun ikut je arahan, lepas muka kena lap aku rasa macam freshhhh sikit. then sambung teran balik, tengah aku duk teran, dia pun sibuk ngelap muka tak henti2 sambil mulut suruh aku push, eh eh tetiba aku rasa geram nak cakap"diam sikit boleh tak?" tapi aku tak cakap pun. hahahaha. 

Bila anak dah selamat keluar, apa lagi nangessss je la kerja laki aku. always begituuuu... hahaha.. masa fikri lahir pon gitu gak dia. beriaa nangis, gembira campur sedih la tuuu anak dia dah lahir ke dunia. hehe. badan je sado, tapi dalam hati ada taman uolls. hati tisu jugak rupanya dia. kah kah kah.





Kali ni aku berpantang sendiri aje di rumah sewa. saja nak belajar berdikari sendiri. bukan eksyen taknak duduk ngan orang tua ke apa but aku lebih kepada tak nak menyusahkan mereka aje. dua minggu pertama kerja-kerja rumah banyak En.Yie yang buat. dari tanak nasi, bakar ikan, cuci pinggan, jemur baju, lipat baju, gosok baju sekolah anak, kemas rumah dia la buatkan. tapi masa tu je laaaaa. lepas dah  2minggu pinggan dia sebijik pon memang liat nak basuh. melampau sgt. grrrr..

Masa bersalinkan fikri dulu, aku berpantang di rumah mertua aku. but tak lama, 7 hari je. hari ke 8 aku balik berpantang di rumah sewa sendiri. tukang urut area sini pun mudah nak dapat. so tak risau sangat laa berurut tungku bagai.




Gambar kenangan sepanjang dalam pantang. hihi. 



Fikri sayang betul ngan adik dia. but kalau aku ngan En.Yie gomol adik dia,ada jugak laa perasaan jealous dia datang. mula la merajuk cakap aku tak sayang dia. mama sayang semuaaaa lah. dua dua anak mama kan, takkan tak sayang. ye dak?

Mama doakan anak-anak mama membesar dengan sihat. jadi anak soleh. anak yang tahu hormat dan sayang ibubapa. semoga bila besar nanti jadi orang yang berguna dan berjasa kepada semua orang. semoga anak-anak mama dilindungi allah taala dan semoga sentiasa bahagia dan berjaya di dunia mahupun akhirat. semoga kita semua berada dalam suasana keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. amin amin ya rabbal alamin. sama-sama kita doakan.





Now saat aku taip entry ni,aku dah membilang hari untuk masuk kerja semula..  3 bulan aku amek cuti, tinggal 3 minggu saja lagi masa utk aku berlama-lama dengan anak. tak lama lagi duduk dengan pengasuh dah dia. pagi hantar,petang amik. gitu laahari-hari. huhu. sedihnyaaa lahaiii. aku akan tinggalkan frman dengan pengasuh sama yang jaga fikri. alhamdulillah dia seorang pengasuh yang baik. dah macam anak sendiri. aku ni pun dia layan macam anak dia jugak. baik betul dia.



 


Ehhhh panjang nau nau aku bercerita ni. dah berjela-jela dah ni. jari aku pon lenguh dah ni duk ketuk keybod. berejam nak siapkan satu entry, kejap anak nanges nak susu,kejap kejap nanges... hahaha...nanti aku citer lagi okay... banyak benda nak share, tapi mood blogging menjauhhh... nanti aku update lagi yer... doakan aku rajin menulis... hehe...



Regards,
Jaakechik



Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :
jaakechik@yahoo.com atau inbox di www.facebook.com/jaakechik

Sembang Kosong

$
0
0

Assalamualaikum

Ehemmm.. blog aku ada readers lagi ke nieeee? hikhik. lama nau nau blog aku menyepi. mood blogging menghilang. hari ni aku seru mood tu biar datang balik. rinduuuu sungguh nak menaip. last entry bulan Oktober 2017 kot. ni dah Ogos 2018. lamaaa gilaaa tak update blog. ada yang rindu i tak?? kalau rindu jangan lupa follow FB i, kat situ i aktif jurr..




Nahhh i belanja sikit gambar terbaru. hehe. sebenarnya, ada berita baik juga nak share. im pregnant again. yes, again! sila terkejut. sebab aku sendiri pun masih terkejut dengan diri sendiri. hahah. kalau dulu susah je rasa nak "lekat" sekarang terlajak mudah pula. jarak yang betul-betul dekat. Firman umur 7 bulan aku dah mula pregnant anak ke3. terus kena bebel ngan nurse. padan muka aku. haha. 



Ni gambar masa Firman dalam 5 bulan kot. eh ye ke? aku dah lupa lah. setakat ni dedua anak aku lelaki. hope kali ni aku bakal dapat anak perempuan lah pulak. teringin nak ada anak perempuan. moga-moga Allah perkenankan, aamiinnn. now dah 4 bulan aku pregnant. masa 15weeks aku gi buat buku pink, Doctor cakap due date aku 01.01.2019. (berdasarkan tarikh 1st day my last period, 28.03.2018). 

Tapi last week masa aku gi klinik untuk monthly check up, nurse cakap perut aku besar. dia tulis dalam buku pink tu "Uterus bigger than date, refer MO for RME", dia suh jumpa doctor untuk scan. bila scan, doctor cakap kena tukar date baru iaitu 23.12.2018. apa-apa je la doctor, i follow jeee. lagipun kalau ikut yang lepas-lepas, aku bersalin memang ngam ngam soi dengan due scan. dedua 40W1D.

Dulu bila Allah lambat bagi rezki anak, aku bisingg, sekarang ambekkkaw, tahun lepas beranak, tahun ni pun beranak lagi... muaahahahahaaa... walau apapun aku terima rezki ini, akan ku jaga amanah ini, terima kasih ya Allah, moga Kau permudahkan segalanyaaa... aamiinnn3... 




Pregnant kali ni aku tak alahan kuat sangat. bila masuk 3 bulan lebih dah takde alahan. dalam 2 bulan je aku alahan. itupun tak seteruk macam mengandungkan Firman dulu. kalu dulu siap kena warded. 

Cuma aku perasan sekarang ni memang badan aku cepat letih. selalu nak tidoooo je manjanggg. buat kerja sikit cepat penat, cepat lenguh pinggang, harap-harap tak menurun ke perangai anak dalam perut. hihi. 




Ni gambar raya puasa hari tu. bertema merah pilihan En.Yie. kalau dulu-dulu aku je menang dalam buat pilihan tema raya. tapi sejak dua menjak ni, banyak dia pulak yang buat pilihan. pilihan aku ditolak mentah-mentah. nyampah i! kalau tengok pic atas tu macam tak complete kan bila takde anak perempuan? haraaapppp sangat kali ni aku dapat baby girl. nak jugak ada geng. mesti best!




Tepek pic gedik seketul. jangan muntah hijau naaa. hihi. sekarang ni takleh nak tunjuk sangat pic mesra ngan laki kan. sekarang ni musim vavi menyondol kebun orang. kita kemain jaga kasi segar, kasi subur, kasi encem, vavi sesenang je datang sondol. vavi spesis Husna & Izreen tu memang ramai jek. but i tak kisah, aku pegang 1 jer, kalau laki kita tak melayan takkan jadi juga. ye dak? 

Kalau laki kita pun sama naik melayan, apa nak buat? nak larang pun tak guna. bila dia dah mabuk dengan yang baru, kita cool aje, jangan mengamuk macam orang gila.. juz biarkannn... biarkan mereka bersamaaaaa... just follow the flow... and than kita undur diri slow-slow.... kita bebaskan diri kita, fly fly fly and move on "cari orang baru" jugak... hahahahahaaaa (baca dek laki mampus aku) kah kahhhh... 




Dalam berita gembira aku pregnant again, ada juga berita sedih sebenarnya.. officemate aku (Suriana) dah pindah kerja di tempat lain. dia antara BFF yang aku paling rapat selepas aku dah kawin ni. 9 tahun kerja satu pejabat. banyak kenangan tercipta. banyak memori terpahat. 




Once surat kelulusan pertukaran dia sampai ke pengetahuan aku, aku nangessss tak henti. airmata tak henti mengalir. masa tu aku kat rumah. aku offday. menangis aku sorang-sorang. tak penah rasanya aku nangis beria begini disebabkan seorang sahabat. rasa sedih tu datang bukan dibuat-buat. terasa kehilangan sangat.  




Now dah 3 bulan dia pindah Pasir Puteh, tinggallah aku satu-satunya bunga layu kat pejabat ni. yang lain semuanya laki. gila tak sedih. kalau dulu kemana-mana berdua je ngan dia, now tidak lagi. sunyi je aku kat ofis ni takde geng nak membawang. huhu.







Ni moments last day dia kat sini. sedih takleh nak ceritaaa. rasa nak nangis semahunyaaaa. but i cuba control. tak boleh sedih sangat. sebab aku tahu dia hepy. hepy dapat penuhi permintaan bonda untuk duduk bersama di kampung. dah lama kot dia nak pindah kesana, niat hati nak jaga bonda. so ini berita gembira untuk dia. aku tak boleh spoiledkan mood. thats why aku banyak senyumkan diri. aku juga tumpang hepy. walaupun rasa sedih lebih menggunung dalam diri. 




Kelmarin 10 ogos, birthday dia. doaku, semoga Allah melindungi mu selalu sahabatku. ternyata kamu BFF paling terbaik dan paling akrab yang pernah aku ada. ada yang kata aku ni macam meroyan hilang 1 sahabat, gila bayang dah macam gila talak. biarlaa orang nak kata apa. engkau tak duduk di tempat aku. engkau tak rasa apa yang aku rasa. bila kita ikhlas berkawan, memang rasa sendu tu selalu je datang tanpa diundang. rasa rindu tu selalu je ada, tambah lagi facebook selalu je reminder moments2 lama, gambar2 lama, laju je airmataaa ni jatuh. payah nak move on. 9 tahun satu pejabat, lamaaa kot. huhu.




Emm..dah la bercakap benda-benda sedih. meh kita beralih ke mood happy pulak. ni antara gambar kami 4 beranak yang paling latest. masa ni kami ke Pesta Wau Antarabangsa di Pantai Geting. masa ni 3 ogos 2018. ramai gila orang, jem berjam-jam nak sampai sana. stress kitorang dalam kereta. laluan shortcut pun jem. disebabkan kuasa viral FB la ni. ramai netizen yang menyerbu datang. 





Itu je la yang ada pun. kitorang duduk sini lebih kurang sejam kot. saja datang bawak anak berjalan tengok-tengok wau. tapi rasa macam tak berbaloi dengan jem yang gila vavi tuu. kalau hari biasa dalam 15 minit je kot nak gi sana. hari tu masa pergi 1jam lebih, masa nak gerak balik rumah 2jam lebih sangkut jem. sakit pulak hati. menyesal datang. hahah.




Best betul ambik gambar guna kamera En.Yie ni, plolesss je nampak muka. muahaha. penangan Huawei. terus jadik omey omey. terus putih melepak. hahahaaa. 




Nak share juga ni, 2 hari lagi birthday pertama Firman (13.08.2018). tengah terfikir-fikir ni, nak beli hadiah apa untuk dia. birthday party memang tak buat, bagi kami celebrate dengan keluar makan dan beli hadiah itu pun dah kira cukup. celebrate kecik-kecik je. 

Pejam celik, pejam celik, sekejap jer masa berlalu. tup tup dah nak setahun umur dia. setakat hari ni dia baru boleh berjalan 3-7 langkah je. belum boleh berjalan laju lagi. gigi atas ada 3, gigi bawah dah ada 4. kerja dia gigit orang je skang ni. bahu aku selalu jadi tempat dia lepas geram. tengah kita suap makan pun menyempat dia gigit jari kita. hahah. 




Fikri pulak tahun ni dah darjah 1. bila dah ada adik ni, perangai manja dia dah slow-slow berubah. dia pun dah boleh diharap untuk tengok-tengok adik dia bila aku kat dapur atau ke bilik air. pandai layan adik dia main. walau kadang-kadang ada juga dia marah-marah dan pukul adik dia. adik dia suka nau nau kacau barang-barang dia. suka ganggu dia. sebab tu dia marah. 

Bercakap pasal fikri, dia dah pandai membaca dengan lancar. suruhlah dia baca apa saja, laju aje dia baca. berkat abah dia duk ajar baca buku "Bacalah Anakku" memang bagus buku tu. highly recommended untuk semua parents. result exam dia pun setakat ni alhamdulillah. semakin bagus dan okay. walaupun dalam kelas dia sedikit "aktif & nakal". 




Okaylah itu saja yang aku nak share untuk entry kali ni. kalau nak ikutkan gambar yang ada dalam fon nie, memang banyak benda yang aku nak sharing, banyak cerita yang aku nak blogkan sebagai kenangan. tapi tu lah, nenantilah aku share lagi yer. doakan aku rajin menulis. kita jumpa lagi di next entry oke, babai!


With Love,
Jaakechik.

Happy 10th Wedding Anniversary

$
0
0
Assalamualaikum




Alhamdulillah dah 10 tahun perkahwinan kami.. sepanjang 10 tahun ni macam-macam dah terjadi, macam-macam yang dah berlaku, yang manis, pahit, masin, masam masam manis, tiga rasa, sweet sour, semuaaa dah penah rasa... perang dingin, perang sedara, perang halilintar, perang dunia ke2 ke3 semua adaaa sepanjang 10 thun ni... hehe... 




Tipu kalau kata sepanjang 10 thun ni tak pernah ada perang kan... apapun marilah kita tempuhinya bersama... marilah kita husnuzon atas segala yang berlaku, atas segala perancanganNya. gaduh baik, gaduh baik, itu biasa. asam garam dalam rumahtangga. cuma tak molek amalkan selalu, jangan sampai spesis Husna dapat menghidu! selagi benda tu boleh setel kita settle, takleh settle kita sambung perang... ehh... hahahahaaa

Mengimbau kembali perkenalan antara aku ngan dia, agak tak dijangka sebenarnya. dah setahun dia "ada" tapi aku langsung tak sedar wujudnya dia "disitu". tak sedar dalam diam dia aku ada secret admirer. dah lama dia perhatikan aku rupanya. sejak aku masih tingkatan 5 katanya. dia sempat tengok aku ber-uniform sekolah. aku pulak boleh tak sedar ada someone duk perhatikan aku. 

Dah habis SPM baru aku sedar semua tu. haha. gila betul. tapi tak aci, dia guna taktik kotor "konon tersalah nombor"untuk bercakap dengan aku. dia curi nombor fon aku dari someone. eh takde tektik lain ke hah?? salah nombor konon!!




First time call, dia buat-buat tanya aku ni sapa, lelaki ke perempuan, duk kat mana, bla bla bla. padahal dia memang dah tahu aku sapa. entah dah berapa kali agaknya dia ngorat perempuan lain guna tektik yang sama. huh. cubalah bagi ayat yang hebat-hebat sikit tak boleh ke. OMG, takleh blah betul teknik ngorat dia masa tu. mula-mula dia call memang aku tak tahu dia sapa, but lelama bercakap aku dah boleh agak dia sape. 

Lepas tu, esok call lagi, lusa call lagi. cuba mengayat lagi. grr. aku tipu dia kata dah ada someone pun dia tak ambil pusing jugak. nak jugak aku terima dia. eh eh. melampau betul. paksa-paksa kita pulak. aku cakap aku setia pada yang satu. nama dia sekian-sekian, orangnya sekian-sekian, tapi dia ignored jekk.. merayu jugak suruh terima dia. (padahal aku masa tu memang takde someone special pun dihati.) aku memang freeeeee je masa tu. dah lama putus pun. putus tak berganti. haha. orang tu ada cari aku but aku lari, aku tak suka ada couple sebenarnya. bagi aku bila ada couple aku tak bebas berkawan, segalanya terbatas. so aku rasa bebas bila takde milik sapa-sapa.... (perghh bajet suci)




Before dia call aku tu, aku memang dah mula perasan ada someone yang duk perhati aku. dan orang itu, adalah DIA!! dia selalu pandang aku. suka buat-buat lalu depan aku, cuba tarik perhatian aku. but aku ignore je. aku tak suka dia masa tu. memang aku rasa meluat dan benci je bila tengok dia. but hari-hari kena hadap muka dia area situ, sebab situ tempat mak ayah aku cari rezki. aku tolong mak aku meniaga, dia pulak tolong abang dia meniaga, tempat yang sama. beza gerai kami berdua agak tak jauh mana. thats why aku dengan mudahnya boleh agak yang call aku tu adalah DIA!! 

Lepas sebulan kejadian salah nombor tu, barulah aku terima dia. terima sebab kesian dia duk merayu. hari-hari merayu, penat nak dengar. merayu by phone okey. bukan jumpa face to face pun. padahal hari-hari kami bertembung. tak pulak dia ajak jumpa atau berbincang. malam-malam agak mesra berbual dalam telefon, but sekalipun kami tak pernah cakap depan-depan. tak pernah berbual pun. bila bertembung masing-masing tengokkkk je. buat-buat tak kenal. padahal dalam fon meriah bersembang. pelik pulak aku!

Actually aku taknak kat dia, sebab masa tu aku rasa dia dah "tua" dia dah peringkat "abang-abang aku" (beza umur kami 7 tahun). lagipun memang masa tu aku tak rasa nak ada couple. bukan takde yang nak, adaaaa je. tapi memang aku jenis tak layan. aku bukan jenis gedik dan bukan jenis kaki melayan (eh puji diri pulak). bab no.fon memang aku jaga. takkan bagi pada sesapa yang aku tak kenal. so, aku pelik bila dia ada nombor aku. but sampai sekarang kalau tanya pun dia tak mengaku dia pow ngan sapa no.fon aku. malu lettew!






Aku ingat lagi masa baru-baru couple, aku dapat masuk form 6 di SMK. Kubang Kerian 1. but dia tak bagi aku sambung. bergaduh besar aku ngan dia masa tu. aku beria nak belajar lagi. nangis aku masa tu bila kehendak tak dipenuhi. dia tak bagi sebab dia takut aku lupa dia bila aku masuk sekolah. dia tak bagi sebab dia takut aku akan ada "orang lain". i is menyampah oke. takleh terima rasanya bila dia sekat apa yang aku nak. siap warning aku jangan pergi daftar. mak aku pulak boleh setuju dengan dia. buat apa nak sambung? tak lama lagi kan dah nak kawin. TUHANKUUUUU, apalah dayakuuuuuuuuuu.... aku baru nak berangan amek STPM, lepas tu masuk U sambung Degree, banyak yang nak dikejar.. kecewaaaaa sangat!!

Mujur la bila dah kawin ni, elok je dia bagi aku kerja (aku dapat kerja gomen selepas setahun kawin), dan elok je jugak dia bagi aku sambung belajar di USM P.Pinang. 4 tahun kot. bukan sekejap. ulang alik 2 kali setahun ke Penang. gi kuliah bercampur laki perempuan, dia izin pulak. maybe dia dah tahu bini dia ni jenis yang macam mana, kannnnnn?? i pandai jaga diri oke and i takkan lupa diri, takkan lupa status i as bini orang. jangan risau selagi u setia, i double triple setiaaa... hahhh gitteww!




2 tahun copule, akhirnya kami pun bertunang pada Oktober 2007. sepanjang tempoh sebelum dan selepas tunang tu bermacam dugaan datang silih berganti.. kejap "yang lama" datang, kejap yang ketiga datang, kejap ada orang lain datang booking nak wat menantu, eh banyak bendalah yang berlaku. terus masing2 perangai dah macam hantu, beberapa kali nyaris2 putus tunang, rasa nak patah-patahkan cincin tunang, rasa nak tumbuk-tumbuk muka dia. seriously aku give up nak teruskan, tapi nasib aku selalu tak baik, bila ada masalah, kami selalunya tak mampu nak gaduh panjang sebab dia selalu datang rumah parent aku, datang bodek balik.. grrrr.. nyampah i! aku pun cair balik, muahahaaaa




Akhirnya Ogos 2008, kami kawin jugaaaaa. atas desakan orang tua di kedua belah pihak, perkawinan kami dibuat lebih awal. sepatutnya Mac 2009 but semua sepakat untuk awalkan. seriyes tak ready sangat rasanya masa tu. aku muda lagi kot masa tu. baru 20 tahun, masak-masak pun tak berapa terrer lagi. nak urus diri sendiri pun terkial-kial lagi. kain baju sendiri pun kakak2 yang basuhkan, kerja pun tak ada,  masa tu aku just tolong parent aku meniaga je. memang takde duit sendiri. terfikir juga, lepas kawin cemana laaaa hidup aku nanti... but perancangan Allah siapa sangka, dapat juga aku tawaran kerja goverment walau takde STPM, walau tak sempat masuk U.. memang tak sangka, rezki datang setelah kawin..

Kami kawin awal disebabkan permintaan arwah ayah dia juga (masa tu arwah ayah dia sakit). arwah ayah teringin nakkan menantu perempuan. akhirnya 2 bulan selepas kami kawin, ayah dia meninggal. alhamdulillah aku sempat jaga sewaktu sakit dia, walau baru 2 bulan saja sempat jadi menantu ayah, aku agak rapat juga dengan dia. semoga arwah ayah baik-baik saja disana. sungguh aku rindu pada karenah arwah ayah sepanjang dia sakit. ada moments indah antara kami berdua. ada kenangan manis untuk dikenang sepanjang 2 bulan tu. marilah sedekahkan bacaan surah al-fatihah untuk ayah mertua ku.




10 tahun kawin, inilah hasilnya. 2 orang anak kami dapat. terima kasih Ya Allah atas rezeki ini. dan inshaALLAH tak lama lagi keluar lagi seorang anak kami. boy or girl? sama-sama kita nantikan. doaku di hari anniversary yang ke 10 tahun ini, semoga kehidupan kami sekeluarga akan jadi lebih baik, lebih bahagia dan lebih happy. semoga ALLAH lindungi keluarga kami dari segala benda yang tidak baik, aamiinn ya rabbal alamin. 

Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup ini, selain mendapat pasangan hidup yang cukup sayang pada kita dan tahu akan tanggungjawabnya. Ya Allah tidak ku minta lebih dariMU, selain dikurniakan suami dan anak-anak yang baik, keluarga yang baik serta kehidupan dan masa depan yang lebih baik.

Last but not least, semoga  ALLAH TAALA penuhi jiwa kami suami isteri dengan penuh rasa cinta dan bahagia tanpa adanya orang ketiga. thank you Allah for your planning and for everythings!! syukur tak terhingga dari kami atas segalanyaaa.. 


With Love,
Jaakechik


Viewing all 453 articles
Browse latest View live